*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Apakah Tidak Benar Daim-Dr.Mahathir Berkrisis? TANGGAL 1 Mei 2001 adalah cuti umum kerana Hari Buruh. Ketika semua orang berehat bersama keluarga, Menteri Kewangan yang juga Bendahari Umno pula mengadakan satu pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen Umno dan beberapa Timbalan Menteri/Menteri yang pro kepadanya untuk merancang menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Apa kuasa Tun Daim boleh memanggil Menteri/Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen ke rumahnya? Antara yang hadir, ini boleh disahkan oleh beberapa Ahli Parlimen Umno ialah Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dia dikatakan mewakili Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz juga turut hadir bersama-sama Ahli Parlimen Tebrau, Datuk Ali Hassan. Walaupun kedapatan tulisan di laman ini sehari dua yang lalu, seolah-olah tidak percaya kepada krisis yang berlaku antara Tun Daim Zainuddin dengan Dr. Mahathir Mohamad, tetapi tiada siapa boleh memaksa seseorang mempercayai satu-satu sumber, kecuali pemikiran dan penelitiannya sendiri. Tun Daim Zainuddin sedang memilih-milih para penyokongnya, dari kalangan Menteri/Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen, khususnya yang berjawatan Ketua Umno Bahagian untuk bersedia… menjatuhkan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Khabar paling baru mengesahkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah cukup bersedia untuk menggantikan Dr. Mahathir atas kehendak Tun Daim Zainuddin. Pertembungan ini, dan khabar-khabar angin yang mengatakan Dr. Mahathir merancang melantik anaknya Datuk Mokhzani Mahathir menjadi Senator dan Menteri Kewangan semakin kuat. Ada sumber memberitahu, cerita itu sengaja dibawa oleh Tun Daim Zainuddin dan rakan-rakannya bagi memainkan perasaan Menteri/Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen, supaya membenci Dr. Mahathir. Dalam kesibukan Dr. Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirampas haknya untuk mendapat rawatan di luar negara, Tun Daim pula sedaya upaya mengumpulkan kekuatan untuk menolak Dr. Mahathir dari kerusi Perdana Menteri. Rancangan awalnya, Dr. Mahathir mesti ditamatkan karier politiknya sebelum Perhimpunan Agung Umno atau, dimalukan ketika Perhimpunan Agung Umno sedang berjalan. Tunggu! Usah marah-marah. Usah panas kepala dan usah risau kononnya berita ini berita palsu hanya kerana Dr. Mahathir dan Tun Daim tidak kelihatan seperti orang bermasalah dan tiada apa-apa tindakan dari Perdana Menteri sekembalinya Dr. Mahathir dari Dubai, 29 April 2001 yang lalu. Tun Daim penuh yakin, dia akan dapat menjatuhkan Dr. Mahathir dalam masa terdekat. Sokongan dari Ahli-ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri cukup menyakinkannya, Dr. Mahathir tidak terlalu kuat seperti yang dia sangka. Tun Daim juga sudah mengadakan pertemuan dengan Pergerakan Pemuda Umno dan Hishammuddin Hussein ketika ditanya wartawan mengatakan Tun Daim menemui Pergerakan Pemuda kerana mahu meberi penjelasan mengapa dia (Tun Daim) bercuti. Hebat sungguh Tun Daim kerana bercuti pun boleh panggil Pergerakan Pemuda yang semakin hilang isme perjuangannya ke rumah. Tidak ada perbincangan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir? _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>