Date: Sat, 21 Apr 2001 08:51:16 +0800

www.harakahdaily.com
Polis tak layan Suhakam
KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Suhakam kecewa permintaan untuk melihat
tahanan ISA tidak dilayani polis sehingga kini.
" Kami bukan minta untuk bertemu tahanan .Kami mahu tengok mereka, kata
Suruhanjaya Suhakam Tan Sri Annuar Zainal Abidin.
Perrmintaan Suhakam itu dibuat berikutan kebimbangan keluarga tahanan ISA
terhadap keselamatan mereka yang ditahan.
Walaupun Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan tahanan tidak akan didera secara
fizikal oleh polis anggota keluarga melahirkan kebimbangan berdasarkan
'pengalaman' Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibelasah semasa dalam tahanan ,oleh Tan
Sri Rahim Noor yang ketika itu memegang jawatan Ketua Polis Negara.
Dan hari in! i Suhakam diminta mendapat maklumat mengenai tahanan terbaru Dr
Badrul Amin Baharom. Permintaan dibuat oleh isterinya Puan Zumrah Hussin
petang tadi.
Anuar mengaku tidak dapat berjanji apa apa selain mencuba kerana 'permintaan
yang dulu pun belum mendapat tindak balas".
Permintaan itu membabitkan memantau keadaan Mohamad Ezam Mohamad Noor, Tian
Chua, Saari Sungib, Ghani Harun, Hishamuddin Rais dan Raja Petra Kamaruddin.

"Kami diperuntukkan oleh undang undang untuk melawat tempat
penahanan.Berdasarkan itu kami membuat permintaan tetapi sehingga kini tidak
ada jawapan", kata Anuar.
"Apa boleh buat mereka (polis) yang berkuasa berhubung perkara ini", katanya
lagi.
Beliau berkata walaupun polis tidak mengizinkan Suhakam melawat tahanan,
"sekurang kurang jika surat kami dijawab bolehlah kita fikirkan cara lain
untuk melihat tahanan ISA itu", kata beliau.
Comments ? E-mail Us


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices

Kirim email ke