*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> KENYATAAN PEMIMPIN UMNO YANG MEMPERSENDA SYARIAT 
> "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan
> kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.
> Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna
> sifatnya dan boleh meneruskan kerja." ( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya
> dengan media massa, 14 Julai 1992) 
> " Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di
> Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan."
> (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993) 
> "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." (Dr.
> Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac
> 1994) 
> "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak
> fasik." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri,
> Kelantan, 3 Mac 1994) 
> "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa
> kini." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994) 
> "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan
> Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr. Mahathir Mohamad,
> temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)
> 
> "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan
> mentadbir." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14
> Ogos 1994) 
> "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus
> peratus Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan,
> 14 Ogos 1994) 
> "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha
> melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas,
> Kelantan, 14 Ogos 1994) 
> "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi
> masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk
> dengan ajaran Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas,
> Kelantan, 14 Ogos 1994) 
> "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi
> Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum
> hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." (Dr. Mahathir Mohamad,
> kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992) 
> "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur
> kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam
> dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang
> bukan Islam tidak dikenakan." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan
> wartawan, 18 Ogos 1991) 
> "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum
> mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong
> tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang
> kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." (Dr. Mahathir Mohamad,
> bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) 
> "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara,
> ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
> rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal
> perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan
> pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam
> mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum
> itu." (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April
> 1992) 
> "PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan
> dengan perlembagaan Lord Reid." (Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya
> dengan wartawan) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak
> ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa
> lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai
> dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan
> agama." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992) 
> "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang
> selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang
> Islam." (Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6
> Mac 1994)
>  "Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan
> mengiktiraf negara itu." (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan,
> 15 Julai 1994) 
> 
> 
> Cheers,
> Mohd Hamid Misnan
> SAP's Global ABAP Shared Services (GASS)
> Shell Services International (SSI), Kuala Lumpur, Malaysia
> Tel:  +6 03 20803940 / Fax:   +6 03 251 2788 
> Mobile:       +6 012 3020134 (AM-ABAP On Call No)
> E-mail:  [EMAIL PROTECTED]
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke