Salah satu sebab kenapa semasa penahanan ARQAM dibawah ISA tidak mendapat 
perhatian kerana :-
1- Dasar ARQAM tu sendiri adalah salah, kononnya Abuya tu adalah nabi ISA - 
semua org tahu kesalahannya.
2- Org meluat tengok ARQAM menggunakan kanak2 utk menjual majalah2nya.
3- Pergerakan ARQAM ni agak tertutup, dan bila bersama org2 lain, mereka 
hanya berkumpul dikalangan mereka sahaja... kenapa?

Persoalan2 ini membuatkan org ramai bersetuju dgn tindakan kerajaan menahan 
pimpinan ARQAM. Dan penahanam mereka ini tidaklah di seksa sbgmana penahanan 
pimpinan keadilan dan PAS sekarang!! Harap Maklum.


>From: "Zakki Mohamed" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Kecoh di Parlimen
>Date: Wed, 16 May 2001 09:07:09 +0800
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itulah manusia, dulu semasa Abuya kena ISA, tak ada siapa nak bela ke atau nak kata atau nak cuba "haramkan ISA".  Termasuk lah TPM kita tu dan mereka-mereka yang sewaktu dengan nya.  Malah dalam mana-mana ceramah (terutama ceramah politik, terutama dekat pilihan raya yang lalu), tak siapa yang cuba sentuh pasal orang Arqam kena ISA.

Sekarang dah kena batang hidung sendiri, baru lah nak berusaha, nak tutup ISA.

Jadi, mana dia orang BA yang konon nak tegakkan "KEADILAN" dan "ISLAM", sedangkan keadilan yang nak di tegakkan secara "PILIH KASEH" atau untuk "ORANG TERTENTU SAHAJA".

Wassalam

Jadi, dimana letaknya "KEADILAN"

>From: Horoscopes <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Kecoh di Parlimen
>Date: Thu, 3 May 2001 20:41:40 -0700 (PDT)
>
>
>www.mahazalimtwo.tripod.com
>Date: Fri, 4 May 2001 10:59:29 +0800
>
>Kecoh Ketika Penyerahan Memorandum di Parlimen
>Pada pagi tadi, satu rombongan yang terdiri daripada isteri-isteri dan
>keluarga tahanan ISA telah datang ke parlimen untuk menyerahkan satu
>memorandum kepada Ketua Pembangkang, Dato' Fadzil Noor supaya usul penahanan
>10 orang aktivis reformasi dibahaskan di dalam Dewan Rakyat.
>Walaubagaimanapun, berlaku kekecohan sebanyak hampir 2 kali ketika
>usaha-usaha keluarga tahanan ini ingin memasuki parlimen. Yang pertama ialah
>ketika di pintu pagar parlimen, iaitu di pondok pengawal. Seorang kakitangan
>parlimen dilihat seolah-olah ingin melengah-lengahkan usaha rombongan ini
>masuk ke dalam. Dia kata yang mereka sedang berusaha untuk memanggil Ustaz
>Fadzil turun ke pondok pengawal itu untuk menerima memorandum tersebut.
>Tetapi pihak rombongan menyatakan bahawa mereka sudah membuat temujanji
>dengan Ustaz Fadzil di lobi parlimen. Setelah bertekak dengan kakitangan
>tersebut, akhirnya rombongan tersebut berjaya masuk ke dalam.
>Namun tidak semudah itu, kekecohan berlaku sekali lagi. Kali ini berlaku di
>pintu No. 1, iaitu di tempat untuk mendapatkan pas pelawat.Seorang
>kakitangan parlimen cuba untuk tidak membenarkan rombongan tersebut naik ke
>parlimen. Kekecohan yang berlaku terlalu hebat. Suasana agak tegang. Keadaan
>yang bising ini akhirnya menyebabkan ahli-ahli parlimen BA termasuk Ustaz
>Fadzil turun ke ruang pintu no.1 itu. Walaupun Ketua Pembangkang sudah
>menyatakan bahawa rombongan tersebut adalah tetamu beliau, namun kakitangan
>tersebut masih berdegil dan terus bertikam lidah dengan wakil rombongan
>tersebut. Namun akhirnya setelah beberapa kata-kata pedas dilontarkan,
>kakitangan tersebut mengalah. Rombongan seramai hampir 50 orang itu dapat
>naik ke lobi parlimen.
>Di lobi, memorandum diserahkan oleh Bahirah Tajul Aris, isteri Ezam Mohd Nor
>kepada Ketua Pembangkang. Di samping penyerahan memorandum mendesak isu
>penahanan di bawah ISA ini dibahaskan, satu sidang akhbar juga diadakan di
>situ.
>Kemudian, mereka bergerak ke pejabat speaker Dewan Rakyat untuk menyerahkan
>satu memorandum kepada speaker. Namun beliau tiada dan ia hanya diserahkan
>kepada setiausahanya sahaja. Setelah itu, rombongan tadi pergi ke kantin.
>Secara tidak sengaja, mereka telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Dalam
>Negeri, Dato' Zainal Abidin ketika beliau sedang makan. Di situ juga mereka
>berjumpa dengan beliau dan mendesak beliau melakukan sesuatu berkenaan
>penahanan ini dan menyatakan hasrat masing-masing. Beliau agak terkejut
>menerima kehadiran rombongan ini di KANTIN PARLIMEN!!!
>Selepas itu, rombongan tersebut pulang dengan harapan akan berlaku tindakan
>susulan daripada memorandum yang diserahkan itu. Kedatangan mereka ke
>parlimen juga mendedahkan betapa sukarnya sebilangan kakitangan parlimen ini
>untuk menerima kehadiran pihak-pihak yang menyokong pembangkang ini.
>-spycather-
>03/05/01
>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices


Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Zakki Mohamed" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke