*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Saja nak kongsi pengalaman.

Anak saya pompuan yg no-2 sekarang nie masih di darjah
2; dia sudah bertudung sejak darjah satu lagi.

Masa darjah 1 dulu, dalam ramai2 budak2 pompuan dlm
kelas dia tu, dia sorang saja yg pakai tudung. Bila
tengok gambaq kelas dia tu, rasa seronoklah jugak
sebab sebagai seorang ayah, anak kita nie w/pun masih
darjah 1, tapi sudah mahu nak pakai tudung.
Sebenarnya, tak dak sapa-sapa pun dlm keluarga kami yg
paksa dia pakai tudung, tapi dia yg nak pakai tudung.
Benda2 macam nie, kadang2 kita pun tak reti nak
cerita, bab2 hidayah nie kadang2 di luar kemampuan
akal kita nak cerita. Saya cuma dok harap sampai bila2
nanti, beliau akan terus bertudung dan minta doa kat
Allah SWT harap2 tak akan jadi macam anak Pakcik
Bokhari yg dengar ceritanya bukan takat bertudung tapi
dah hapal surah yassin, tapi masih lagi boleh pi
melencong jadi macam tu.

Anak saya nie masa darjah satu dulu selalu kena kacau
dengan sorang budak hindu dlm kelas dia tu; dia kata
budak hindu tu suka dok tarik tudung dia. Saya kata,
cakap kat budak tu, kalau kacau lagi, nanti abah pergi
sekolah cari dia. Lepas tu budak tu tak kacau dah;
kalau kacau lagi, memang saya akan pergi cari budak
Hindu tu, pi luku kepala dia ka apa ka. Kita nie orang
PIBG, baik dengan cikgu....takat nak bagi gempak
sikit2 boleh la.

Naik darjah 2 pulak, anak saya nie kena pindah sekolah
sebab ikut kami pindah; baru2 nie dia ngadu yg kawan
dia (tak bertudung) dok buat lawak kat dia, dok sindir
dia kata dia punya tudung teruk sangat, sampai
tertutup muka, nampak mata saja dll. Alah, budak2
pakai tudung, kadang2 tu melebeh2 sampai jadi macam
muncung entah apa-apa. Bila selalu dok kena usik macam
tu, anak saya nie jadi tension.

Bila dia mengadu kat saya; saya kata, habag kat dia
kata abah cakap, kawan cek tu mati besok masuk neraka,
kena bakaq dengan api neraka sampai hangus, hitam
legam sebab tak pakai tudung. Esoknya, dia pi kata
macam tu kat budak tu. Hangpa tau, sampai hari ini
budak tu dah tak berani usik dah anak saya nie.

Kadang-kadang tak sangka pulak, nak pakai tudung nie
bukan kata peringkat dewasa, tapi peringkat anak saya
yg masih di darjah 2 tu pun mencabar jugak nampaknya. 

Jadi, kalau sapa-sapa yang bini dia ka, anak remaja
dia ka atau pun mak dia ka masih belum bertudung,
sabaq ajelah cek oii, apa yg mampu kita buat ialah
berdoa minta Allah bukakan pintu hidayah kepada
mereka. Itu yang terbaik...

Catatan Ikhlas,
Kuniq Bendang Perdang




-----Original Message-----
From:   vacua the magnifico [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent:   Monday, March 05, 2001 5:22 PM
To:     [EMAIL PROTECTED]
Subject:        H-Net* bagaimana cara menyuruh anak
bertudung?

a'kum

sahabat saya mempunyai seorang anak gadis berusia
19thn dan sedang menuntut 
di salah sebuah universiti swasta tempatan. Anaknya
itu adalah bekas 
penuntut MRSM dan semasa menuntut diMRSM anaknya itu
bertudung (mungkin 
kerna terpaksa) sekarang anaknya itu hanya bertudung
apabila hendak kekuliah 
sahaja.  Puas sudah si ibu memujuk anaknya itu supaya
kekal bertudung tetapi 
anaknya menjawab dia belum bersedia lagi dan tiada
gunanya bertudung jika 
tidak ikhlas.  si ibu berkata ini bukan soal ikhlas
atau tidak tetapi ia 
adalah tuntutan agama.  Puas sudah si ibu berlembut
memujuk tetapi si anak 
masih tidak mengendahkannya sehingga si ibu memaksa
anaknya itu bertudung.  
apabila si ibu memaksa mereka akan bertengkar dan
tidak akan bercakap hingga 
berhariČ.  Setiap hari selepas solat si ibu akan
berdoa supaya di bukakan 
dan di lembutkan hati anaknya itu supaya bertudung
tetapi hingga sekarang 
masih tidak menunjukkan apaČ perubahan lagi. diharap
dapat para netters 
sekelian memberi cadangan bagaimana cara yang terbaik
supaya anak gadis 
sahabat saya ini terbuka hatinya untuk kekal bertudung
selamanya. sekian 
terima kasih



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke