*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang dah tepat tu dah.! Ada pula orang2 yang menanggap mereka dah berjihad sedangkan 
mereka belum berjihad. Sebab jihad tu dari segi bahasanya berusaha dengan 
bersungguh-sungguh, sedangkan dari segi syaraknya berPERANG, mengumpul dan menyediakan 
kekuatan perang, bersedia untuk perang. Memanglah mereka dah berusaha sungguh2 ~ 2 
tahun yang lepas, bersungguh2 menyonteng lambang bulan. TApi belum berjihad.!

------Original Message------
From: alias yusof <[EMAIL PROTECTED]>
To: ruzlan <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: February 28, 2001 9:01:47 AM GMT
Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda  dengan ini!!


Kebanyakan dari kita menganggap ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat
dan haji sahaja sebagai amal yang patut ditunaikan oleh seorang muslim. Apabila
ia menunaikan perkara-perkara tersebut dalam kehidupannya maka ia berasa
sempurnalah tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Sebenarnya anggapan yang
demikian tidaklah tepat. Hendaklah kita ingat, tujuan manusia ini dijadikan oleh
Allah  bukanlah semata-mata untuk setakat bersembahyang, berpuasa di bulan
Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji sahaja tetapi sebenarnya lebih dari
itu iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Ertinya dalam setiap masa
dan ketika kehidupan kita hendaklah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sahaja.
Seperti firman Allah yang bermaksud; “Tidak aku jadikan jadikan manusia dan jin
itu melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu”. Oleh itu semua tingkah laku dan
amal perbuatan kita hendaklah sentiasa menurut dan patuh kepada
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Apabila kita melakukan sesuatu
kerja dengan tidak melampaui peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah, ini
bermakna kita telah mengabdikan diri kita kepada Allah s.w.t. Kalau kita hanya
setakat mengabdikan diri dan menurut perintah Allah pada ibadah sembahyang,
berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji tetapi banyak
perbuatan kita di waktu yang lain melanggar perintah Allah seperti memfitnah,
mengumpat orang, makan rasuah, pecah amanah dan lain-lain lagi maka ini bermakna
kita telah tidak mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

 Oleh itu jika seseorang itu setakat menunaikan kewajipan sembahyang, puasa,
zakat dan haji sahaja, belumlah lagi ia mencapai matlamat ia dijadikan oleh
Allah s.w.t. Perbandingannya samalah kalau kita pergi melawat di salah sebuah
kem tentera, walaupun di sana setiap hari kita akan melihat tentera menjalani
latihan jasmani termasuklah berkawat dan menjalani latihan berperang sesama
sendiri tetapi ini bukanlah matlamat sebenar tentera diwujudkan. Matlamat
sebenar tentera diwujudkan  adalah untuk mempertahankan negara dari serangan
musuh dan menjaga keamanan. Jika seseorang itu tidak melalui latihan-latihan
yang telah ditetapkan untuk menjadi seorang tentera maka tidak mungkin dia boleh
digelar tentera dan tidak mungkin ia mampu menghadapi musuh bila berlaku
perperangan. Dengan kata lain, matlamatnya sebagai tentera tidak

______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ari man <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke