www.malaysiakini.com

Date: Sat, 21 Apr 2001 08:40:52 +0800

NEWS

Print version of this story
Friday April 20
Polis cari sasaran baru, komputer Dr Badrul dirampas
'Ein Azmi
6:28pm, Fri: versi terkini Komputer, video cakera padat, diari dan resit
derma dalam simpanan pemimpin Parti Keadilan Nasional Dr Badrul Amin Baharom
dirampas polis ketika rumahnya diserbu sebelum ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal pagi tadi.

Bagaimanapun senarai barang rampasan itu diambil kembali oleh polis, kata
isterinya Zumrah Husni kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) petang
tadi. Pertemuan selama lebih sejam itu diadakan dengan pesuruhjaya badan
itu, Tan Sri Datuk Anuar Zainal Abidin.

Anuar juga merupakan ketua jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan keganasan
polis dalam satu perhimpunan di Lebuhraya Kesas November tahun lalu.

Sementara itu, Tan Sri Norian Mai hari ini mengesahkan penangkapan itu
dibuat di bawah sek! syen 73 (1) akta tersebut dan ada kaitan dengan tujuh
tangkapan minggu lalu.

"Kita hanya ada beberapa sasaran lagi dan melihat perkembangan keselamatan
seterusnya (untuk bertindak," katanya di Kangar seperti dilaporkan laman web
Berita Harian. Beliau bagaimanapun berkata tangkapan kelapan ini "bukanlah
tanda bermulanya satu siri tangkapan baru."

Zumrah bersama lima anaknya, yang memakai riben putih dan lencana anti-ISA,
menyerahkan satu aduan ringkas ketika polis berada di kediamannya di Kepong,
Kuala Lumpur kira-kira jam 1 pagi sehingga Dr Badrul Amin dibawa sejam
selepas itu.

Dalam aduan itu, beliau menyebutkan lebih kurang 30 anggota polis berpakaian
biasa mengepung rumahnya di Taman Desa Jaya dan tiga daripada mereka
memanjat pagar selepas memanggil selama 15 minit.

"Walaupun rumah telah dikepung sebegitu ramai anggota polis di belakang
rumah, jalan keluar-masuk utama (di kawasan perumahan itu) dan di depan
r! umah, polis percaya Dr Badrul Amin akan lari dari kepungan mereka," kata
Zumrah dalam aduannya, salinannya diedarkan kepada media.

Risalah kem motivasi

Isteri Dr Badrul Amin hanya membuka pintu selepas anggota polis mengetuk
pintu rumahnya dengan kuat kerana beliau bimbang pintu itu pecah, aduan itu
dipetik.

"Seramai tujuh orang (polis) telah menggeledah di bahagian ruang tamu untuk
mencari bukti kukuh bahawa Dr Badrul Amin adalah salah seorang perancang
untuk mengkucar-kacirkan negara seperti didakwa oleh salah seorang anggota
(polis) tersebut," kata Zumrah lagi.

Beliau juga menyebutkan kebanyakan anggota polis itu berketurunan India dan
diketuai seorang pegawai berpangkat ASP (asisten supritenden) yang dikenali
Razak Rashid yang dikatakan dari Sarawak.

Barangan yang dirampas termasuklah pelekat-pelekat 'Kempen Bebaskan Anwar'
(FAC), VCD 'Tak Akan Melayu Hilang di Dunia' dan risalah motivasi kem
perkhemahan! yang dikendalikan Dr Badrul Amin.

Selama 40 minit rumahnya digeledah, aktivis Keadilan itu meriba anak
bongsunya yang berusia lebih 2 tahun dengan tenang tetapi tidak dibenarkan
didekati oleh beliau sendiri dan pembantu peribadi suaminya, kata Zumrah
lagi.

Suri rumah sepenuh masa itu turut menjelaskan polis tidak membenarkannya
membekalkan ubat lelah kepada suaminya.

<<...>>
Selain lima orang anaknya, Zumrah turut diiringi oleh pembantu peribadi
suaminya Nazaruddin Mohamed Ferdoos, peguam hak asasi Sivarasa Rasiah,
Setiausaha Agung Keadilan Mohd Anuar Tahir, Ketua Wanita Fuziah Salleh dan
ahli jawatankuasa pusat parti itu Irene Fernandez.

Polis telah memantau rumah aktivis Keadilan itu dan juga rumah keluarga
mertuanya di Sabak Bernam, Selangor sejak 10 April lalu dan beberapa hari
selepas itu. Bagaimanapun waktu itu, Dr Badrul Amin tidak berada di situ.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti! Islam Antarabangsa (UIA), adalah
tahanan ISA kelapan setakat ini. Polis bercadang menangkap beberapa lagi
aktivis parti itu dan gerakan reformasi.

Bimbang keselamatan tahanan

Mereka yang ditahan minggu lalu adalah Naib Presiden Keadilan Tian Chua,
Ketua Pemudanya Mohamad Ezam Mohd Nor, Setiausaha Pemuda N Gobalakrishnan,
aktivis pergerakan itu Abdul Ghani Haroon, pengerusi jawatankuasa penganjur
perhimpunan 'Black 14' Saari Sungib, penulis kolum malaysiakini Hishamuddin
Rais dan pengendali laman web FAC (Kempen Bebaskan Anwar) Raja Petra Raja
Kamaruddin.

Tindakan terbaru polis dikecam oleh parti-parti pembangkang dan pertubuhan
bukan kerajaan.

Pengerusi DAP Lim Kit Siang menggesa Norian agar semua tahanan, termasuk Dr
Badrul Amin, dibebaskan kerana "cerita dongeng" polis berhubung tuduhan
demonstrasi besar-besaran tidak boleh diterima lagi apabila perhimpunan di
pejabat Suhakam Sabtu lalu berlangsung secara aman! dan tertib.

Timbalan Presiden Keadilan Dr Chandra Muzaffar pula mendakwa tindakan polis
itu usaha melumpuhkan sayap Pemuda parti itu selepas mereka berjaya
membangkitkan kesedaran orang ramai tentang isu-isu keadilan sosial dan hak
asasi manusia.

"Pemimpin Pemuda memainkan peranan penting dalam menggerakkan anggota
masyarakat dengan cara yang aman dan mengikut Perlembagaan ke arah Malaysia
yang demokratik dan adil. Apakah kerana ini mereka dan teman-temannya
ditangkap?" katanya.

Sementara badan bukan kerajaan, Inisiatif Manifesto Rakyat, melahirkan rasa
bimbang keselamatan lapan tahanan tersebut yang masih tidak boleh dilawat
oleh ahli keluarga dan peguam.

"Kita mempunyai pelbagai surat perakuan (afidavit) yang diserahkan pada 1987
bagaimana polis melayan tahanan ISA," kata jurucakapnya, juga pernah ditahan
di bawah akta itu, Irene Xavier. "Setakat ini, tidak ada penderaan ke atas
tahanan ISA didedahkan."
Sementara Sivarasa pula memberitahu malaysiakini, permohonan habeas corpus
untuk Dr Badrul Amin akan disegerakan.

Berita-berita berkaitan
Dr Badrul Amin, mangsa ke-8 ISA ditahan 2 pagi

Isteri bantah cara polis cari Badrul Amin

5 ditahan di bawah ISA, Norian sahkan tiga nama

Kump reformasi cuba guling k'jaan guna bom, pelancar bom


Last modified:Friday April 20, 9:11 pm

Print version of this story



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices

Kirim email ke