*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Keling Zainuddin Maidin (Zam) samakan Islam dengan najis candu (fahaman Kominis).
 

Assalamualaikum wm wbt, 

Zainuddin Maidin (Zam) samakan Islam dengan najis candu 

Zainuddin Maidin atau Zam telah menghina Islam apabila beliau menyamakan Islam dengan 
najis candu. Innaa lillaahi wa-innaa ilaihi raajiuun. Zam telah dengan biadapnya 
berkata kalau mulanya agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di 
Kelantan dan Terengganu, kini filem Bollywood turut juga menjadi candu kepada mereka. 
Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dibuat ketika beliau mengulas fatwa Majlis 
Mufti-Mufti berhubung dengan pengaruh buruk filem Bollywood. 

Orang-orang Islam yang menjaga keIslaman mereka akan berhati-hati serta teliti, dan 
tidak akan tergamak untuk membuat perumpamaan yang mengaitkan Islam (dalam konteks apa 
sekali pun) dengan benda-benda haram dan kotor. Tetapi Zainuddin Maidin atau Zam yang 
baru dilantik oleh Keling Mahathir ke jawatan Setiausaha Parlimen di Kementerian 
Penerangan telah tergamak mengaitkan Islam dengan najis candu. Sungguh biadap dan 
kurang ajar si Zam ini. 

Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dilaporkan oleh Straits Times, Singapura 
keluaran 23 Februari, 2001 dalam artikel oleh Wan Hamidi Hamid bertajuk Two fears 
behind Bollywwood film row. Zam telah dilaporkan memberitahu Straits Times, 
Singapura: In Kelantan and Terengganu especially, men are glued to the TV set at the 
coffeshops for at least three hours, thats the normal length of a feature Hindi 
movie. First, religion has become an opium to the people in the east coast of the 
peninsula, now Bollywood movies are also becoming opium for them. 

Jelas dari kenyataan Zam itu bahawa religion yang beliau maksudkan itu adalah agama 
Islam. Dan amalan agama Islam yang kuat dikalangan orang-orang Kelantan dan Terengganu 
itu tidak disenangi dan telah disamakan oleh Zam dengan penagihan candu. Adakah 
orang-orang yang kuat dalam amalan agama Islam itu boleh disamakan dengan penagih 
dadah? Bukankah amalan agama yang kuat dan beristiqomah itu sangat-sangat diingini dan 
dituntut dari kita orang Islam. 

Nampaknya si Zam ini, dalam beria-ia sangat hendak membodek dan menjilat PM Dr 
Mahathir telah sanggup menghina Islam sebegitu rupa. Mungkin ini antara cara terbaik 
sekali untuk membodek Dr Mahathir. Sudah dianggap standard formula oleh sesetengah 
orang UMNO, terutamanya pengampu-pengampu seperti Zam dan Astora Jabat, bahawa 
sebaik-baik cara untuk memikat hati Dr Mahathir adalah dengan menghina dan 
memperlekehkan Islam. Menurut sesetengah pihak, satu lagi cara yang mudah untuk 
menawan hati Dr Mahathir adalah dengan memesongkan ajaran Islam. Seronok betul orang 
tua tu, agaknya. 

Samy Vellu, Ling Liong Sik dan Lim Kheng Yaik juga menyedari formula ajaib ini untuk 
memikat hati Dr Mahathir, dan mereka telah turut menjadikan agama Islam itu buah 
ejekan dan permainan. Ada kalanya bila Dr Mahathir menghina Islam, kafir yang bertiga 
ini akan turut serta dalam perbuatan menghina Islam itu. 

Kerana nama pemimpin-pemimpin kafir ini telah disebut, ingin diingatkan semua 
orang-orang Islam di Malaysia, tanpa mengira parti atau fahaman politik, kepada Ayat 
57, Surah Al Maa-idah dalam Al Quran yang maksudnya adalah lebih kurang berikut : 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu; orang-orang 
yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan; (iaitu) di antara orang-orang 
yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). 
Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. 

Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin serta pembodek-pembodek UMNO telah memperlekehkan 
Islam dan membuat agama Islam menjadi buah ejekan dan permainan orang-orang kafir 
seperti Samy Vellu, Ling Liong Sik dan Lim Kheng Yaik. Berdalilkan Ayat 57, Surah Al 
Maa-idah, Al Quran yang disebutkan diatas, maka kita orang Islam di Malaysia tidak 
lagi boleh mengambil Dr Mahathir dan orang-orang UMNO untuk jadi pemimpin kita. Ini 
tuntutan Allah SWT keatas kita. 

Mungkin krisis demi krisis, isu demi isu yang melanda negara yang tidak putus-putus 
ini, juga kemerosotan ekonomi yang berpanjang dan semakin bertambah runcing ini, 
adalah tanda-tanda kemurkaan Allah SWT terhadap rakyat negara ini kerana seramai 
hampir 35 peratus orang Melayu yang mengaku diri mereka Islam telah tidak menghiraukan 
langsung hukum Allah SWT yang terkandung dalam Ayat 57, Surah Al Maa-idah yang 
tersebut. Mereka telah terus menyokong kepimpinan negara ini oleh Dr Mahathir dan UMNO 
walau pun begitu jelas, terang dan nyata bahawa Dr Mahathir dan UMNO telah menjadikan 
agama Islam buah ejekan dan permainan orang-orang kafir. 

Tidak menghairankan bila harga kelapa sawit telah turun menjunam. Peneroka-peneroka 
Felda yang dulunya mewah kini telah jatuh sesak. Majoriti dikalangan mereka masih 
mengundi UMNO tanpa mengambil kira bahawa UMNO telah menghina Islam dan menjadikan 
Islam buah ejekan dan permainan Samy Vellu, Ling Liong Sik, Lim Kheng Yaik dan 
lain-lain pemimpin kafir di negara ini. Bukannya tidak simpati kepada masalah 
peladang-peladang kecil ini, tetapi sebagai memberi angle keagamaan terhadap masalah 
kejatuhan harga sawit yang mereka hadapi dengan teruk sekali sekarang ini yang mungkin 
berpanjangan hingga ke tahun depan. 

Kalau direnung kembali, Dr Mahathir dengan diikuti rapat oleh Rafidah Aziz dan 
lain-lain pemimpin UMNO telah membuat kenyataan celupar, yang disiarkan oleh media 
massa, yang mendakwa kononnya kalau hukum hudud itu dilaksanakan, ianya akan membuat 
pelabur-pelabur asing dan pelancung asing takut untuk datang ke Malaysia. 

Kelantan dan Terengganu telah disekat dari melaksanakan hukum hudud dengan amaran 
keras bahawa tindakan ketenteraan akan diambil jika hasrat kedua negeri tersebut untuk 
melaksanakan hukum hudud diteruskan. 

Lihat apa yang telah terjadi. Allah SWT telah jadikan pelabur-pelabur asing semakin 
berkurangan datang untuk menanam modal di Malaysia. Pelabur-pelabur asing yang sedia 
ada pun telah mula gulung tikar untuk memindahkan operasi mereka ke negara lain. 
Kedatangan pelancung asing pun semakin turun. Ini jelas adalah bala yang diturunkan 
oleh Allah SWT kerana keengkaran, kefasikan serta kekufuran dipihak kerajaan Malaysia 
yang diterajui oleh UMNO; yang bukan sahaja telah mencaci hukum hudud sebagai hukum 
yang kejam dan hanya layak untuk zaman purba, tetapi telah pula menghalang Kerajaan 
Islam PAS (BA) di Kelantan dan Terengganu dari melaksanakannya. Allahu Akbar ! 

Adalah dipercayai kemerosotan ekonomi Malaysia akan bertambah teruk lagi dan 
berpanjangan kerana UMNO bukan sahaja belum insaf, tetapi disebalik itu pula telah 
menjadi semakin fanatik dalam tindak-tanduknya untuk menyekat dan menindas arus 
kebangkitan Islam di Malaysia. 

Berbalik kepada kenyataan biadap yang menghina Islam yang dibuat oleh Zainuddin 
Maidin. Nampaknya memburuk-burukkan orang-orang Melayu di Kelantan dan Terengganu 
sudah menjadi budaya dikalangan orang-orang UMNO dan pembodek-pembodek Dr Mahathir. 
Agaknya Dr Mahathir dan orang-orang UMNO begitu terhibur kalau mendengar rakyat 
Kelantan dan Terengganu dianjing-anjingkan. 

Kenapa Kelantan dan Terengganu sengaja di single out kan. Adakah Zainuddin Maidin 
buta dan tidak nampak bahawa filem Bollywood sangat-sangat diminati di KL dan di 
merata tempat di Semenanjung. Dr Mahathir sendiri adalah peminat setia Bollywood dan 
pernah menari diatas pentas bersama Shah Rukh Khan di pusat perjudian negara di 
Genting Highlands. 

Mengapa orang-orang Kelantan dan Terengganu sering diasingkan oleh UMNO dan 
pembodek-pembodek seperti Zam untuk dianjing-anjingkan? Teringat saya kepada seorang 
penceramah JAKIM, seorang Ustaz yang berasal dari Kelantan. Ustaz ini dilaporkan telah 
beria-ia cuba mempengaruhi minda para hadhirin dengan propaganda UMNO bahawa 
orang-orang Kelantan adalah orang-orang jahat. Di mana letaknya keikhlasan UMNO yang 
mengajak kepada perpaduan Melayu (yang tak pun berpecah) jikalau kerajaan Malaysia 
yang diterajui oleh UMNO terus mengkhianati dan menganiayai Kelantan dan Terengganu 
yang rakyatnya hampir kesemuanya terdiri dari orang-orang Melayu? 

Kerana Zam tergamak mengaitkan Islam dengan najis dadah, maka terlintas dihati untuk 
bertanya adakah Zam sebenarnya berfahaman komunis? 

Bukankah Karl Marx yang telah menganggap agama itu candu yang mesti dihapuskan? Adakah 
Zam yang nampaknya tidak tinggal sembahyang Jumaat itu sebenarnya berfahaman komunis? 
Allahualam. 

Yang pasti adalah Karl Marx, bapa ideologi komunis menghina agama sebagai candu yang 
perlu dihapuskan. Dan Zam secara sengaja atau tidak sengaja telah mengikut jejak Karl 
Marx dalam menghina agama Islam sebagai najis candu. 

Nampaknya ramai mereka yang rapat dengan Mahathir sangat suka kepada kemewahan tetapi 
disebalik itu pula berfahaman komunis  iaitu komunis yang berselerakan the good life 
of the bourgeois. Ingat lagi kepada Sidek Ghouse, bekas Setiausaha Politik Dr 
Mahathir? Sidek telah ditangkap dan mengaku bersalah kerana telah menyeludup 
maklumat-maklumat rahsia kerajaan Malaysia kepada pihak Soviet Union. Jangan-jangan 
Zam ini pun sama sejenis dengan Sidek Ghouse. Kebetulannya pula mereka berdua ini 
same skin  keturunan India. 

   


Who needs Cupid?  Matchmaker.com is the place to meet somebody.
FREE Two-week Trial Membership at http://www.matchmaker.com/home?rs=200015

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke