*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ijinkan teman cerita sikit mengenai satu cerita betul perihal lelaki
pompuan:

Ada satu keluarga dari disebuah negeri pantai timur.  Nampak begitu 
ideal - sama cantik sama lawa.  Setelah dapat 3 anak, entah macam 
mana, hubungannya mula goyang dan akhirnya bercerai juga. (Punca 
masaalah tak diketahui. Mengikut seorang pakarunding, banyak kes
perceraian adalah kerana masaalah dalam biliktidur). Anak2 tinggal
dengan ibu dan nenek. Dari perwatakan ibu, boleh diagak, bagaimana
pendidikan yang diberikan kepada anak2 beliau. Bapa pula jarang2
melawat.

Suami kawin lain.  Isteri pun kawin lain. Anak2, setelah besar sikit, 
masing2 bawa diri ke KL, cari kerja apa dapat, cuba2 hidup sendiri.  
Seorang anak lelaki mereka menjadi penagih dadah. Kawin selepas 
dapat anak luar nikah. Tahun lepas beliau mati lemas semasa melarikan
diri dari polis.  Anak pompuan pula kawin pada usia begitu muda dan 
bercerai selepas dapat sorang anak, kerana dikatakan suka keluar 
rumah jalan2 dengan kawan2.  Suami dia kata isterinya seorang GRO. 
Seorang lagi anak mereka ada kerja ala kadar, dan khabarnya OK.

Pokoknya, bila isteri/suami tidak memainkan tanggungjawab mereka,
biasanya yang menjadi mangsa ialah anak2.  Kalau yang pompuan mudah 
menyerah dan yang lelaki macam kambing, kena periksa balik, besar
kemungkinan berpunca dari asuhan yang mereka terima -  dari ibubapa 
mereka dan juga persekitaran mereka.   

Sekian

PETALING JAYA: Suami walaupun tidak pukul saya lagi selepas 1993, 
dia menyeksa hati dan perasaan saya, kata seorang wanita di Mahkamah 
Rendah Syariah di sini, semalam. Norliza Mohammad, 32, yang sebelum 
ini, mengakui dipaksa suami, Mazlin Khalid, 32, untuk melakukan 
hubungan seks di hadapan anak, menganggap suaminya zalim.
 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah 
Wilayah Persekutuan, di sini, semalam dia ingin menceraikan isterinya 
kerana tidak tahan menanggung tohmahan dan sikap cemburu buta isteri.

PETALING JAYA: Dia pernah terajang, sepak saya, kata seorang lelaki
di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengenai perbuatan 
bekas isterinya.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, 
semalam, diberitahu mengenai masalah komunikasi punca hubungan suami
isteri terus dingin.

PETALING JAYA: Suami tinggalkan saya selepas bertengkar kerana minta
dia belikan susu anak, kata seorang wanita di Mahkamah Rendah 
Syariah di sini, semalam.

KUALA LUMPUR: Keganasan rumah tangga sering dilaporkan menjelang 
musim perayaan dan cuti persekolahan kerana wujud ketegangan di 
antara suami isteri berikutan masalah kewangan. Persatuan Peguam 
Muslim Malaysia (PPMM) dalam kajiannya mendapati pada waktu itu, 
sering berlaku pergeseran di antara pasangan suami isteri yang tidak 
dapat bertolak ansur dalam soal kewangan.

______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke