*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Pendapat saya begini...

Politik wang dalam UMNO ni ibarat ketagihan dadah.

Yang ketagih tu memang tahu tabiatnya boleh merosakkan diri sendiri dan orang sekitar. 
Namun, kerana dah ketagih, akal dinyah ketepi. Maka, apa jua yang dilaungkan oleh 
rakan-rakan, penagih dadah tentunya tidak mampu meninggalkan tabiatnya. Maklumlah, 
masa cucuk atau hisap itu, penagih rasa 'syok sendiri' dan 'seronok' kononnya.

Begitulah dengan politik wang dalam UMNO. Umpama penagihan dadah, sudah sampai 
peringkat parah mungkin. Mungkin bila dibuka baju, nampak kesan kena cucuk di lengan 
dah beratus-ratus. Sampai kulit tempat kena cucuk pun mungkin dah bertukar warna jadi 
gelap atau biru kesan lebam. 

Memanglah semua ahli UMNO dan pemimpin UMNO sedar politik wang boleh membunuh parti 
mereka. Namun, sebagaimana penagih sedar dadah boleh membunuh, kesedaran pemimpin UMNO 
dan ahli UMNO mungkin tidak mampu mengubah keadaan. Pemimpin membeli undi sebab nak 
dapat habuan projek. Ahli pula jual undi pula sebab nak dapat wang saku. You garu 
belakang saya, saya garu belakang you. Bukan senang nak ubah tu.

Nasiblah. Satu sahaja cara untuk UMNO dengan serius menangani masalah dalaman mereka 
ini. Iaitu, berhenti menjaga tepi kain PAS atau BA. Berhenti mencuba porakperandakan 
PAS atau BA. Daripada gunakan masa dan tenaga mereka cuba jaga tepi kain PAS atau BA, 
lebih bermanafaat mereka curahkan tenaga yang sama untuk membaiki keparahan parti 
mereka. Tak payahnak nak buat tohmah yang pelik-pelik pada PAS dan BA. Parti sendiri 
pun tengah nak karam.

Jika tidak, insyaAllah, UMNO (Baru) mungkin akan berkubur sebagaimana arwah UMNO 
(lama). Jika betul-betul berlaku, itu adalah kehendakNya. 

Nasiblah....

Wassalam.

****** Original Message ******
From: Nurul Huda <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: H-Net* Puncanya Mahathir atau politik wang?
Puncanya Mahathir atau politik wang? 
>3:11pm, Mon: Heboh mengenai politik wang sejak seminggu dua ini,
>mengapa? Kenapa perkara yang telah dibangkitkan oleh bekas


:) 
http://myMoney.onweb.cx
"Get Paid To Surf-Dibayar Untuk Layari Internet" 
__________________________________________________________________
Make A Buck Or Two @ TheMail.com - Free Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com/ref.htm?ref=2120670 




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke