Oleh itu jika seseorang itu setakat menunaikan kewajipan sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja, belumlah lagi ia mencapai matlamat ia dijadikan oleh Allah s.w.t. Perbandingannya samalah kalau kita pergi melawat di salah sebuah kem tentera, walaupun di sana setiap hari kita akan melihat tentera menjalani latihan jasmani termasuklah berkawat dan menjalani latihan berperang sesama sendiri tetapi ini bukanlah matlamat sebenar tentera diwujudkan. Matlamat sebenar tentera diwujudkan adalah untuk mempertahankan negara dari serangan musuh dan menjaga keamanan. Jika seseorang itu tidak melalui latihan-latihan yang telah ditetapkan untuk menjadi seorang tentera maka tidak mungkin dia boleh digelar tentera dan tidak mungkin ia mampu menghadapi musuh bila berlaku perperangan. Dengan kata lain, matlamatnya sebagai tentera tidak akan tercapai jika ia tidak melalui latihan-latihan yang disebutkan tadi.
Begitulah juga dengan amalan sembahyang, puasa, zakat dan haji, amalan-amalan tersebut bukanlah merupakan matlamat kehidupan kita. Matlamat kita sebenarnya ialah mengabdikan seluruh kehidupan kita kepada Allah s.w.t. Sembahyang, puasa, zakat dan haji itu sebenarnya hanyalah merupakan latihan atau alat untuk kita mencapai matlamat kita dijadikan. Tanpa bersembahyang, mengerjakan puasa, membayar zakat dan menunaikan haji tidak mungkin seseorang itu mampu mencapai matlamat tersebut. Dengan kata lain tanpa menjalani ibadah-ibadah khusus tadi tidak mungkin seseorang itu boleh digelar muslim.
Pernah di dalam suatu mesyuarat tahunan sebuah persatuan telah mengambil masa yang terlalu panjang sehingga melewati waktu makan tengahari seperti yang telah tercatit di dalam buku aturcara. Ini telah menyebabkan sebahagian besar dari ahli-ahli persatuan tersebut tidak dapat menahan sabar dan telah meluru ke meja hidangan walaupun belum dijemput untuk makan. Pengerusi mesyuarat terpaksa campurtangan untuk meredakan keadaan yang kecoh ketika itu. Antara kata-kata pengerusi yang menarik perhatian saya ketika itu ialah “sememangnya kita semua sudah lapar tetapi belumlah lagi sampai ke tahap kebulur”. Iktibar yang boleh kita ambil dari cerita ini ialah sebagai orang Islam yang telah dilatih berpuasa tentulah perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kalau kita di waktu puasa boleh tahan dari makan dan minum untuk selama 12 jam, kenapa pula di hari lain lewat satu jam dari waktu makan kita sudah tidak boleh bersabar. Sebenarnya itulah salah satu tujuan kenapa ibadah puasa itu diwajibkan kepada kita. Apabila berlaku keadaan seperti dalam contoh di atas, kita akan masih dapat mengawal adab dan sopan kita sebagai orang Islam dengan itu pengabdian kita kepada Allah adalah sepanjang masa bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Lihatlah bagaimana rakyat Iraq berebut makanan selepas perang dengan Amerika dahulu, ada yang mati terpijak kerana berebut makanan, suasana berebut makanan ini juga berlaku di musim haji di Mekah apabila ada hartawan menderma makanan kepada para jemaah haji. Perkara sebigini sepatutnya tidak berlaku kepada umat Islam yang telah biasa dilatih berlapar dalam ibadah puasa. Mungkin juga ini adalah berpunca kerana kita menganggap ibadah puasa itu sebagai matlamat bukan sebagai alat untuk mencapai matlamat sebenarnya.
Begitu juga dengan amalan zakat. Zakat itu adalah merupakan sedekah
yang diwajibkan kepada umat Islam. Paksaan bersedekah dalam bentuk zakat
ini akan dapat melatih kita untuk suka bersedekah atau menderma di waktu-waktu
lain. Kalau sedekah yang wajib pun kita berat nak amalkan bagaimana pula
nak keluarkan sedekah yang sunat. Sebagai kesimpulannya, semua ibadah
khusus yang diwajibkan kepada kita itu tujuannya ialah untuk melatih kita
menjadi umat Islam yang baik atau sebagai alat untuk kita mencapai matlamat
sebenar iaitu mengabdikan diri kepada Allah.
ruzlan wrote:
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Assalamualaikum.Penerangan yang diberi oleh saudara Hassan Abdullah amat baik sekali dari
segi fekah dan kita mesti cuba sedaya upaya menurutinya.Saya ingin menambah dari aspek ilmu tasauf iaitu tasauf amat menekankan yang
amat berat tentang perkara solat. Hampir antara tujuan utama pembelajaran
tasauf adalah untuk mendapatkan kekusyukan di dalam solat. Rahsia kusyuk
inilah yang memerlukan kesabaran untuk mempelajarinya. Ringkasnya rahsia
kusyuk solat di dalam tasauf adalah akan hanya tercapai apabila seseorang
itu dapat mengenal dirinya di sisi tuhannya.Apabila seseorang itu kenal tuhannya iaitu Allah Taala maka barulah ia dapat
memberi segala tumpuan dan ia akan hanyut di dalam penghayatan kepada Allah
Taala dan Allah Taala akan membimbingnya dengan memberi hidayah. Contohnya
jika boss yang baik suka pada kita dan kita kenal akan dirinya maka pasti
akan bertambah rajin kita bekerja. Walau pun begitu wali Allah yang terkenal
Syeikh Kadir Al-Jailani memakan masa 30 tahun untuk mempelajarinya maka kita
haruslah banyak bersabar didalam mempelajarinya.Setakat ini saja saya akan menyambungnya jika ada sambutan.Insya Allah.
Wassalam.
-----Original Message-----