*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua pejuang-pejuang agama ALLAH SWT. Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini. Muqaddimah Di dalam Suratul A`raaf ayat 70-72, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud, Mereka berkata: Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar. [70] Nabi Hud menjawab: Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu. [71] Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman. [72] [ Muslimin/muslimat yang dihormati dan dikasihi sekelian; ayat di atas adalah satu kisah yang diceritakan oleh ALLAH SWT kepada kita tentang pertembungan yang berlaku antara kaum `Ad dan Nabi Hud a.s., yakni utusan yang dihantarkan oleh ALLAH SWT kepada kaum`Ad.Nabi Hud a.s. dihantar untuk mengajar kaum `Ad ajaran daripada langit yang diturunkan oleh ALLAH SWT.Tapi akibat ingkarnya kaum `Ad ini kepada perintah nabi mereka, maka ALLAH SWT telah mengazabkan mereka dengan angin ribut taufan. Menurut pendapat Ibn Kathir dalam tafsir al-`Azimnya, dia mengatakan bahwa kaum `Ad dibinasakan dengan angin ribut taufan yang amat dahsyat sehinggakan mereka melayang seolah-olah seperti daun-daun pohon tamar yang diterbangkan ke arah langit, kemudian jatuh berguguran di atas bumi.Begitulah keadaan ngerinya azab daripada ALLAH SWT kepada kaum `Ad. Jikalau kita ceritakan kisah-kisah sebegini kepada manusia, maka manusia akan terbahagi kepada 2 golongan.Sebahagian daripada manusia yang mukmin (yang beriman kepada ALLAH SWT), mereka akan respon kepada cerita-cerita sebegini dengan merasai ngerinya azab daripada ALLAH SWT.Tetapi bagi golongan manusia yang tidak beriman ataupun mempunyai iman yang boleh dipertikaikan, maka golongan seperti ini mereka tidak akan merasai kengerian azab daripada ALLAH SWT.Bagi golongan sebegini, cerita-cerita lagu ni, mai lah banyak mana pun, depa kira tak dak kata nak rasa apa pun.Kita cerita pi lah lagumana dahsyat sekali pun tentang seksa kubur maupun azab api neraka, depa boleh buat muka 'slumberland' saja.Kalau kita cerita tentang indahnya syurga ciptaan ALLAH itu, depa lagu depa juga, boleh buat dekkkk saja, yakni tiada keinginan dalam hati mereka untuk mendapat nikmat syurga ALLAH SWT.Beginilah fenomena yang dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini, yang mempunyai krisis keimanan kepada ALLAH SWT.Tetapi bagi kita yang mukmin yang beriman kepada ALLAH SWT, bila didatangkan kepada kita berita/khabar tentang syurga ALLAH, maka akan datang keinginan dalam hati kita untuk mendapatkan syurga ALLAH.Kemudian bila datang pula khabar tentang azab daripada ALLAH sepertimana hancurnya kaum `Ad umpamanya, maka akan datang terus menjerubus ke dalam hati kita perasaan takut untuk menderhaka kepada ALLAH, sebab kita tak mahu peristiwa yang berlaku kepada bangsa-bangsa yang terdahulu akan berlaku kepada kita pula (minta dilindungi ALLAH SWT). Sebab itu, apabila berlaku gempabumi di India baru-baru ini umpamanya, yang memakan korban sehingga 20k-30k orang, bagi sesetengah orang, mereka tak rasa apa-apa pun.Tapi bagi kita yang menggunakan akal, apabila melihat satu korban yang begitu besar berlaku hanya dalam sekelip mata sahaja, maka kita sebagai orang mukmin tahu bahwa kejadian sebegini adalah kuasa daripada ALLAH SWT.Tapi bagi manusia yang tidak beriman kepada ALLAH SWT, mereka akan mengatakan bahwa kejadian gempabumi ini adalah satu bencana alam sahaja.Sebab itu, orang sebegini, didatangkanlah azab macamana sekali pun, dia tidak akan rasa takut kepada ALLAH SWT.Dan keadaan sebeginilah yang berlaku kepada kaum `Ad, yakni apabila Nabi Hud a.s. membawa ajaran daripada langit yang diturunkan oleh ALLAH SWT untuk diajarkan kepada mereka bagaimana caranya beriman kepada Tuhan yang sebenarnya, lalu kita dapati bagaimana biadapnya sikap kaum `Ad ini terhadap Nabi Hud a.s. yang dirakamkan oleh ALLAH dalam ayat 70-72 dalam Suratul A`raaf ini ALLAH SWT menceritakan kepada kita, "Berkata kaum `Ad kepada Nabi Hud a.s. : Kamu datang kepada kami hanya semata-mata untuk menyuruh kami sembah ALLAH sahaja?…Dan meninggalkan segala sembahan-sembahan kami yang diajarkan oleh bapa-bapa kami dulu?" …..Inilah dia respon dari kaum `Ad, yang mempertikaikan Nabi Hud a.s. Kemudian kata kaum `Ad lagi kepada Nabi Hud a.s., "Sekarang bawalah kepada kami seperti apa yang kamu janjikan kepada kami.Iaitulah apa yang kamu katakan sebagai azab/laknat Tuhan.Sekarang bawa kepada kami sebab kami nak tengok macamana malapetaka Tuhan itu.Wahai Hud, sekiranya kamu orang yang benar, bawa mai kepada kami azab Tuhan tu macamana kami nak tengok." ……Inilah contoh kurang-ajar serta biadapnya orang yang tidak beriman kepada ALLAH SWT. Ini adalah cerita daripada al-Quran, yang mana ALLAH SWT nak tunjuk kepada kita tentang satu bangsa di zaman dahulu kala, yang mana mereka ini telah sebati dengan maksiat, maka mai lah macamana punya nasihat pun, mereka tidak akan mengendahkannya.Tak dak gunanya kita perbetoikan orang-orang sebegini, sebab mereka akan lawan kita balik dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati kita.Inilah contoh orang yang tak mau terima hidayah daripada ALLAH SWT. Serupalah sepertimana yang dok bising sangat dalam media-media arus perdana dalam bulan sudah.Yang mana bila Dato` Harussani yakni wakil kepada semua mufti membuat satu press conference dengan bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai bahwa antara perkara yang para mufti bincangkan ialah tentang bahayanya pengaruh filem bollywood kepada masyarakat kita pada hari ini.Dimana dalam kenyataannya itu, Dato` Harussani kata, "Antara punca kepada keruntuhan moral anak-anak muda kita pada hari ini, dan juga kejadian-kejadian sumbang mahram yang sering berlaku pada hari ini ialah daripada pengaruh filem bollywood."….Kemudian katanya lagi, "Kalaulah tak boleh hapuskan semua sekali, sekurang-kurangnya dikurangkan tayangannya kepada seminggu sekali.Tapi seelok-eloknya dihapuskan kesemuanya sekali." (Yang ni saya sokong tuan-tuan.Ingat tak Hari Raya Puasa baru-baru ini; sampai kita pun naik confuse, tak tau nak beza dah antara raya kita dengan raya hindu.Buka tv1, hindustan.Buka tv2, hindustan.Buka tv3/4, pun hindustan.Buka ntv7, pun hindustan jugak.Jadi, sudah sampai masanyalah untuk golongan mufti tampil ke depan untuk menegur pihak yang bertanggung-jawab. ) Kemudian selang sehari selepas kenyataan mufti itu, maka keluarlah bermacam-macam pandangan dalam paper utama, yang membantah dan menyangkal dakwaan pendapat daripada Dato` Harussani yang selaku wakil kepada mufti-mufti seluruh M`sia.Diantara banyak-banyak pandangan itu, ada seorang tu kata, "Saya tak nampak pun buruknya filem bollywood ni.Malah saya nampak filem bollywood ini sebagai tempat perpaduan untuk keluarga saya.Sebab semasa filem bollywood inilah, ayah/ibu/abang/kakak dan adik-adik saya berkumpul di rumah pakat-pakat tengok filem bollywood." ( Inilah contoh pandangan daripada seorang yang sudah buta mata hatinya akibat kekaratan sekularisma.Bagi orang sebegini, sudah tidak kenal lagi apa yang kita kata "Islam is the way of life".Bila slogan ini tidak diamal, maka jadilah seperti keluarga kawan kita ini, yang menganggap benda bathil sebagai tempat perpaduan. ) Baru-baru ini semasa saya nak pi kuliyyah di Balik Pulau, P.Pinang, saya pun lalulah melalui jalan Bukit Jambul yang memang selalu jamned masa waktu nak Maghrib.Sementara nak tunggu traffic light tukar jadi hijau, kereta saya berhenti betul-betul di depan Kompleks Bukit Jambul, yang semasa itu juga adalah 4-5 orang budak perempuan 'kita' melintas depan kereta saya.Astaghfirullah hal `azim, pakaian depa seperti tak menyerupai pakaian dah.Baju tu dah la tight fit, ditambah pula dengan singkatnya sehingga terserlah pusat yang bertindik pulak tu.Bila depa ramai-ramai stop depan kereta saya untuk melintas, saya tengok pun naik geram juga sebab comel-comel belaka, kemudian ada yang rambut perang tak perang pun ada; tapi bila depa perasan yang orang dalam kereta di depan depa ni pakai kopiah/jubah, pakat masing-masing dok cuba tarik baju untuk tutup pusat masing-masing….Ada juga perasaan malu rupanya.Lalu saya pun cerita kat kawan-kawan, "Kalaulah aku ni tak dak iman ketika tu, mau aku tarik sorang-sorang masuk dalam kereta."….Sebab kita ni lelaki, kita akan teransang bila tengok benda-benda lagu ni.Tapi benda apa yang menahan saya daripada nak buat jahat tadi?…..Itulah dia iman kita kepada ALLAH SWT.Siapa yang tidak bergetar syahwahnya bila tengok perempuan-perempuan yang macam ni?….Samalah juga dengan Bollywood tu.Apa tak teransang ka bila tengok Kajol dok golek punggung dia depan tv?…..Something wrong lah kalau orang lelaki tak teransang bila tengok adegan macam ni.Sebab itu, kita sokong pendapat para mufti bahwa filem bollywood adalah salah satu daripada punca maksiat. Lepas itu, ada pula yang sebut, "Kalau begini, baik kita hapuskan terus station tv!" ( Ini satu lagi kenyataan dari orang yang jenis 'bahalol'…….Ops! Nanti sat, jangan la marah bila saya bawa keluarkan perkataan 'bahalol'.Tuan-tuan yang mengaji bahasa Arab, mesti tau apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'bahalol'.Hari tu, ustaz Halim Hassan ada bagitau kat saya yang dia pernah jumpa satu orang bernama Bahalol di Iraq.Jadi, takkan tuan-tuan nak marah kat saya kot?..Sebab di Iraq, orang nama Bahalol pun ada. 'Bahalol' dalam bahasa Arab bermakna orang yang betul bendul.Sebab itulah, kita biasa dengar orang tua-tua dulu pernah kata, "Hang ni betoi-betoi la bahalol punya orang!"….Itu adalah istilah Arab.'Kita' yang tak tau apa, bila dengar saja orang kata macam tu, terus saja melenting kata orang maki lah apa lah.Tapi sebenarnya 'kita' yang tak mengaji, pasai tu 'kita' tak tau. Sebab apa kita kata orang yang beri kenyataan seperti di atas tadi, bahalol orangnya?….Sebab sebenarnya, tv itu sendiri tidak memberi apa-apa masalah kepada kita.Yang bagi masalah ialah kandungannya tu.Kalau kita nak tengok action movie; macam filem kung fu ka, Rambo ka, apa bala ka; tengok pi lah Islam tak larang aih!….Yang jadi masalahnya ialah filem-filem yang boleh merosakkan kita.Sekarang ni, punya la banyak program-program tv termasuk juga iklan-iklan yang boleh dikatakan tiap-tiap hari ditayangkan dan ia menjadi sebagai ajen meruntuhkan akhlak anak-anak muda kita yang paling berkesan. ) Kemudian ustaz Jailani cerita baru-baru ini ada seorang sahabat telefon kat ustaz menceritakan bahwa mereka ada seorang kawan yang bermasalah.Kawan mereka ini, pada asalnya adalah seorang anak yang baik, yakni ikut kata orang tuanya.Tetapi sejak akhir-akhir ini, kawan mereka ini berubah sikapnya dengan suka melawan cakap mak ayahnya.Jadi, kawan-kawannya pun berasa pelik lah dengan tiba-tiba saja sikapnya boleh berubah.Menurut ustaz Jailani, budak tu baru berumur 14 tahun, yang merupakan seorang pelajar perempuan di Sek. Men. Convent Bkt Mertajam.Selepas dibuat penyiasatan, didapati yakni disyaki budak ini terlibat dengan kristianisasi.Lalu mak ayahnya buat keputusan untuk kurung anak mereka itu buat seketika.Dalam masa budak ini dikurung, ada seorang lagi kawannya sedang berlegar-legar mencari budak perempuan ni.Kemudian bila mereka tangkap kawan budak ini, depa check-check, dia pun ada loket salib dalam bajunya juga……Inilah masalah besar yang sekarang ni berlaku dalam masyarakat kita tuan-tuan.Cerita pasai kristian ni sebenarnya dah lama dah kita dok dengar dalam P.Pinang ni.Sekarang ni kita lihat anak kawan kita kena.Mustahil dak satu hari nanti, anak kita pulak kena tuan-tuan?….Nauzubillahi min zalik.Mai kita tanya diri masing-masing; awat kita nak tunggu sampai kaum keluarga kita kena, baru kita nak bertindak ka?….Kita boleh dok sengap saja bila tengok punca kerosakan tiap-tiap hari ditayang dalam tv di depan kaum keluarga kita.Macam tu ka kita mau?…. Kemudian bila kawan-kawan budak perempuan tu minta pendapat ustaz Jailani apa yang perlu mereka buat; maka jawab ustaz, "Kita tak dak pilihan lain melainkan kita kena bertindak sembunyikan budak perempuan ini di mana-mana, seperti kat Kelantan ka, kat T`ganu ka, Perlis ka, Johor ka.Kalau ada duit, mau hantar pi Arab Saudi ka ataupun ke Mesir.Sebab selagi budak ni ada di Penang ataupun K.L., puak kristian tetap mai cari.Sorokkan budak ni, sehinggakan jangan sapa sorang pun yang tahu melainkan hanya emak/ayah dia saja yang tahu.Ini adalah untuk menyelamatkan aqidah budak tu." Pasai apa kita tak mau buat report polis?…..Sebab tarak guna kalau kita buat report pun.Dah berapa banyak kes murtad yang berlaku dalam negara kita, dan kita dapati bahwa pihak yang berkuasa memang tak boleh diharap.Ini realiti yang berlaku dalam negara kita sekarang.Walaupun kita ada kerajaan, tapi apa satu pun tak boleh nak buat untuk membenteras gejala murtad ni.Yang berkuasa tu nama saja macam orang Islam, tapi bila didapati ada dikalangan anak-anak kita murtad, tak ada orang pun yang boleh tolong kita.Melainkan kita sebagai ibu/ayah saja lah yang perlu bertindak.Ini yang sebenar sedang melanda masyarakat orang Melayu Islam kita pada hari ini.Kita berasa amat sedih dengan fenomena yang ada sekarang sebab tarak sapa pun yang boleh tolong selesaikan masalah murtad dalam negara kita sekarang. Menurut ustaz Jailani, kalau kita kaji dalam Perlembagaan Persekutuan, tuan-tuan tau tak memang ada satu peruntukan kepada kerajaan negeri untuk buat undang-undang menghalang 'other religion' daripada mendakwahkan ajaran agama mereka kepada orang Islam.Tetapi yang sedihnya, kita dapati pihak berkuasa tidak pernah menggunakan peruntukkan ini untuk menghalang ugama lain daripada propagate agama mereka kepada orang Islam.Ada peruntukan, tapi pasai apa tak digunakan?…Ini yang menjadi tanda tanya…???? Semalam semasa pi tengok ceramah, dalam perjalanan tu singgah sat tengok vcd ceramah di Malau,Kedah yang bertarikh 14-2-2001.Yang saya nampak, orang-orang ramai termasuklah kaum wanita dan kanak-kanak, taklah buat apa-apa pun, mereka hanya nak dengar maklumat daripada ceramah tersebut sahaja.Tapi tiba-tiba depa dihambat dengan water cannon.Niiiie…apa tak pasal-pasal saja orang ramai diperlakukan sedemikian?….Kita tak pertikai kalau kerajaan betul-betul tegas dalam undang-undang.Tapi yang kita pertikaikan sebab apa tuan-tuan?….Sebabnya ialah orang yang tak buat apa-apa, depa dihambat macam binatang, tapi dalam masa yang sama bila anak-anak muda kita dimurtadkan, 'kita' tak boleh buat apa-apa.Apa guna kuasa yang dok ada kat 'kita' tu, kalau benda lagu ni pun tak boleh diselesaikan. Jadi, ALLAH SWT menurunkan ayat di atas tadi ialah untuk menceritakan betapa kurang-ajarnya kaum `Ad ini kepada Nabi Hud a.s..Begitulah juga orang-orang Islam pada hari ini, yang bermacam-macam perilaku biadap terhadap ALLAH SWT telah dipamirkan.Kita berani bertegas ke atas orang yang tidak bersalah, tapi dalam saat diancam aqidah, kita tak berani untuk buat apa-apa pula.Inilah dilemma ataupun penyakit yang berlaku kepada orang Islam pada hari ini.Jadi, kita harap kawan-kawan kita yang belajar dan faham ilmu agama berani tampil menggunakan kesempatan ini untuk memperbaiki keadaan yang kian teruk pada hari ini.Penampilan mereka ke dalam masyarakat sangat-sangat diperlukan ketika ini untuk menyelesaikan segala penyakit yang sedang melanda umat Islam pada hari ini. ...Bersambung...... __________________________________________________ Do You Yahoo!? Get email at your own domain with Yahoo! Mail. http://personal.mail.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>