*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
4278 Perhimpunan Barisan Nasional Tanpa Permit ? 
************************************************ 

Menurut laporan Berita Harian pada 21 Februari 2001,
Timbalan Ketua Polis Negara - Datuk Kamil Johari telah
memberitahu bahawa pihak Polis telah mengeluarkan
4,732 permit perhimpunan bagi seluruh negara dalam
tahun 2000. Dari jumlah itu 3,900 adalah untuk
parti-parti Barisan Alternatif dan NGO-NGO. 

Maka dengan itu hanya 832 adalah permit untuk
parti-parti Barisan Nasional. Walau bagaimanapun
sekiranyanya diperhatikan sepanjang tahun 2000 saya
yakin Barisan Nasional telah menganjurkan lebih dari
832 perhimpunan. Setiap hari berpuluh perhimpunan
Barisan Nasional diadakan seperti lawatan Menteri atau
Timbalan Menteri, majlis-majlis perasmian, program
turun bersama rakyat dan lain-lain. 

Sekiranya bagi satu hari terdapat 1 program Barisan
Nasional bagi setiap Negeri maka bagi satu tahun akan
terdapat 5110 perhimpunan. Dan sekiranya pihak Polis
hanya telah mengeluarkan hanya 832 permit untuk mereka
maka terdapat 4278 perhimpunan Barisan Nasional tanpa
permit ! Atau telah terdapat 4278 perhimpunan haram ! 

Tetapi mengapakah tidak ada tangkapan, gas pemedih
mata atau pancutan air seperti yang pernah berlaku di
Jalan Kebun, Sabak Bernam atau Kubang Pasu ? 

Berhubung dengan kenyataan Datuk Kamil bahawa hanya
278 permohonan ditolak di seluruh negara - ini
tidaklah memeranjatkan kerana terdapat balai-balai
Polis daerah yang menasihatkan parti-parti politik
Barisan Alternatif supaya tidak membuat permohonan
untuk mengadakan ceramah umum atau perhimpunan kerana
ianya akan ditolak. Rupa-rupanya nasihat ini mempunyai
muslihatnya tersendiri iaitu untuk menunjukkan kepada
rakyat bahawa jumlah permohonan yang ditolak adalah
sedikit berbanding dengan jumlah yang diluluskan. 

Iskandar Abdul Samad
Setiausaha PAS
Kawasan Ampang Jaya
Selangor Darul Ehsan
28 Zulkaedah 1421 / 22 Februari 2001 
 
(PETIKKAN DARI LAMAN REFORMASI)


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke