Saya rasa org Arqam sendiri pun tak
pertahankan Abuya nye...
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej
anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH
PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Itulah manusia, dulu semasa Abuya kena ISA, tak ada siapa nak bela ke
atau nak kata atau nak cuba "haramkan ISA". Termasuk lah TPM
kita tu dan mereka-mereka yang sewaktu dengan nya. Malah dalam
mana-mana ceramah (terutama ceramah politik, terutama dekat pilihan raya
yang lalu), tak siapa yang cuba sentuh pasal orang Arqam kena ISA.
Sekarang dah kena batang hidung sendiri, baru lah nak berusaha, nak tutup
ISA.
Jadi, mana dia orang BA yang konon nak tegakkan "KEADILAN" dan
"ISLAM", sedangkan keadilan yang nak di tegakkan secara
"PILIH KASEH" atau untuk "ORANG TERTENTU SAHAJA".
Wassalam
Jadi, dimana letaknya "KEADILAN"
>From: Horoscopes<[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Kecoh di Parlimen
>Date: Thu, 3 May 2001 20:41:40 -0700 (PDT)
>
>
>www.mahazalimtwo.tripod.com
>Date: Fri, 4 May 2001 10:59:29 +0800
>
>Kecoh Ketika Penyerahan Memorandum di Parlimen
>Pada pagi tadi, satu rombongan yang terdiri daripada
isteri-isteri dan
>keluarga tahanan ISA telah datang ke parlimen untuk
menyerahkan satu
>memorandum kepada Ketua Pembangkang, Dato' Fadzil Noor supaya
usul penahanan
>10 orang aktivis reformasi dibahaskan di dalam Dewan Rakyat.
>Walaubagaimanapun, berlaku kekecohan sebanyak hampir 2 kali
ketika
>usaha-usaha keluarga tahanan ini ingin memasuki parlimen.
Yang pertama ialah
>ketika di pintu pagar parlimen, iaitu di pondok pengawal.
Seorang kakitangan
>parlimen dilihat seolah-olah ingin melengah-lengahkan usaha
rombongan ini
>masuk ke dalam. Dia kata yang mereka sedang berusaha untuk
memanggil Ustaz
>Fadzil turun ke pondok pengawal itu untuk menerima memorandum
tersebut.
>Tetapi pihak rombongan menyatakan bahawa mereka sudah membuat
temujanji
>dengan Ustaz Fadzil di lobi parlimen. Setelah bertekak dengan
kakitangan
>tersebut, akhirnya rombongan tersebut berjaya masuk ke dalam.
>Namun tidak semudah itu, kekecohan berlaku sekali lagi. Kali
ini berlaku di
>pintu No. 1, iaitu di tempat untuk mendapatkan pas
pelawat.Seorang
>kakitangan parlimen cuba untuk tidak membenarkan rombongan
tersebut naik ke
>parlimen. Kekecohan yang berlaku terlalu hebat. Suasana agak
tegang. Keadaan
>yang bising ini akhirnya menyebabkan ahli-ahli parlimen BA
termasuk Ustaz
>Fadzil turun ke ruang pintu no.1 itu. Walaupun Ketua
Pembangkang sudah
>menyatakan bahawa rombongan tersebut adalah tetamu beliau,
namun kakitangan
>tersebut masih berdegil dan terus bertikam lidah dengan wakil
rombongan
>tersebut. Namun akhirnya setelah beberapa kata-kata pedas
dilontarkan,
>kakitangan tersebut mengalah. Rombongan seramai hampir 50
orang itu dapat
>naik ke lobi parlimen.
>Di lobi, memorandum diserahkan oleh Bahirah Tajul Aris,
isteri Ezam Mohd Nor
>kepada Ketua Pembangkang. Di samping penyerahan memorandum
mendesak isu
>penahanan di bawah ISA ini dibahaskan, satu sidang akhbar
juga diadakan di
>situ.
>Kemudian, mereka bergerak ke pejabat speaker Dewan Rakyat
untuk menyerahkan
>satu memorandum kepada speaker. Namun beliau tiada dan ia
hanya diserahkan
>kepada setiausahanya sahaja. Setelah itu, rombongan tadi
pergi ke kantin.
>Secara tidak sengaja, mereka telah berjumpa dengan Timbalan
Menteri Dalam
>Negeri, Dato' Zainal Abidin ketika beliau sedang makan. Di
situ juga mereka
>berjumpa dengan beliau dan mendesak beliau melakukan sesuatu
berkenaan
>penahanan ini dan menyatakan hasrat masing-masing. Beliau
agak terkejut
>menerima kehadiran rombongan ini di KANTIN PARLIMEN!!!
>Selepas itu, rombongan tersebut pulang dengan harapan akan
berlaku tindakan
>susulan daripada memorandum yang diserahkan itu. Kedatangan
mereka ke
>parlimen juga mendedahkan betapa sukarnya sebilangan
kakitangan parlimen ini
>untuk menerima kehadiran pihak-pihak yang menyokong
pembangkang ini.
>-spycather-
>03/05/01
>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) (
Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala
pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi &
bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi
[EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Zakki Mohamed"<[EMAIL PROTECTED]>
|