*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ibnu taimiyyah wrote:
> 
>Assalamualaikum....
 
W.salam...

> > tak dinafikan bhw ada yg suka dan ada yg benci kpd
> > seseorg ulama' itu....

Personally, soal suka atau benci tidak timbul kpd seseorg ulama'
daripada saya..tinggal lagi, didalam kebanyakan hal apabila ditilik dari
segi ilmu dalam erti kata yang luas, maka akan kelihatan seolah olah
saya membenci ulama'..misalnya baru baru ini ada diskusi di
soc.culture.malaysia berkenaan seorang mufti islam di India yang
memecahkan TV sebagai reaksi daripada gempa bumi yang berlaku...maka
saya kemukakan alasan mengapa tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan
oleh seorang Mufti..dan saya juga berpesan jika ada mana mana pihak,
mufti atau bukan mufti, yang ingin memecahkan TV, supaya menghantarkan
semua TV yang ingin dipecahkan itu kepada saya supaya saya dapat
menjualnya.

> > perkara ini juga berlaku sama spt ibnu taimiyyah.....
 
Jika sudut yang sempit serta hampir hilang akal dan tingkah laku yang
yang menggugatkan iman serta adab pada Allah yang ditunjukkan oleh si
Mufti diatas tetap juga dipertahankan oleh dirinya atau penyokong
penyokongnya, maka saya tentulah tidak dapat hendak berbuat apa
apa...

> > mungkin kita berbeza pendapat dlm hal ini....
 
Berbeza tentang apa? Suka dan benci  kepada sesaorang Ulama' samada yang
silam atau yang ada sekarang? Jika begitu, memang berbeza lah...malah
langit dengan bumi....:)

> > tapi kita berbincang utk menyelesaikan masalah dan nak mencari yg  > > haq........

Sebagai satu usaha, Insya Allah...boleh kita cuba...

> > saya ada beberapa soalan nak bertanya kpd saudara....

Silakan...

> > jika tok guru saudara meriwayatkan satu hadith maudhu' adakah
> > saudara akan menegur nya(yg mana saudara tahu ttg status > > hadith tu)?.....
 
Jawapan:
a) Saya akan melihat subjek yang diperbincangkan dan penerangannya
tentang subjek itu sendiri, samada boleh diterima dari segi ilmu( yang
berdasarkan pada Quran, Hadith(sahih yang lain), Ijmak dan Qias) dan
kemudian baru saya tegur maudhu' nya hadith yang diriwayatkannya dan
akan mendengarkan pula alasan seterusnya daripada nya.

> >kalau saudara tegur tak takut ke ada murid2 beliau akan menentang > >saudara yg 
>mana akan berkata " apa sgt ilmu ko tu? ".....
 
Jika saudara bertanya tentang pengalaman saya, ya, tak takut...but bukan
lah pasal meriwayatkan hadith yang maudhu but satu subjek dalam ilmu
hakikat yang saya pening satu ketika...dan "murid murid beliau" tak
sorang pun yang berkata "apa sgt ilmu ko tu" ....

> > dan satu lagi....adakah semua hadith dlm Ihya Ulumuddin adalah
> > sahih?....
 
Disebabkan oleh ada yang tidak sahihlah yang timbul persoalan daripada
saudara, bukan kah begitu?
Jawapan:Penilaian Ihya harus dilihat dari hantaran sesuatu subjek yang
dibincangkan/dituliskan oleh Imam Abu Hamid...

Dengan sendirinya membawakan kepada soalan saya kepada saudara Abdul
Rahman sebelum ini: Jika ada bahagian bahagian didalam Ihya yang begitu
merbahayakan, boleh memesongkan aqidah, boleh mengelirukan orang umum,
sila kemukakan dan highlightkan dibahagian manakah???????????????
 
Now it's my turn.................untuk mengemukakan beberapa soalan
kepada saudara Taimiyyah.....
 
Katakanlah, sebagai contoh, saya penulis kitab - sebanyak empat buah
sahaja.....
 
1) Didalam kitab pertama, saya menulis :
" Allah tidak boleh menjadikan alam....." Allah tidak boleh mengerakkan
satu zarah pun".....dan dibahagian lain tempat saya menulis pula " Allah
tidak boleh menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi "
 
2) Didalam kitab kedua, saya menulis :
" Barangsiapa mengatakan Qudrat dan Iradat menjadikan alam, Kafir
hukumnya"
 
3) Di dalam kitab saya yang ketiga, saya menulis :
" barangsiapa sampai kepada satu peringkat Makrifatullah, maka tak payah
lah dia bersembahyang lima waktu, tak payah lah dia mengeluarkan zakat
malah tak payah lah dia berpuasa"!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Kitab keempat oleh saya saudara tidak berpeluang untuk membacanya......
Soalan saya - sila beri jawapan kepada statement2 dari ketiga tiga kitab
"saya" diatas serta alasan alasan.....( jika hendakan cari yang Haq...)
 
Wassalam.
 
Later/malam sikit,
 
HCND
 
 
>> Abdul Rahman wrote:
>   >
>   > >Assalamulaikum
>   >
>   > W.Salam
>   >
>   > >PErtamanya fakta yang harus di ambil kira oleh
>   > semua orang adalah
>   > >:HANYA NABI SAW SAHAJA YANG MAKSUM.
>   >
>   > Ya benar....dan perbincangan disini bukan nak
>   > menentukan ada atau
>   > tidaknya tokoh selepas Baginda Nabi s.a.w yang
>   > maksum...
>   >
>   > > 1) Tulisan saya adalah bertujuan untuk membina
>   > sikap hati2 kepada > orang umum di dalam menerima
>   > kandungan kitab AL IHYA ULUMUDEEN
>   >
>   > Jika bertujuan untuk membina sikap hati2 kepada
>   > orang umum, sudah tentu
>   > lah ada bahagian bahagian didalam kandungan kitab
>   > tersebut yang boleh
>   > mengelirukan orang umum. Boleh saudara tunjukkan di
>   > BAHAGIAN MANA
>   > didalam Ihya yang sepatut orang umum mengambil sikap
>   > berhati hati???!!!
>   >
>   > > 2) Tulisan saya bukannya bertujuan untuk
>   > memburukkan Al Ghazalee
>   >
>   > Ya ke ?!?:)
>   >
>   > > 3) Kita pula tidak sepatutnya MELONCAT kerana
>   > pendapat yang saya bawa
>   > > dalah pendapat ulama2 yang MUKTABAR seperti Ibnu
>   > Jauzi, ADz DZAHABEE
>   > > dsbnya.
>   >
>   > Dan saya juga malas nak senaraikan pendapat ulama2
>   > yang MUKTABAR yang
>   > menyokong kitab Ihya oleh Imam Abu Hamid...ada
>   > berjumlah dua tiga
>   > container tetapi what FOR? Nampak saudara daripada
>   > awal lagi menolak
>   > semua ulama2 yang menyokongnya...
>   >
>   >
>   > > So apa masaaalahnya???.
>   >
>   > Yang bermasalah setakat ini, berdasarkan beberapa
>   > penulisan saudara,
>   > ialah SAUDARA sendiri...:)
>   >
>   >
>   > Later/Malam sikit,
>   >
>   >
>   > HCND
>   >
>   >
>   > http://people.aol.com/people/sp/olympics/fos.html

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hang Claude Narr Damme Al-Recluse <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke