*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesebuah institusi kewangan atau bank telah ditubuhkan
untuk membantu bumiputera menceburi industri kecil dan
sederhana iaitu Bank Pembangunan. Asas penubuhan bank
ini cukup murni dengan memberi kemudahan pinjaman
kepada pengusaha-pengusaha bumiputera antara RM 50,000
hingga RM5.0 juta untuk memajukan perusahaan mereka. 
Bank ini tidak tertakluk di bawah Akta BAFIA yang
mengawasi perjalanan sesebuah bank tetapi di bawah
pengawasan terus Menteri Kewangan. Jadi banyak
kelonggaran boleh dilakukan atas kuasa Menteri
Kewangan. 
Hari ini bank yang pada asalnya ditubuhkan untuk
tujuan yang murni dijadikan sebagai sebuah institusi
untuk mengeluarkan pinjaman tanpa had dan kawalan
kepada syarikat-syarikat kroni kepimpinan negara.
Syarikat-syarikat kroni yang tidak mempunyai
"credit-worthiness" dengan izin untuk mendapat
pinjaman dari institusi kewangan yang lain telah
menggunakan bank ini untuk mendapatkan pinjaman pada
kadar faedah yang cukup rendah atau tidak dikenakan
faedah langsung atau mendapat "deferred interest
payment scheme" dengan izin. 
Pinjaman-pinjaman dikeluarkan bukan atas dasar
penilaian "credit-worthiness" tetapi atas arahan
pimpinan negara. Antara pinjaman yang diberikan ialah
kepada Time Engineering Bhd sebanyak Rm 860 juta baru-
baru ini. Syarikat ini mempunyai rekod tidak berupaya
membayar balik hutangnya sebanyak Rm 500 juta kepada
KWSP dan hutang-hutangnya dengan institusi kewangan
yang lain ditakrif sebagai "Non- Performing Loan"
dengan izin. Bagaimana pinjaman yang begitu besar
boleh diberikan kepada Time Engineering Berhad yang
mempunyai rekod hutang yang cukup buruk. Lain-lain
pinjaman termasuklah: 
                    Cyberjaya Holding                 
 -            RM 900 juta 
                    Klang West Port                   
  -            RM 350 juta 
                    Pelabuhan Tanjung Pelepas      -  
         RM 500 juta
                    Lebuhraya Sprint/Litrak           
-            RM 500 juta
                     Setiahirawan                     
      -            RM500 juta 
                    Berjaya Redang Resort            
-            RM 30 juta 
  
  
Saya difahamkan bermula tahun 2000 bank ini akan
mengeluarkan pinjaman sebanyak RM 5 billion setiap
tahun untuk membiayai projek-projek infrastruktur.
Kemana hala-tuju Bank Pembangunan sekarang. Apakah ia
masih merupakan bank untuk  membantu industri kecil
dan sederhana atau hanya menumpu kepada pembiayaian
projek-projek mega yang diberikan kepada
syarikat-syarikat kroni. 
Saya minta penjelasan apakah Bank Pembangunan
mempunyai kepakaran untuk membuat penilaian
"viability" dan  "feasibility" projek-projek dan
syarikat -syarikat yang diberi pinjaman ini atau
mereka hanya mengeluarkan pinjaman atas dasar diarah.
Saya sendiri melihat surat arahan dari Menteri
Kewangan kepada Bank Pembangunan supaya meluluskan
pinjaman kepada syarikat Berjaya Redang Resort Sdn.
Bhd sebanyak Rm 30.0 juta untuk membiayai pembinaan
Lapangan Terbang Langkawi tanpa dikenakan faedah. 
Bagaimana Bank Pembangunan membiayai sumber kewangan
yang dipinjamkan. Berapa keuntungan atau kerugian yang
dialami Bank Pembangunan setakat ini. Apakah  Bank
Pembangunan akan mengalami nasib yang sama seperti
Bank Bumiputera yang lingkup akibat daripada tunggakan
hutang tidak berbayar yang begitu besar daripada
syarikat-syarikat  kroni? Selepas ini institusi
bumiputera mana lagi yang akan dilingkupkan. Bukankah
ini perbuatan mengkhianati institusi yang ditubuhkan
untuk membantu Bumiputera dan bukan kroni putera. 
Tuan Yang di-Pertua, 
Hari ini banyak institusi-institusi yang ditubuhkan
dibawah pengawasan Kementerian Kewangan untuk membantu
masyarakat bumiputera atau negara menghadapi kegawatan
ekonomi telah disalahgunakan. Selain dari Bank
Pembangunan, Khazanah Holdings, Danamodal, Danaharta,
KWSP,  KWAP dan sebagainya telah digunakan untuk
membiayai dan menyelamatkan syarikat-syarikat yang
mana kepimpinan negara mempunyai kepentingan. 
Saya bimbang satu demi satu institusi yang ditubuhkan
untuk membantu bumiputera membangun terlingkup akibat
dari penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah dan
kerakusan kepimpinan negara menggunakan kuasa mereka
untuk membiayai dan menyelamatkan syarikat-syarikat
yang mereka mempunyai kepentingan. 
Saya pohon  ditubuhkan satu Badan Siasatan Bebas untuk
menyiasat kegiatan Menteri Kewangan dan Perdana
Menteri dalam menggunakan  institusi di bawah
pengawasan mereka untuk membantu kroni-kroni mereka
sebelum institusi-institusi ini habis lingkup demi
kepentingan masa depan masyarakat Bumiputera dan
negara. 
Tuan Yang di-Pertua, 
Tindakan menggabungkan bank-bank dalam negara dalam
menghadapi arus perkembangan ekonomi dunia ke arah
globalisasi adalah satu tindakan yang baik.
Usaha-usaha yang baik sebegini walau bagaimanapun
dicemari oleh kepentingan peribadi kepimpinan negara.
Akibatnya pelabur tidak yakin dengan usaha kerajaan
untuk membaik pulih industri perbankkan. 
Syarikat-syarikat yang mana keluarga dan mereka yang
mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan mengambil kesempatan menguasai bank-bank yang
digabungkan seperti Kamunting Corporation, Malaysian
Plantation Bhd, Renong, Phileo Allied dan sebagainya.
Penggabungan bank-bank ini tidak lagi dilihat untuk
memantapkan industri perbankkan tetapi untuk menyalur
sumber kewangan kepada syarikat-syarikat kroni yang
senantiasa dahagakan hutang. 
Kalau tidak dikawal dengan baik, seluruh industri
perbankkan akan runtuh sepertimana yang berlaku di
Indonesia dan Russia. Di masa itu seluruh ekonomi
negara akan runtuh. Saya mohon supaya kerajaan menekan
akan kepentingan industri perbankkan untuk menjana
pembangunan negara dalam Rancangan Malaysia ke-8 ini.
Pelaksanaan Akta BAFIA mesti diperkukuhkan untuk
mengawasi pinjaman kepada syarikat-syarikat yang ada
hubungkait dengan pemilik-pemilik bank-bank ini.
Pinjaman-pinjaman yang berjumlah besar mesti ada
ketelusannya supaya bank-bank tidak dengan
sewenang-wenangnya memberi pinjaman dan kemudiannya
menanggung kerugian sepertimana berlaku terhadap
Hottick Investment Incorporation dimana empat buah
bank terpaksa menanggong kerugian sebanyak Rm 3.2
billion untuk sebuah syarikat. 

Pasaran saham memberi reaksi yang positif apabila
Menteri Kewangan mengambil cuti. Kaunter-kaunter yang
ada hubungkait dengan wakil Gua Musang meningkat
dengan positif sekali. Begitu juga dengan
kaunter-kaunter musuh perniagaan Menteri Kewangan
seperti Arab-Malaysian dan Rashid Hussein Berhad. 
Walaubagaimanapun Indeks komposit BSKL jatuh semula
sebanyak 7 mata setelah selesai Perdana Menteri
membentang Rancangan Malaysia ke-8 di Parlimen Isnin
lalu. Ini memberi gambaran tahap keyakinan pelabur
terhadap perancangan dan perencanaan dalam RMK-8.  


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke