*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


9 MEI 2001
Melaka.

Kerajaan Melaka akan roboh kan sekolah Ugama.

Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah(MPMBB) dijangka akan
merobohkan sebuah sekolah Ugama(Tadika PASTI) yang terletak di
Kg.Tampoi,Cheng Melaka.Kampong ini terletak dibawah jurisdiksi MPMBB.

Kg.Tampoi juga terletak dalam DUN Paya Rumput yang diwakili oleh Ketua
Menteri(KM)Melaka YAB Mohd.Ali Rustam.

Difahamkan MPMBB telah diarahkan oleh KM untuk merobohkan Tadika ini
beberapa kali,tapi tidak berjaya.
KM difahamkan kecewa kerana Tadika Islam anjuran UMNO(TABINO) tidak mendapat
sambutan seperti PASTI yang terdapat di seluruh Melaka.

Dalam masa yang sama juga KM telah mengarahkan MDAG(Majlis daerah Alor
Gajah) untuk merobohkan SRI Al-Munawwarah di Durian Tunggal,Melaka.SRI ini
dikendalikan oleh PAS Durian Tunggal dan kawasan lapangnya sering digunakan
untuk ceramah-ceramah BA(pihak PDRM Alor Gajah akan mudah luluskan disini
kerana senang untuk mengawalnya dan jauh dari jalanraya atau kediaman awam).

Dalam pertemuan dengan PAS Selandar,MDAG telah memberitahu bahawa buat
permulaan ini,MDAG cuma akan memotong bekalan elektrik dan air
dahulu.Lain-lain bentuk tindakan akan diberi perhatian kemudian.Yang
DiPertua MDAG juga meminta YPD PAS Kawasan Selandar agar jangan menimbulkan
masaalah bila pihak MDAG bersama TNB dan PAM(mungkin Polis juga) pergi ke
SRI Al-Munawwarah pada Ahad 13 Mei 2001 ini.

Orang ramai yang prihatin (di Melaka) diminta menghadiri di kedua-dua tempat
ini semoga tempat pendidikan Islam ini tidak menjadi mangsa politik dendam
Ketua Menteri Melaka.

Ini bukanlah kali pertama Ketua Menteri Melaka melakukan tindakan kejam dan
zalim terhadap sesiapa yang dilihat sebagai menyokong Barisan Alternatif
khususnya PAS di Melaka.

Sejurus selepas menjadi KM Melaka, Mohd.Ali Rustam telah bertindak ganas
dengan memecat seramai 21 orang doktor Islam daripada menjadi panel kepada
agensi kerajaan.Beliau juga menamatkan panelship beberapa orang
peguam.Selain itu ramai kontraktor-kontraktor(terutamanya yg.berurusan denga
n PAM-Perbadanan Air Melaka)di senarai hitamkan atau ditamatkan kontrak
mereka atas alasan kontraktor2 ini atau ahli keluarga mereka merupakan
penyokong atau bersimpati kepada Barisan Alternatif.

Malahan baru beberapa bulan yang lalu(ketika sedang gamat isu perpaduan
Melayu) salah sebuah agensi Kerajaan telah menamatkan panelship sebuah
klinik(yang baru dilantik 2 bulan sebelum itu)kerana pihak-pihak
tertentu(?KM)mendapat tahu doktor ini bersimpati kepada BA.Di beberapa
masjid,beberapa orang guru ugama(Ustaz) telah dipecat atas alasan yang sama.

Kita khuatir,KM Melaka akan terus mengganas selepas ini.Mungkinkah
surau-surau yang dihadiri orang PAS pula akan dirobohkan???Hanya masa yang
menentukan...

Adakah kita harus berdiam diri atau.....


 


Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke