Title:

Assalamualaikum wbt,

Sdr Nasrul,
Saya tertarik dgn emel bersiri sdr berkenaan dengan haji dan Sejarah Kaabah. Dlm emel di bawah misalnya, saya tertarik dan inginkan keterangan lanjut bagi perenggan akhir iaitu:

"Tetapi pada tahun 1925, seluruh Hijaz dikuasai oleh Keluarga As Su'ud dengan kerjasama Golongan Wahabi dan sokongan Inggeris. Keluarga As Su'ud masih berkuasa di Hijaz hingga ke hari ini. Kerana itulah negara Kota Suci Makkah ini lebih dikenali dengan nama Arab Saudi. Pusat pemerintahan keluarga As Su'ud ini terletak di Riyard, tetapi Kota Makkah lebih terkenal kepada dunia Islam kerana di sanalah letaknya pusat ibadah bagi seluruh umat Islam ribuan tahun dahulu."

-----Original Message-----
From: nasrul amri [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, March 06, 2001 10:41 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: [nurislam2001] Kota Suci Makkah-Seimbas Sejarah Kota Makkah bhg
2


Assalamualaikum wbt,

Seimbas Sejarah Kota Makkah

Sesudah Rasulallah s.a.w wafat dan selama dunia Islam
dipimpin oleh para Khalifah, Kota Makkah telah
mengalami berbagai perubahan besar, terutama pada
bangunan Masjid Al Haram. Bermula dari zaman Khalifah
Ali pada abad ke 7 Masihi, ketenteraman Kota Suci
Makkah mula terganggu disebabkan perselisihan pendapat
dikalangan sahabat.  

Pada zaman Daulah Bani Umayyah, Kota Suci ini pernah
menjadi rebutan diantara pihak-pihak yang berkuasa,
tetapi pencerobohan yang paling hebat berlaku pada
tahun 930 M dimana kaum Qarmaty yang tinggal dibarat
Teluk Parsi dan dikatakan bermazhab Syiah,
bercita-cita untuk menegakkan kembali kekuasaan Parsi
Purba. Mereka telah melancarkan beberapa serangan
kilat pada awal tahun 900 M . Kemaraan tentera Qarmaty
dikatakan pernah sampai ke Damsyik, Basrah dan Kufah.
Dan bila mereka berjaya menguasai Kota Makkah, mereka
telah melakukan pembunuhan kejam hingga beribu-ribu
penduduk kota itu menjadi korban mereka.

Banyak khazanah berharga yang dirampas seperti
barang-barang peninggalan Rasulallah dan kaum
keluarganya yang diamanahkan kepada Penjaga Kaabah.
Bahkan menurut sejarah, Hajar Al Aswad yang terletak
dipenjuru Kaabah itu dilarikan oleh mereka ke kampung
halaman mereka di barat Teluk Parsi. Tetapi
kemudiannya dirampas kembali oleh tentera Khalifah
yang berjaya menyekat kemaraan mereka. Walaupun banyak
bangunan penting yang musnah di dalam serangan
tersebut, namun sifat Kota Suci Makkah sebagai kota
suci Umat Islam tidak terjejas.

Kota Makkah kemudian terletak di bawah pengaruh Daulah
Fatimiyah yang berpusat di Mesir hingga kekuasaannya
malap lalu diambil alih kembali oleh ketua-ketua suku
Bani Hasyim ( Hasyimiah ). Tetapi kekuasaan Bani
Hasyim ini sebentar sahaja. Makkah jatuh ke tangan
Sultan Az Zahir Baibar dari Dinasti Mamluk pada tahun
1269 M.

Apabila Daulah Uthmaniyah pula muncul sebagai kuasa
utama dunia Islam, Kota Makkah dikuasai oleh mereka.
Salah satu projek penting ketika Daulah Uthmaniyah
berkuasa ialah projek pembinaan jalan keretapi dari
Hijaz ke Syria yang disempurnakan pada tahun 1908 M.
Kekuasaan Daulah Uthmaniyah kekal hingga ke abad ke 19
M. Menjelang abad ke 19, pengaruh Daulah Uthmaniyah
semakin lemah sehingga pada perang dunia yang pertama,
Syarif Hussain berjaya merampas kuasa dari Daulah
Uthmaniyah Turki pada tahun 1912.

Tetapi pada tahun 1925, seluruh Hijaz dikuasai oleh
Keluarga As Su'ud dengan kerjasama Golongan Wahabi dan
sokongan Inggeris. Keluarga As Su'ud masih berkuasa di
Hijaz hingga ke hari ini. Kerana itulah negara Kota
Suci Makkah ini lebih dikenali dengan nama Arab Saudi.
Pusat pemerintahan keluarga As Su'ud ini terletak di
Riyard, tetapi Kota Makkah lebih terkenal kepada dunia
Islam kerana di sanalah letaknya pusat ibadah bagi
seluruh umat Islam ribuan tahun dahulu.

Wassalam.

=====
Hiasilah Diri Kita Dengan Keimanan,
Bukan Dengan Keegoan.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
http://personal.mail.yahoo.com/
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]



Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to