*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Izinkan saya mencelah sikit...

Sebenarnya yang terbabit dalam urusan jualbeli hartanah ini bukan sekadar 
pihak bank dan developer sahaja, tetapi juga solicitor (pihak peguam). Pada 
pandangan saya, kelewatan menyelesaikan urusan ini kemungkinan disebabkan 
oleh solicitor-solicitor terbabit.

Misalnya dalam kes penjualan hartanah saya yang kini masih belum selesai 
sejak awal tahun lepas, saya mendapati solicitor yang sebenarnya lembab dan 
tidak profesional. Nama syarikat solicitor bunyinya glamer (Khairul Azman, 
Noorzilan, Nooron & Partners) tetapi punyalah baduwa lembabya. Setelah 
disampaikan mesej, samada melalui fax atau secara berpesan kepada stafnya 
tetapi dikatakan mereka tak terima???. Tak pula pernah return call.

Setelah diberitahu tugas urusan saya telah dilaksanakan dan saya mohon 
disegerakan proses urusan tersebut, tetapi setelah sebulan berlalu masih 
belum proses?!! Dikatakan pula saya belum menyelesaikan bahagian saya! 
Berbahasa kasar kepada ibu saya pula. Sedangkan sebulan sebelum tu saya 
telah telefon berkali-kali untuk memaklumkannya! Benggong punya peguam.

Walau pun di zaman kita sekarang sudah mempunyai teknologi telefon, fax dan 
internet tetapi mereka tidak menggunakannya sewajarnya. Mereka duduk atas 
fail, cuma menunggu kita pula yang follow-up satu langkah demi satu langkah. 
Benggong betul peguam solicitor zaman sekarang. Begitu juga di pihak 
solicitor bank pembeli, begitu lembab dan tidak profesional. Mereka 
berkomunikasi dengan pihak lain menggunakan surat mel biasa. Tak guna kurier 
atau PosLaju pun. Tak guna telefon atau fax. Maka, berminggu-minggulah nak 
tunggu mereka berutus surat antara satu pihak dengan pihak lain. 
Masing-masing tunggu, masing-masing menunding jari ke pihak yang lain belum 
respon. Jadi, jangan salahkan bank sahaja.

Jadi, nasihat saya kepada warga hizbi, pilihlah solicitor yang terbukti 
cekap dan profesional. Jangan hanya kerana solicitor tersebut adalah 
syarikat melayu, kita pilih mereka. Akhirnya siapa yang menanggung kosnya? 
Disebabkan kelembaban solicitor yang menguruskan jualbeli hartanah saya ini, 
saya terpaksa menanggung kos berbelas ribu dan kerugian pendapatan berpuluh 
ribu lagi.

Sekadar berkongsi pengalaman semoga menjadi panduan kepada semua.

Sekian.




>From: [EMAIL PROTECTED]
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Loan Affin Bank
>Date: Thu, 17 May 2001 09:31:38 -0400
>
>
>Assalamu'alaikum,
>
>Agak kejam tu bila kerana satu kes kita nak minta semua orang boikot Affin 
>Bank. Kesian Affin Bank. (Affin Bank ni kepunyaan bumiputra ke?).
>
>Memanglah pegawai itu silap. Tapi, tak elok kita hukum keseluruhan 
>organisasinya. Selain dari pegawai yang 'screw-up' tu, ada beribu lagi 
>pekerja Affin yang tak berdosa. Kesian mereka.
>
>Lagipun saya tengok iklan, mereka ada sediakan loan Islam yang amat murah 
>rate keuntungannya (3.5%?). Rugilah jika tak mahu berurusniaga dengan 
>mereka.
>
>2. Jika ada orang Affin Bank, atau mana-mana bank lain, kat sini, sila 
>ambil iktibar. Anggap e-mail saudara kita ni sebagai teguran (atau 
>gertakan) membina. Perbaiki mutu servis anda.
>
>Wassalam.
>
>****** Original Message ******
>From: lansiag gedebum" <[EMAIL PROTECTED]>
>Sent: Thu 05/17/2001 06:46 AM
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Loan Affin Bank
> >
> >assalamualaikum netters,
> >
> >
> >
> >Kiter nak ingatkan semua warga hizbi, kalau sedang sibuk membeli
> >rumah dan
> >
> >cuba dapatkan pinjaman perumahan dari bank , tolong lah jauhkan
> >diri anda
> >
> >dari affin bank..
> >
> >Isteri saya baru ni beli rumah kat gombak...disebabkan kecuaian
> >pihak
> >
> >affin bank dan solicitor yang dia lantik....sampai tamat tempoh
> >S& P
> >
> >aggrement kiter dgn vendor ,tak leh gak settle disburse payment.
> >
> >Yang jadi mangsa isteri kiter...kena late penalty dgn seller
> >sampai RM 3,200
> >
> >  .
> >
> >Komplen kat bank...dia buat bengong jek.. penaya orang punya
> >bank!!
> >
> >So anda semua tolong lah ingatkan sesiapa yang berhajat dapat
> >kan loan
> >
> >perwira affin...sebelum terkena !! Tolong sebar kat news group
> >lain.
>
>
>:)


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke