*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada  19 April 2001 Perdana Menteri menyatakan bahawa
hutang kerajaan, sektor awam dan swasta hanya
berjumlah RM 100 billion sedangkan pada 12/12/2000
Timbalan Menteri Kewangan semasa menjawab soalan lisan
YB Kota Bharu menyatakan bahawa hutang sektor swasta
dan awam sehingga September 2000 berjumlah RM 782.6
billion dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM 123.7
billion. Jadi jumlah semua hutang sektor swasta dan
awam serta Kerajaan Persekutuan ialah Rm 906.3
billion. Pada sesi parlimen kali ini Timbalan Menteri
Kewangan menyatakan hutang kerajaan sudah meningkat
menjadi Rm 165.0 billion peningkatan sebanyak Rm 41.0
billion atau 33% dalam masa 5 bulan membuktikan bahawa
hutang sektor swasta dan awam serta Kerajaan
Persekutuan sudah atau melampaui RM 1.0 trillion. 
Jadi, saya nak tanya, siapa yang berbohong Perdana
Menteri atau Timbalan Menteri Kewangan. Daripada rekod
saya lebih percaya kepada fakta yang diberikan oleh
Timbalan Menteri Kewangan dari Perdana Menteri  yang
terlalu banyak kali berbohong. Siapa yang berperanan
memperbodohkan rakyat, media yang menyiarkan kenyataan
Perdana Menteri atau rakyat berhak mendapat maklumat
sebenar supaya lebih bersedia menghadapi segala
kemungkinan ekoran dari keadaan negara yang dilanda
hutang yang begitu besar. 
Saya minta supaya media perdana lebih bertanggongjawab
dalam melaporkan berita-berita berasaskan kepada
kebenaran daripada melaporkan berita-berita palsu
walaupun yang dinyatakan oleh kepimpinan tertinggi
negara sendiri. Media mestilah membuat penilaian dan
analisa sesuatu "event" secara objektif dan tidak
tertakhluk kepada apa yang dikehendaki kerajaan
sahaja. 
OLEH:   YB ABD RAHMAN BIN YUSOF
AHLI PARLIMEN KEMAMAN


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke