*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sejak dua tiga minggu  kebelakangan ini, saya rasa dada saya macam dah nak 
meletup, rasa panas membara mendidih membuak-buak. Saya tak berapa pasti saya 
marah kat sapa, tapi yang pastinya tiap kali saya baca Utusan atau pun The 
STAR dua tiga hari nie, saya jadi tak tahan. Lagi baca lagi naik darah.

Opps, ini tak ada kena mengena dengan isu Reformasi, ISA atau pun yang satu 
rupa dengannya; ini cuma ada kena mengena antara saya secara individu, seorang 
anak kampung, seorang lelaki berbangsa Melayu, berkulit sawo matang, waris 
asal negara ini dengan depa-depa yang dilantik menjadi pemerintah negara tanah 
tumpah nenek moyang saya ini. Itu saja. So, kalau apa yang saya tulih nie 
bunyi sensitif, depa tak boleh tahan saya di bawah ISA sebab ia tidak ada 
kaitan dengan Reformasi atau pun mana-mana parti pembangkang.

ISA cuma diwujudkan untuk memastikan pemerintah yang ada terus berkuasa; bukan 
untuk memastikan negara tidak huru hara!!

Jadi, kalau tulisan saya ini boleh mengharu dan mengharakan negara, maka 
mengikut tafsiran ISA di atas, pemerintah yang ada tidak berhak menahan saya 
di bawah mana-mana akta yang berkenaan.

Saya perlu luahkan perasaan saya melalui medan internet ini kerana saya khuati 
jika saya luahkannya di luar sana, nanti tak pasal-pasal ada yang melayang 
kepalanya seperti mana yang berlaku di Sampit, Kalimantan tempoh hari.

Masa kes Kg Medan hari tu, saya dah mendidih dah bila tengok sorang rakyat 
India, yg bukan pun rakyat Malaysia diberi layanan macam seorang Pejuang; 
selepas mati dalam apa yg depa kata sebagai pertempuran antara kumpulan 
'samseng' di Kg Medan tu,; dia diberi layanan kelas 'A' macam tentera kita yg 
gugur di Somalia tempoh hari, siap dengan MIC dok pi  urus dan sponsor 
penerbangan balik mayat dia balik ke India lagi. Kalau sungguh 'pertempuran 
antara kumpulan samseng'; awat yg dok pi layan sampai macam tu. Tak pikir ka 
sensitiviti orang-orang kampung macam kami ini?

Okaylah, bab Kg Medan dah lepas; nasib baik habis awal, kalau tidak jenuh la 
depa nak berkawal. Saya pun malas nak pikir bab tu dah; cuma  nak pesan, lain 
kali hormatlah sikit sensitiviti orang tempatan.

Baru-baru ini pula,  darah saya yang dah cool down  sejuk sikit selepas kes Kg 
Medan tu,  tiba-tiba pressure dia naik balik;  mendidih sungguh bila dua tiga 
hari lepas saya baca dalam Utusan Malaysia berita yang memetik kenyataan Dr 
Ling Leong Sik, mungkin hasil daripada tekanan yg berterusan daripada MCA 
dalam isu quota kemasukan ke Universiti tempatan (walaupun Universiti Swasta 
dah tumbuh bersepah merata jalan); beliau memaklumkan bahawa ~600 orang 
budak-budak Cina sudah pun diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran mereka 
ke Pusat Pengajian Tinggi. Kalau baca the STAR pula, siap dengan gambar 
beberapa orang budak2 tu yg dapat biasiswa JPA untuk sambung belajar ke US!!

Kepala hotak sungguh!! Celaka punya orang (saya tak tau nak tala kat sapa); 
adik aku yang Melayu pun tak dapat biasiswa, nak dapat pinjaman hari tu pun 
nala punya teruk naik turun naik turun, cari borang isi borang; dah la tu 
sekarang nie tiap-tiap bulan aku dengan adik beradik dua tiga orang pakat kena 
hulur sorang sikit nak sara adik aku tu mengaji di Univerisiti. Nak mintak kat 
Pak aku? duit nak beli batu asah pisau motong dia pun minta kat kami!

Sedangkan, kalau ikut Cikgu Sejarah aku (Cikgu Sejarah aku bukan parti 
pembangkang -  so, dia tak boleh kena tahan bawah ISA); dia kata:

"Salah satu syarat Kemerdekaan hari itu ialah orang-orang Melayu mesti 
bersedia memberi taraf kerakyatan kepada bukan Melayu, dan sebagai balasannya, 
orang Melayu diberi hak-hak istimewa yang antara lain misalnya ialah hak untuk 
mendapatkan biasiswa!!"

Nah, la nie apa cerita?

Dah la adik aku yang Melayu tu tak dapat biasiswa, tiba-tiba yang si  bukan 
Melayu tu pula, di samping dapat IC Malaysia, dapat pula kat depa biasiswa!!

Phuiit, haram jadah sungguh!!!

-Ru Antara-


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke