*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada saya masalah utama ialah kebebasan pergaulan antara lelaki dan
wanita dan masyarakat tidak mengendahkan perkara ini.  Apa akan kita
lakukan jika kita terpoandang lelaki dan perempuan berjalan berpimpin
tangan?  Hati kita terdetik, ish ni mesti bukan laki bini.  Kalau laki
bini tak mungkin pegang tangan macam ni.  (Tapi sayapun
berpegang-tangan masa baru kahwin sebab tak pernah bercinta)  Kita akan
memandang tapi macam buat-buat tak nampak.  Kalau tegur kang takut kena
marah pulak.  Dan kalau nak tegurpun memang tak ada kerja lainlah kita,
asyik nak tegur pasangan muda-mudi yang berpegang tangan sebab
kebanyakan pasangan muda-mudi akan berpegang tangan, termasuklah yang
pakai tudung.  Lepas tegur satu, melintas pulak satu lagi.

Nak tanya netters, what will you do?  What will you do kalau melintas
orang yang berjalan berpegang tangan didepan mata kita?  Jawapannya:
itulah punca kerosakan masyarakat kita.  Kita sendiri tak kuasa nak
menegur perbuatan mereka.  

Masa kat kampus dulu sebagai ketua blok saya akan meronda jam 12 malam.
 Kalau ada pasangan yang masih berbual saya akan tegur dan minta lelaki
tersebut balik.  Nak suruh mereka jangan berdating kat hostel memang
payah sikit sebab nanti nak kena bersyarah panjang pulak pasal hukum
bercinta.  Tapi kalau suruh depa balik jam 12 malam, tak payah cerita
panjang memang dia orang akan balik.  Tapi dalam hati kecut jugak le. 
Ye lah kita ni pompuan, nak menegur orang lelaki, kang aku kena tahan
tengah jalan kang.  Tapi nak buat macamana, tegur aje lah.  Kengkadang
kalau jumpa couple yang dok pegang tangan kita pandang ajelah pompuan
tu atas bawah, peh tu kat tangan dia.  Dengan muka bengis kita,
kengkadang dia lepas jugak.  Tapi yang jantan mesti nak lawan punya. 
Kalau boleh dia nak tumbuk kita yang tengok mak we dia semacam.  So,
siapa yang lebih jahat?  Yang jantan ke yang betina?

Memang betul parents memainkan peranan utama dalam hal ni.  Tapi ramai
parents yang biarkan aje anak-anak mereka keluar berdating dengan teman
mereka.  Keluar malam dengan teman mereka.  PErgi bercuti dengan teman
mereka.  Maknya cuma akan kata, 'bawak kereta elok-elok ya' dengan
harapan anaknya akan dapat memikat pemuda tersebut not knowing that
orang dah pasang niat lain.




--- En Quiet <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> 
> Ijinkan teman cerita sikit mengenai satu cerita betul perihal lelaki
> pompuan:
> 
> Ada satu keluarga dari disebuah negeri pantai timur.  Nampak begitu 
> ideal - sama cantik sama lawa.  Setelah dapat 3 anak, entah macam 
> mana, hubungannya mula goyang dan akhirnya bercerai juga. (Punca 
> masaalah tak diketahui. Mengikut seorang pakarunding, banyak kes
> perceraian adalah kerana masaalah dalam biliktidur). Anak2 tinggal
> dengan ibu dan nenek. Dari perwatakan ibu, boleh diagak, bagaimana
> pendidikan yang diberikan kepada anak2 beliau. Bapa pula jarang2
> melawat.
> 
> Suami kawin lain.  Isteri pun kawin lain. Anak2, setelah besar sikit,
> 
> masing2 bawa diri ke KL, cari kerja apa dapat, cuba2 hidup sendiri.  
> Seorang anak lelaki mereka menjadi penagih dadah. Kawin selepas 
> dapat anak luar nikah. Tahun lepas beliau mati lemas semasa melarikan
> diri dari polis.  Anak pompuan pula kawin pada usia begitu muda dan 
> bercerai selepas dapat sorang anak, kerana dikatakan suka keluar 
> rumah jalan2 dengan kawan2.  Suami dia kata isterinya seorang GRO. 
> Seorang lagi anak mereka ada kerja ala kadar, dan khabarnya OK.
> 
> Pokoknya, bila isteri/suami tidak memainkan tanggungjawab mereka,
> biasanya yang menjadi mangsa ialah anak2.  Kalau yang pompuan mudah 
> menyerah dan yang lelaki macam kambing, kena periksa balik, besar
> kemungkinan berpunca dari asuhan yang mereka terima -  dari ibubapa 
> mereka dan juga persekitaran mereka.   
> 
> Sekian
> 
> PETALING JAYA: Suami walaupun tidak pukul saya lagi selepas 1993, 
> dia menyeksa hati dan perasaan saya, kata seorang wanita di Mahkamah 
> Rendah Syariah di sini, semalam. Norliza Mohammad, 32, yang sebelum 
> ini, mengakui dipaksa suami, Mazlin Khalid, 32, untuk melakukan 
> hubungan seks di hadapan anak, menganggap suaminya zalim.
>  
> KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah 
> Wilayah Persekutuan, di sini, semalam dia ingin menceraikan isterinya
> 
> kerana tidak tahan menanggung tohmahan dan sikap cemburu buta isteri.
> 
> PETALING JAYA: Dia pernah terajang, sepak saya, kata seorang lelaki
> di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengenai perbuatan 
> bekas isterinya.
> 
> KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, 
> semalam, diberitahu mengenai masalah komunikasi punca hubungan suami
> isteri terus dingin.
> 
> PETALING JAYA: Suami tinggalkan saya selepas bertengkar kerana minta
> dia belikan susu anak, kata seorang wanita di Mahkamah Rendah 
> Syariah di sini, semalam.
> 
> KUALA LUMPUR: Keganasan rumah tangga sering dilaporkan menjelang 
> musim perayaan dan cuti persekolahan kerana wujud ketegangan di 
> antara suami isteri berikutan masalah kewangan. Persatuan Peguam 
> Muslim Malaysia (PPMM) dalam kajiannya mendapati pada waktu itu, 
> sering berlaku pergeseran di antara pasangan suami isteri yang tidak 
> dapat bertolak ansur dalam soal kewangan.
> 
> ______________________________________________________________
> This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke