Assalamualaikum..
Pendapat saudara berkemungkinan menjadi kenyataan, juga ada kemungkinan perkara
sebaliknya berlaku. Bagi saya, usaha untuk mendapatkan sesuatu adalah hak manusia.
Sebagai seorang yang ingin mengecapi sesuatu, kita mesti berusaha. Cumanya, kita
tidak boleh lupa bahawa usaha hanyalah ibarat alat. Yang menentukan kejayaan
adalah Allah. Kadang-kadang usaha kita nampak pada zahirnya praktikal dan
promising, namun tidak semestinya ia berhasil. Allah menentukan segalanya Jika
kita sedar bahawa yang memberikan adalah Allah, maka usaha kita perlulah jenis usaha
yang tidak menempah kemurkaan Allah. Kalau kita usaha dan usaha kita tidak bercanggah
dengan Islam, namun, masih tidak mencapai apa yang dihajati, mungkin itu yang
baik untuk kita. Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Begitulah juga
sebaliknya, jangan hairan terhadap orang yg. berusaha dengan cara yang tidak diredhoi
Allah tetapi memperolehi apa yang dihajati. Zahirnya ia nampak berjaya, akan tetapi
tuhan sahaja yang tahu implikasi yang bakal timbul di kemudian hari hasil kejayaan
yang mereka perolehi sekarang.
Pendekata, kejayaan yang kita inginkan hari ini mungkin lebih baik untuk kita kecapi
di masa hadapan, bukannya sekarang. Begitu juga kejayaan musuh kita sekarang mungkin
baik untuk kita sekarang. Hanya Allah yang tahu.
Yang penting sekali, kenali batas-batas Allah dan peliharalah diri agar tak terkeluar
dari landasan.
Sekian adanya.
-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, April 10, 2001 8:55 PM
To: art jeffries; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* ADAKAH ERRA FAZIRA MENJADIKAN UMNO GLAMOUR SEMULA?
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pendapat saya, dengan penubuhan Puteri UMNo (PU), bukannya akan menguatkan
UMNo ,tapi akan memecahkan belahkan lagi UMNo, kalau dengan Wanita UMNo
sahaja , telah menimbulkan klik atau kem masing-masing, tak mustahil para
senior akan akan mewujudkan klik masing-masing dalam PU untuk mengukuhkan
kedudukan masing-masing.
Walau bagaimana pun kita berharap BA tidak berdiam diri dan melihat sahaja
keadaan ini, kerana kita tahu matlamat penubuhan Putri UMNo ini ialah untuk
mempengaruhi remaja dan anak muda terutamanya di Universiti-universiti. Tak
mustahil kalau sebelum ini kebanyakan remaja dan siswi kita tidak ambil
kisah dengan Politik negara, akan mula menyokonmg UMNo kerana mengikut
artis-artis kesayangan mereka.
Tak Mustahil kan.. ditengah-tengah konset Erra Fazira nanti ada Lagu UMNo
ditengah-tengah.
Tak Mustahil kan.... ada artis yang rela dalam paksa menyokong UMNo, jika
ingin muncul di TV.
Dan telah kita lihat penyokong kuat UMNo, KRU dan seorng pelakon..sorri
terlupa nama
Dan yang pasti, akan terzahirlah lagi 2 kumpulan, mereka yang mengagungkan
artis dan mereka yang sayangkan Ulama
Yang pasti kita akan dapati Islam akan makin terpinggir dalam UMNo kerana
kita tahu betapa pengaruh artis, muzik dan lagu yang digunakan meracuni
pemikiran remaja Malaysia. Sekarang nie pun cuba anda lihat, jika ada
artis-artis yang mempromosi album mereka datang ke shopping2 kompleks..
bagaimana sambutan yang diberikan.????Hebat kan..maka kesannya kita akan
lihat..nanti.. harap BA membuat strategi baru..
Hanya pendapat.. TQ
----- Original Message -----
From: "art jeffries" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, April 10, 2001 4:55 PM
Subject: H-Net* ADAKAH ERRA FAZIRA MENJADIKAN UMNO GLAMOUR SEMULA?
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
> Tujuan Puteri UMNO diwujudkan adalah semata-mata untuk
> mendapatkan sokongan khususnya golongan muda menyertai
> Parti UMNO. Ini jelas menunjukkan Pergerakan Wanita
> UMNO gagal sama sekali di dalam misi tersebut tambahan
> lagi di bawah ketuanya sekarang. Di saat UMNO
> dikatakan berjuang untuk memartabatkan Islam di negara
> ini, nah, kita lihat siapa pemimpin mereka khususnya
> pemimpin wanita mereka. Ketua Pergerakan Wanita UMNO
> seorang yang tidak menunjukkan komitmen terhadap
> tuntutan Islam usahkan pada masyarakat, dirinya
> sendiri gagal mematuhi kewajipan menutup aurat. Kini,
> wujud pula Puteri UMNO, nah, lihat siapa ketuanya? Ada
> tokohkah sebagai pemimpin anak muda yang komited
> terhadap tuntutan Islam? UMNO yang dikatakan ingin
> memperjuangkan Islam berbangga dengan Ketua Pergerakan
> Wanita, Ketua Puteri UMNO, bahkan isteri Presiden dan
> Timbalannya sendiri gagal diberi tarbiyah tentang
> kewajipan menutup aurat. Inikah pemimpin yang ingin
> mendaulatkan Islam di negara kita? Jika diri sendiri
> pun gagal untuk mendaulatkan sebahagian kecil tuntutan
> Islam itu, usahlah bercakap tentang perkara-perkara
> dan kewajipan yang lebih besar mengenai Islam.
>
> Siapakah yang berhajat dengan Puteri UMNO sekarang?
> Ternyata penubuhannya menjadi bahan jenaka kita
> bersama. Akhirnya, untuk menambat hati anak-anak muda
> maka artis pun dijemput dan diberi jawatan pula dalam
> Puteri UMNO. Artis malang itu adalah Erra Fazira.
> Alangkah baiknya jika Dato' Hishamudin meletakkan
> jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan serahkan kepada
> Awie sebagai Ketua Pemuda UMNO. Barulah glamour dan
> agaknya berpusu-pusu anak-anak muda mengisi borang
> UMNO. Kepada Erra Fazira, langkahnya menyertai Puteri
> UMNO akan mendatangkan kesan negatif terhadap kerjaya
> seninya. Jika dulu anak-anak muda memuji beliau dan
> beliau tidak pernah disentuh dalam mana-mana ceramah
> politik pembangkang, jangan nanti selepas ini Erra
> Fazira akan mengalami tekanan. Kami anak-anak muda
> dari Barisan Alternatif sanggup memboikot sebarang
> program yang dihadiri oleh Erra Fazira kerana bagi
> kami artis yang disanjung adalah seperti bekas
> penyanyi Rock Us. Akil, Ito dan beberapa orang lagi
> yang telah bersama-sama kami berjuang menegakkan
> keadilan.
>
> Jika Erra Fazira ingin mengikuti langkah Us. Akil yang
> telah dapat menarik golongan muda mendekati perjuangan
> Barisan Alternatif, ternyata Erra Fazira tersilap
> memilih jalan. Bukan sahaja Erra Fazira gagal untuk
> mempengaruhi anak-anak muda mendekati UMNO bahkan
> menjadikan anak-anak muda yang selama ini meminati
> Erra Fazira akan mula menjauhkan diri. Tidakkah Erra
> Fazira sedar semasa UMNO kuat, apakah sumbangan
> terbesar kepada bidang seni? Masalah cetak rompak
> gagal ditangani oleh kerajaan UMNO. Tetapi apabila
> UMNO tengah nazak, di kala rakyat mula menyampah
> dengan UMNO, ketika itulah golongan artis dipandang
> mulia.
>
> Apabila artis telah mula diberi tempat serta dipandang
> mulia oleh UMNO, maka itulah agaknya saat kebangkitan
> Islam di dalam UMNO. Kini, kita tunggu lagi siapakah
> artis yang kepingin untuk menyertai UMNO atau Puteri
> UMNO. Mungkinkah Hamid Gurkha, Mr. Os, Osman Kering,
> Kumpulan Cecupak atau Senario? Lambat laun UMNO akan
> menjadi satu SENARIO yang KERING dan ahlinya menjadi
> tentera GURKHA yang CECUPAK demi CECUPAK gugur ke
> bumi!! Tidak mustahil satu ketika nanti Hamid Gurkha
> akan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan
> Mohd Noh Gadut berada di bawah telunjuknya. Kepada
> semua artis, sila bantu Mahathir sekarang sebagai
> tanda bersyukur atas banyak jasanya kepada kalian
> selama ini. Kalau tidak kamu, siapa lagi??
>
> MASSURIA NS
> Peminat Ibrahim Pendek
>
> Nota webmaster: Benarlah kata penulis. Menyertai UMNO
> akan menggelapkan kerjaya seni Erra. Apa yang mampu
> Erra sumbangkan untuk menarik anak-anak muda kepada
> UMNo, sebuah parti yang pada bila-bila akan
> dibakulsampahkan oleh rakyat Malaysia amnya sedikit
> masa lagi. Jika DSAI pernah berhasrat mengubah UMNo
> dari dalam dan setelah hampir 18 tahun beliau gagal
> (akibat sekularisme Diktator Mahathir), maka apakah
> sumbangan yang mampu Erra berikan.. maaf tercakap jika
> menggadai batang tubuh sendiri pun tidak akan mampu,
> melainkan kepuasan kepada 'buaya' yang sedia ada dalam
> UMNo. Kita menyatakan kekesalan ini adalah kerana
> polisi UMNo mahu menyesatkan muda-mudi aktiviti
> sebegini dan dengan menyatakan sokongan keahlian
> kepada UMNo akan lebih mudahlah SPR menyediakan kertas
> undi hantu atau kertas diundi dipangkah walaupun
> pengundinya tidak datang. Awie tentu tersenyum saat
> ini mengenangkan betapa malangnya nasib Erra Fazira
> akibat persekongkolan ini~webmaster
>
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
> http://personal.mail.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]