*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum,
Adik aku layak masuk Universiti; dia sama jugak dengan rakan2 dia yg lain;
semuanya layak masuk Universiti, cuma yg membezakan antara adik aku dengan
rakan2 satu matrikulasi dengan beliau ialah dia nie antara top scorer kat
pusat matrikulasi tu, mathematics sama terra macam brader dia nie. Rimgkasnya,
pasal kelayakan bukan persoalan, adik aku memang layak; la nie pun dah dok di
Tahun Kedua dah!
Yg aku tak puasnya hati awat adik aku & kawan2 dia tak dapat biasiswa
sedangkan biasiswa itu adalah duit 'Royalti Politik' untuk anak-anak Melayu.
Adakah ini bermakna?
1) Mak aku tersilap beranakkan adik aku wrong year (silap tahun); kalau pak
aku plan betoi-betoi, dan adik aku tu terberanak awal sikit, kemudian
ditakdirkan masa umur dia 18 tahun, masa tu masih zaman Tun Razak/Husin Onn,
maka dia akan layak dapat biasiswa. Tapi, sebab mak&pak aku silap plan, bila
sampai umur nak masuk U, adik aku tu tercampak ke zaman Dr Mahathir; zaman di
mana "Duit Royalti Politik" orang2 Melayu sudah dihapuskan!!
2) Adakah bermakna perjanjian Melayu/Cina/India vs British masa nak merdeka
dulu di mana Melayu dpt hak istimewa dan Cina/India dapat kerakyatan, hari ini
sudah terbatal? Ataukah ini bermakna perjanjian tersebut sama sahaja seperti
Perjanjian Sah Petronas-Terengganu; kini cuma jadi MOU saja?
3) Akhir sekali, adakah ini juga bermakna "Wang Royalti Politik" (Biasiswa)
itu kini sudah bertukar menjadi "Wang Ehsan"?
Tolong jawab!!
Aku Yg Bengang,
-Ru Antara-
>===== Original Message From jasni ahmad <[EMAIL PROTECTED]> =====
>Assamualaikum
>Maaf kerana mencelah tanpa diundnag
>Sebenarnya dalam kes saudara ru antara perkara yang
>perlu diambil kira ialah keputusan yang telah dicapai
>oleh adik beliau dan bukan keputusan sama ada beliau
>dapat biasiswa atau pinjaman tidak. Dalam soal
>pendidikan kita tidak seharusnya terlalu berkira dan
>mengharapkan biasiswa/pinjaman daripada pihak tertentu
>kita usahakan segala yang termampu kerana jika kita
>menganggap kita susah tetapi ada banyak yang lebih
>susah dari kita. Kita kata kita patut dapat biasiswa
>tetapi bayangkan ada orang susah yang benar-benar
>memerlukannya dan dapat keputusan yang lebih cemarlang
>daripada kita dan tidak dapat bantuan tetapi masih
>mampu melanjutkan pelajaran tanpa sebarang rungutan
>tetapi melipatkan gandakan usaha semata-mata untuk
>pelajaran.
>Sesungguhnya inilah kelemahan kaum kita. setiap kali
>perkara yang melibatkan pelajaran daripada buku
>bantuan
>sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke universiti
>kita masih mengharapkan bantuan dan setiap kali
>bermula persekolahan/pengajian perkara yang sama akan
>dibangkitkan dan kecoh satu negara,
>Seharusnya kita sebagai ibu bapa, abang atau kakak
>mestilah bersedia untuk menghadapi hari-hari tersebut
>kerana setiap kita sebenarnya tidak mahu anak atau
>adik kita gagal dalam pelajaran jadi kita seharusnya
>lebih bersedia dalam soal memberi pendidikan tidak
>kira kewangan atau pun apa jua
>Kita semestinya tahu umur 7 tahun akan masuk tahun 1
>apa salahnya kita usahakan semanjak anak kita baru
>dilahirkan sehingga berumur 7 tahun begitu juga masuk
>universiti kita tahu anak kita bercita-cita hendak
>masuk unversiti begitu juga dengan diri kita sebagai
>ibubapa yang tentunya merasa bangga bila anak berjaya
>ke manara gading tetapi bila waktu pendaftaran dan
>kemasukan kita tidak bersedia ibubapa jenis apa jika
>begitu keadaannya "Hendak madu kita kena usaha panjat
>pokok tinggi"
>Kita tidak seharusnya menunding jari ke arah orang
>lain, lihat diri kita, nilai diri kita barulah kita
>menilai ornag lain. Doa dan usaha insyaalah allah akan
>membantu kita.
>sekian. Harap maaf kalau keceluparan saya ini
>menyinggung sesiapa.
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, saya rasa dada saya macam dah nak
meletup, rasa panas membara mendidih membuak-buak. Saya tak berapa pasti saya
marah kat sapa, tapi yang pastinya tiap kali saya baca Utusan atau pun The
STAR dua tiga hari nie, saya jadi tak tahan. Lagi baca lagi naik darah.
Opps, ini tak ada kena mengena dengan isu Reformasi, ISA atau pun yang satu
rupa dengannya; ini cuma ada kena mengena antara saya secara individu, seorang
anak kampung, seorang lelaki berbangsa Melayu, berkulit sawo matang, waris
asal negara ini dengan depa-depa yang dilantik menjadi pemerintah negara tanah
tumpah nenek moyang saya ini. Itu saja. So, kalau apa yang saya tulih nie
bunyi sensitif, depa tak boleh tahan saya di bawah ISA sebab ia tidak ada
kaitan dengan Reformasi atau pun mana-mana parti pembangkang.
ISA cuma diwujudkan untuk memastikan pemerintah yang ada terus berkuasa; bukan
untuk memastikan negara tidak huru hara!!
Jadi, kalau tulisan saya ini boleh mengharu dan mengharakan negara, maka
mengikut tafsiran ISA di atas, pemerintah yang ada tidak berhak menahan saya
di bawah mana-mana akta yang berkenaan.
Saya perlu luahkan perasaan saya melalui medan internet ini kerana saya khuati
jika saya luahkannya di luar sana, nanti tak pasal-pasal ada yang melayang
kepalanya seperti mana yang berlaku di Sampit, Kalimantan tempoh hari.
Masa kes Kg Medan hari tu, saya dah mendidih dah bila tengok sorang rakyat
India, yg bukan pun rakyat Malaysia diberi layanan macam seorang Pejuang;
selepas mati dalam apa yg depa kata sebagai pertempuran antara kumpulan
'samseng' di Kg Medan tu,; dia diberi layanan kelas 'A' macam tentera kita yg
gugur di Somalia tempoh hari, siap dengan MIC dok pi urus dan sponsor
penerbangan balik mayat dia balik ke India lagi. Kalau sungguh 'pertempuran
antara kumpulan samseng'; awat yg dok pi layan sampai macam tu. Tak pikir ka
sensitiviti orang-orang kampung macam kami ini?
Okaylah, bab Kg Medan dah lepas; nasib baik habis awal, kalau tidak jenuh la
depa nak berkawal. Saya pun malas nak pikir bab tu dah; cuma nak pesan, lain
kali hormatlah sikit sensitiviti orang tempatan.
Baru-baru ini pula, darah saya yang dah cool down sejuk sikit selepas kes Kg
Medan tu, tiba-tiba pressure dia naik balik; mendidih sungguh bila dua tiga
hari lepas saya baca dalam Utusan Malaysia berita yang memetik kenyataan Dr
Ling Leong Sik, mungkin hasil daripada tekanan yg berterusan daripada MCA
dalam isu quota kemasukan ke Universiti tempatan (walaupun Universiti Swasta
dah tumbuh bersepah merata jalan); beliau memaklumkan bahawa ~600 orang
budak-budak Cina sudah pun diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran mereka
ke Pusat Pengajian Tinggi. Kalau baca the STAR pula, siap dengan gambar
beberapa orang budak2 tu yg dapat biasiswa JPA untuk sambung belajar ke US!!
Kepala hotak sungguh!! Celaka punya orang (saya tak tau nak tala kat sapa);
adik aku yang Melayu pun tak dapat biasiswa, nak dapat pinjaman hari tu pun
nala punya teruk naik turun naik turun, cari borang isi borang; dah la tu
sekarang nie tiap-tiap bulan aku dengan adik beradik dua tiga orang pakat kena
hulur sorang sikit nak sara adik aku tu mengaji di Univerisiti. Nak mintak kat
Pak aku? duit nak beli batu asah pisau motong dia pun minta kat kami!
Sedangkan, kalau ikut Cikgu Sejarah aku (Cikgu Sejarah aku bukan parti
pembangkang - so, dia tak boleh kena tahan bawah ISA); dia kata:
"Salah satu syarat Kemerdekaan hari itu ialah orang-orang Melayu mesti
bersedia memberi taraf kerakyatan kepada bukan Melayu, dan sebagai balasannya,
orang Melayu diberi hak-hak istimewa yang antara lain misalnya ialah hak untuk
mendapatkan biasiswa!!"
Nah, la nie apa cerita?
Dah la adik aku yang Melayu tu tak dapat biasiswa, tiba-tiba yang si bukan
Melayu tu pula, di samping dapat IC Malaysia, dapat pula kat depa biasiswa!!
Phuiit, haram jadah sungguh!!!
-Ru Antara-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>