*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum.
Berikut ialah sepatah dua kata Erra Fazira mengenai
penglibatannya dalam Puteri UMNo. Petikan ini diambil
dari Message Board di laman web Erra Fazira.

Komen Malaysia
Kalau takde niat nak berpolitik, apasal pulak boleh
masuk Puteri UMNo? Saya yakin saya adalah salah
seorang yang akan berhenti dari memintai beliau dan
saya bertambah yakin ramai lagi yang seperti saya.
Sekarang inipun Norman Hakim sedang ligat bersama
Pemuda Pondan UMNo. Dengar katanya dalam masa terdekat
ini beliau akan mengambil kursus separuh masa di UM
dalam bidang Diploma Sains Politik. Nah kau! Sekarang
ni memang trend artis masuk politik, sebab dah takde
sapa pun yang nak masuk UMNo... kan... kan... kan...

***

Posted by erra on April 9, 2001, 8:13 pm , in reply to
"TAHNIAH!!...SEKALI LAGI BERGELAR PUTERI....."
Administration

W'salam Kak Jah...
Alhamdulillah sejak balik bercuti ni... fikiran lebih
ringan dan mood utk kerja pun ok... Maklumlah dah
cukup tidur dan cukup shopping!! 
Pasal penyertaan erra dlm Putri Umno ni... Erra baru
nak belajar-belajar.. sikit pun tidak berniat untuk
berpolitik.. tetapi, sbg seorang artis, rasanya
tanggungjawab erra bukan sahaja utk menghiburkan
penonton, tetapi juga memberi sumbangan kpd masyarakat
setakat yg termampu....
Doakan segalanya berjalan dengan baik ye...
Till i c u again k Jah.
Take care... 
 




--- art jeffries <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  
> 
> Tujuan Puteri UMNO diwujudkan adalah semata-mata
> untuk
> mendapatkan sokongan khususnya golongan muda
> menyertai
> Parti UMNO. Ini jelas menunjukkan Pergerakan Wanita
> UMNO gagal sama sekali di dalam misi tersebut
> tambahan
> lagi di bawah ketuanya sekarang. Di saat UMNO
> dikatakan berjuang untuk memartabatkan Islam di
> negara
> ini, nah, kita lihat siapa pemimpin mereka khususnya
> pemimpin wanita mereka. Ketua Pergerakan Wanita UMNO
> seorang yang tidak menunjukkan komitmen terhadap
> tuntutan Islam usahkan pada masyarakat, dirinya
> sendiri gagal mematuhi kewajipan menutup aurat.
> Kini,
> wujud pula Puteri UMNO, nah, lihat siapa ketuanya?
> Ada
> tokohkah sebagai pemimpin anak muda yang komited
> terhadap tuntutan Islam? UMNO yang dikatakan ingin
> memperjuangkan Islam berbangga dengan Ketua
> Pergerakan
> Wanita, Ketua Puteri UMNO, bahkan isteri Presiden
> dan
> Timbalannya sendiri gagal diberi tarbiyah tentang
> kewajipan menutup aurat. Inikah pemimpin yang ingin
> mendaulatkan Islam di negara kita? Jika diri sendiri
> pun gagal untuk mendaulatkan sebahagian kecil
> tuntutan
> Islam itu, usahlah bercakap tentang perkara-perkara
> dan kewajipan yang lebih besar mengenai Islam. 
> 
> Siapakah yang berhajat dengan Puteri UMNO sekarang?
> Ternyata penubuhannya menjadi bahan jenaka kita
> bersama. Akhirnya, untuk menambat hati anak-anak
> muda
> maka artis pun dijemput dan diberi jawatan pula
> dalam
> Puteri UMNO. Artis malang itu adalah Erra Fazira.
> Alangkah baiknya jika Dato' Hishamudin meletakkan
> jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan serahkan
> kepada
> Awie sebagai Ketua Pemuda UMNO. Barulah glamour dan
> agaknya berpusu-pusu anak-anak muda mengisi borang
> UMNO. Kepada Erra Fazira, langkahnya menyertai
> Puteri
> UMNO akan mendatangkan kesan negatif terhadap
> kerjaya
> seninya. Jika dulu anak-anak muda memuji beliau dan
> beliau tidak pernah disentuh dalam mana-mana ceramah
> politik pembangkang, jangan nanti selepas ini Erra
> Fazira akan mengalami tekanan. Kami anak-anak muda
> dari Barisan Alternatif sanggup memboikot sebarang
> program yang dihadiri oleh Erra Fazira kerana bagi
> kami artis yang disanjung adalah seperti bekas
> penyanyi Rock Us. Akil, Ito dan beberapa orang lagi
> yang telah bersama-sama kami berjuang menegakkan
> keadilan. 
> 
> Jika Erra Fazira ingin mengikuti langkah Us. Akil
> yang
> telah dapat menarik golongan muda mendekati
> perjuangan
> Barisan Alternatif, ternyata Erra Fazira tersilap
> memilih jalan. Bukan sahaja Erra Fazira gagal untuk
> mempengaruhi anak-anak muda mendekati UMNO bahkan
> menjadikan anak-anak muda yang selama ini meminati
> Erra Fazira akan mula menjauhkan diri. Tidakkah Erra
> Fazira sedar semasa UMNO kuat, apakah sumbangan
> terbesar kepada bidang seni? Masalah cetak rompak
> gagal ditangani oleh kerajaan UMNO. Tetapi apabila
> UMNO tengah nazak, di kala rakyat mula menyampah
> dengan UMNO, ketika itulah golongan artis dipandang
> mulia. 
> 
> Apabila artis telah mula diberi tempat serta
> dipandang
> mulia oleh UMNO, maka itulah agaknya saat
> kebangkitan
> Islam di dalam UMNO. Kini, kita tunggu lagi siapakah
> artis yang kepingin untuk menyertai UMNO atau Puteri
> UMNO. Mungkinkah Hamid Gurkha, Mr. Os, Osman Kering,
> Kumpulan Cecupak atau Senario? Lambat laun UMNO akan
> menjadi satu SENARIO yang KERING dan ahlinya menjadi
> tentera GURKHA yang CECUPAK demi CECUPAK gugur ke
> bumi!! Tidak mustahil satu ketika nanti Hamid Gurkha
> akan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan
> Mohd Noh Gadut berada di bawah telunjuknya. Kepada
> semua artis, sila bantu Mahathir sekarang sebagai
> tanda bersyukur atas banyak jasanya kepada kalian
> selama ini. Kalau tidak kamu, siapa lagi?? 
> 
> MASSURIA NS
> Peminat Ibrahim Pendek 
> 
> Nota webmaster: Benarlah kata penulis. Menyertai
> UMNO
> akan menggelapkan kerjaya seni Erra. Apa yang mampu
> Erra sumbangkan untuk menarik anak-anak muda kepada
> UMNo, sebuah parti yang pada bila-bila akan
> dibakulsampahkan oleh rakyat Malaysia amnya sedikit
> masa lagi. Jika DSAI pernah berhasrat mengubah UMNo
> dari dalam dan setelah hampir 18 tahun beliau gagal
> (akibat sekularisme Diktator Mahathir), maka apakah
> sumbangan yang mampu Erra berikan.. maaf tercakap
> jika
> menggadai batang tubuh sendiri pun tidak akan mampu,
> melainkan kepuasan kepada 'buaya' yang sedia ada
> dalam
> UMNo. Kita menyatakan kekesalan ini adalah kerana
> polisi UMNo mahu menyesatkan muda-mudi aktiviti
> sebegini dan dengan menyatakan sokongan keahlian
> kepada UMNo akan lebih mudahlah SPR menyediakan
> kertas
> undi hantu atau kertas diundi dipangkah walaupun
> pengundinya tidak datang. Awie tentu tersenyum saat
> ini mengenangkan betapa malangnya nasib Erra Fazira
> akibat persekongkolan ini~webmaster 
> 
>   
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
> http://personal.mail.yahoo.com/
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Komen Malaysia <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke