*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya sokong putra sulong. Saya rasa bukan bank yang lembap, tapi
solicitor/peguamcara.
Saya pun ada kes dengan peguam beli apartment. Apartment pun DBKL punya, dah
boleh expect kelembapan birokrasi nak proses.
Masa tu first time beli rumah, tak pernah ada experience. Tak tahu nak consult
siapa. Yang bank pulak recommend lawyer ni Hakem Arabi & Asscociates, ofis di
bangsar under one of the partner. Memang lembab buat kerja, dia kata kalau nak
cepat follow-up sendiri dgn DBKL, yang kita bayar dia tu utk apa? Dia pulak ada
masalah dengan 2-3 kerat staff dia. Ambik part time punya budak utk kerja-kerja
despatch. Pastu staff dia 2-3 kerat tu resign. Lagilah melembapkan keadaan. Saya
memang dah tak tahan lagidah. Sign S&P bulan Mei 1999, janji 3 bulan boleh siap,
tapi dah masuk January 2000 tak siap lagi. Tokey rumah (vendor) dah memang
charge interest (org Melayu ni, org besar, tapi kuat makan interest macam
yahudi). So, saya kerja keras, contact dbkl & bank, last last siap, bagi bil,
gila punya tinggi bil, arah professional fee dah memang fixed oleh Bar Council,
tapi yg arah disbursment tu betul-betul punya titik especially arah travelling
and miscellanious. Ntah apa ntah yang dia caj saya pun tak tahu. Bila mintak
bukti/resit (kira macam buat audit lah) dia refused tak nak bagi. Memang saya
suffer teruk masa tu, dahlah baru kerja & baru kahwin. Habis bayar lawyer, kena
pulak bayar interest kat tuan rumah, adalah dlm 3-4 ribu. Banyak tu bagi org
baru kerja. DBKL pun satu memang lembab. Nak tukar nama aje ambik masa bertahun.
Last sekali bulan April lepas akhirnya rumah tu dah tukar nama saya.
Bayangkanlah berapa tahun proses tu? May 99 - April 2001.....Sekarang saya
dengar partner tu dah kena buang daripada lawyer firm tu, buat malu firm tu jer,
dia bukak firm sendiri kat Menara Pantai tak tahu under nama apa. Memang tak
guna punya lawyer, nampak sgt lawyer cari makan, tengok qualification bukan
main, oversea punya chambering, tapi hampas tak guna.

Alhamdulillah rezeki baik sikit beli rumah sebiji lagi. Kali ni saya pakai
member saya, saya jumpa dia balik lepas 4-5 bulan saya signup s&p beli first
rumah. saya memang tekad nak pakai dia. Memang cepat staff dia buat kerja. Staff
dia semua full time, lawyer jadi partner pun ramai, firm taklah besar tapi
nampaklah semangat nak berniaga dan bersaing. Bukan semua lawyer melayu hampas,
ada yang baik kalau kita pandai pilih. Jadi saya dgn bangganya nak rekomen
lawyer ni Azlan Shah Shaikh & Rashidi, ofis di Bangunan Phileo Promenade, Jln
Tun Razak. saya dah recommend kat member saya 2-3 orang, semua bagi feedback
yang baik. Sebab lawyer ni lawyer melayu (En. Azlan) & sangat amanah. Beli
August tahun lepas (sign S&P), sebulan dah siap agreement saya dgn financier dan
financier pun ready nak buat progress payment, vendor pun dah start projek,
sebulan lepas tu progress payment pun keluar. Insya-Allah ujung tahun ni rumah
tu siap dan dapat kunci. Vendor pun ok, takde masalah.

Kesimpulannya, through my experience, yg banyak buat taik dlm urusan jual beli
rumah ialah lawyer sebab lawyer yang buat documentation. Apa-apa hal pun semua
nak based on documentation, kalau dah takde documentation macam mana nak buat
sesuatu perkara. bank pun tak berani nak keluarkan duit kalau takde proper
documentation. So, prima facie is the lawyer itself. lawyer buat slack, semua
jadi slack, then yang kena tanggung interest...kita jugak!

wassalam.

Putra Sulong . wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Izinkan saya mencelah sikit...
>
> Sebenarnya yang terbabit dalam urusan jualbeli hartanah ini bukan sekadar
> pihak bank dan developer sahaja, tetapi juga solicitor (pihak peguam). Pada
> pandangan saya, kelewatan menyelesaikan urusan ini kemungkinan disebabkan
> oleh solicitor-solicitor terbabit.
>
> Misalnya dalam kes penjualan hartanah saya yang kini masih belum selesai
> sejak awal tahun lepas, saya mendapati solicitor yang sebenarnya lembab dan
> tidak profesional. Nama syarikat solicitor bunyinya glamer (Khairul Azman,
> Noorzilan, Nooron & Partners) tetapi punyalah baduwa lembabya. Setelah
> disampaikan mesej, samada melalui fax atau secara berpesan kepada stafnya
> tetapi dikatakan mereka tak terima???. Tak pula pernah return call.
>
> Setelah diberitahu tugas urusan saya telah dilaksanakan dan saya mohon
> disegerakan proses urusan tersebut, tetapi setelah sebulan berlalu masih
> belum proses?!! Dikatakan pula saya belum menyelesaikan bahagian saya!
> Berbahasa kasar kepada ibu saya pula. Sedangkan sebulan sebelum tu saya
> telah telefon berkali-kali untuk memaklumkannya! Benggong punya peguam.
>
> Walau pun di zaman kita sekarang sudah mempunyai teknologi telefon, fax dan
> internet tetapi mereka tidak menggunakannya sewajarnya. Mereka duduk atas
> fail, cuma menunggu kita pula yang follow-up satu langkah demi satu langkah.
> Benggong betul peguam solicitor zaman sekarang. Begitu juga di pihak
> solicitor bank pembeli, begitu lembab dan tidak profesional. Mereka
> berkomunikasi dengan pihak lain menggunakan surat mel biasa. Tak guna kurier
> atau PosLaju pun. Tak guna telefon atau fax. Maka, berminggu-minggulah nak
> tunggu mereka berutus surat antara satu pihak dengan pihak lain.
> Masing-masing tunggu, masing-masing menunding jari ke pihak yang lain belum
> respon. Jadi, jangan salahkan bank sahaja.
>
> Jadi, nasihat saya kepada warga hizbi, pilihlah solicitor yang terbukti
> cekap dan profesional. Jangan hanya kerana solicitor tersebut adalah
> syarikat melayu, kita pilih mereka. Akhirnya siapa yang menanggung kosnya?
> Disebabkan kelembaban solicitor yang menguruskan jualbeli hartanah saya ini,
> saya terpaksa menanggung kos berbelas ribu dan kerugian pendapatan berpuluh
> ribu lagi.
>
> Sekadar berkongsi pengalaman semoga menjadi panduan kepada semua.
>
> Sekian.
>
> >From: [EMAIL PROTECTED]
> >Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: H-Net* Loan Affin Bank
> >Date: Thu, 17 May 2001 09:31:38 -0400
> >
> >
> >Assalamu'alaikum,
> >
> >Agak kejam tu bila kerana satu kes kita nak minta semua orang boikot Affin
> >Bank. Kesian Affin Bank. (Affin Bank ni kepunyaan bumiputra ke?).
> >
> >Memanglah pegawai itu silap. Tapi, tak elok kita hukum keseluruhan
> >organisasinya. Selain dari pegawai yang 'screw-up' tu, ada beribu lagi
> >pekerja Affin yang tak berdosa. Kesian mereka.
> >
> >Lagipun saya tengok iklan, mereka ada sediakan loan Islam yang amat murah
> >rate keuntungannya (3.5%?). Rugilah jika tak mahu berurusniaga dengan
> >mereka.
> >
> >2. Jika ada orang Affin Bank, atau mana-mana bank lain, kat sini, sila
> >ambil iktibar. Anggap e-mail saudara kita ni sebagai teguran (atau
> >gertakan) membina. Perbaiki mutu servis anda.
> >
> >Wassalam.
> >
> >****** Original Message ******
> >From: lansiag gedebum" <[EMAIL PROTECTED]>
> >Sent: Thu 05/17/2001 06:46 AM
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* Loan Affin Bank
> > >
> > >assalamualaikum netters,
> > >
> > >
> > >
> > >Kiter nak ingatkan semua warga hizbi, kalau sedang sibuk membeli
> > >rumah dan
> > >
> > >cuba dapatkan pinjaman perumahan dari bank , tolong lah jauhkan
> > >diri anda
> > >
> > >dari affin bank..
> > >
> > >Isteri saya baru ni beli rumah kat gombak...disebabkan kecuaian
> > >pihak
> > >
> > >affin bank dan solicitor yang dia lantik....sampai tamat tempoh
> > >S& P
> > >
> > >aggrement kiter dgn vendor ,tak leh gak settle disburse payment.
> > >
> > >Yang jadi mangsa isteri kiter...kena late penalty dgn seller
> > >sampai RM 3,200
> > >
> > >  .
> > >
> > >Komplen kat bank...dia buat bengong jek.. penaya orang punya
> > >bank!!
> > >
> > >So anda semua tolong lah ingatkan sesiapa yang berhajat dapat
> > >kan loan
> > >
> > >perwira affin...sebelum terkena !! Tolong sebar kat news group
> > >lain.
> >
> >
> >:)
>
> _________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Nazam Dzulkarnaini" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke