Title:

Bukan salah ibu mengandung ... tapi inilah hasil politik orang-orang melayu-islam kini. Baik dari pihak pemerintah ataupun pembangkang. Semuanya lupa usul dan sejarah.

Mana ada parti yang benar-benar nak mempertahankan hak melayu-islam. Semuanya hanya slogan manis di bibir, sedangkan yang menjadi misi dan visi hanyalah kuasa dan keuntungan peribadi.

Dulu kita ada PAS yang lantang memperjuangkan hak melayu-islam sehingga pihak umno/bn mengambil kira hal ini dlm setiap perkara. Sekarang, demi keadilan yg kabur (sama rata), maka masing-masing berusaha utk membuang hak melayu-islam dan diserahkan kepada bangsa-agama asing. Semuanya berebut nak dapatkan undi bangsa-agama asing.

Lihat sahaja, nak maintain undi cina, sanggup bagi biasiswa kat org Cina. Bagi itu ini. Pas pun tak mahu mengalah, benarkan org bukan islam bela babi ... sanggup lawat bekas tapak babi kat Bukit Pelanduk. Last sekali siapa yg untung ... org bukan islam juga yang untung. Sedikit demi sedikit tercapai juga hasrat DAP utk me'Malaysian'kan Malaysia walaupun tak menang banyak undi di parlimen.

Dan apalagi nak diharapkan dari keadilan, melayu bukan, islam pun bukan. Hanya keadilan yg menjadi dasar. Tapi bukan keadilan islam, sebaliknya keadilan yg bermaksud sama hak, sama rasa dan sama rata.

Maka benarlah kata Mao Tze Tung ... "Malaysia akan dijajah melalui demokrasi".

Wassalam.

 


-----Original Message-----
From: Ru Antara [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, May 22, 2001 11:57 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* FWD: Nota Dari Kampung - tolong jawab!

A'kum,

Adik aku layak masuk Universiti; dia sama jugak dengan rakan2 dia yg lain;
semuanya layak masuk Universiti, cuma yg membezakan antara adik aku dengan
rakan2 satu matrikulasi dengan beliau ialah dia nie antara top scorer kat
pusat matrikulasi tu, mathematics sama terra macam brader dia nie. Rimgkasnya,
pasal kelayakan bukan persoalan, adik aku memang layak; la nie pun dah dok di
Tahun Kedua dah!

Yg aku tak puasnya hati awat adik aku & kawan2 dia tak dapat biasiswa
sedangkan biasiswa itu adalah duit 'Royalti Politik' untuk anak-anak Melayu.

Adakah ini bermakna?

1) Mak aku tersilap beranakkan adik aku wrong year (silap tahun); kalau pak
aku plan betoi-betoi, dan adik aku tu terberanak awal sikit, kemudian
ditakdirkan masa umur dia 18 tahun, masa tu masih zaman Tun Razak/Husin Onn,
maka dia akan layak dapat biasiswa. Tapi, sebab mak&pak aku silap plan, bila
sampai umur nak masuk U, adik aku tu tercampak ke zaman Dr Mahathir; zaman di
mana "Duit Royalti Politik" orang2 Melayu sudah dihapuskan!!

2) Adakah bermakna perjanjian Melayu/Cina/India vs British masa nak merdeka
dulu di mana Melayu dpt hak istimewa dan Cina/India dapat kerakyatan, hari ini
sudah terbatal? Ataukah ini bermakna perjanjian tersebut sama sahaja seperti
Perjanjian Sah Petronas-Terengganu; kini cuma jadi MOU saja?

3) Akhir sekali, adakah ini juga bermakna "Wang Royalti Politik" (Biasiswa)
itu kini sudah bertukar menjadi "Wang Ehsan"?

Tolong jawab!!

Aku Yg Bengang,
-Ru Antara-


Kirim email ke