*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message -----
From: jebat kasturi <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, June 01, 2001 11:35 AM
Subject: [Sutera] Maulidur Rasul


> Semperna kedatangan Bulan Maulidur Rasul ada baiknya
> kita mengetahui sejarah Nabi kita secara rengkas.....
>
> SEJARAH NABI MUHAMMAD SAW
>
> Sebagai pemimpin pilihah Allah, banyak mukjizat
> telah diperlihatkan dalam hidup Nabi Muhammad saw.
> Semasa dalam kandungan ibunya lagi sang bayi itu
> telah membayangkan perbagai mukjizat dan kelebihannya.
> Sejarah mencatatkan, tatkala nur atau cahaya Muhammad
> masuk ke rahim ibunya, Aminah, Allah memerintahkan
> kepada malaikat supaya membukakan pintu syurga
> Firdaus (syurga tertinggi). Kepada para penghuni
> langit dan bumi telah juga diberitahu mengenai
> kelahiran itu.
> Mendengar berita gembira itu, tanah2 yang sebelumnya
> gersang dan kering kontang tiba2 menyubur. Pohon2
> kayu pula merimbun dan berbuah lebat, sementara sang
> angin pula menghembus angin sepoi2 basa.
> Kebanyakan binatang dilaut dan didarat amat gembira
> membincangkannya.
> Siti Aminah, ibu Nabi saw, menceritakan; 'Ketika
> kandunganku genap enam bulan, datang seorang yang
> tidak ku kenali pada suatu malam dan berkata; hai
> Aminah, sesungguhnya puan sedang mengandungkan
> seorang pemimpin besar. Apabila ia lahir kelak
> namakanlah dia Muhammad!;.
> Aminah bersendirian dalam biliknya ketika itu,
> sementara Abdul Muttalib sedang bertawaf. Siti Aminah
> meneruskan; 'Menjelang kelahiran Muhammad, saya
> mendengar bunyi guruh gegap gempita, bersamaan dengan
> itu kulihat seekor burung menyapu2 sayapnya dihatiku,
> hilang rasa takutku kerananya. Aminah kemudian
> berpaling. Dia terlihat serta merta didepannya
> semangkuk minuman berwarna putih.
> Beliau segera meminumnya. Serentak dengan itu beliau
> melihat cahaya memancar sampai kelangit. Kemudian
> muncul para wanita setinggi pohon kurma.
> Mereka kelihatan seolah2 para puteri Abdu Manaf.
> Mereka segera memegang Aminah. "Kami adalah Asiah,
> isteri Firaun, Maryam anak Imran, dan para Bidadari"
> jawab wanita2 itu.
> Beberapa ekor burung yang paruhnya dari permata
> zamrud dan sayap2nya dari permata yaqkut memenuhi
> bilik Aminah.
> "Sejurus kemudian aku pun melahirkan Muhammad.
> Wanita2 dari syurga tadi membidani ku. Ku lihat
> Muhammad sujud kelantai.
> Jari-jemari tangannya mengangkat kelangit," cerita
> Siti Aminah lagi sambil menambah, "Setelah itu saya
> melihat awan putih berarak menuju kearahku kemudian
> menghilang. Kitika itu ku dengar suara ghaib
> menyatakan,
> "Bawalah dia mengelilingi bumi dari timur kebarat
> dan masukkanya kedalam laut, agar semua makhluk
> mengenalinya."
> Sinar gemilang kemudian memancar dari tubuh Aminah
> hingga kenegeri Syam (Syria). Sang Bayi mengangkat
> kepalanya mendongak kelangit, sebagai bukti ketinggian
> martabatnya dari semua makhluk lain. Berkeadaan
> bersih, bayi itu kelihatan berkhatan dan pusatnya
> telah terpotong. Baunya mewangi. Matanya bercelak
> dengan kudrat Allah swt. (setengah sejarahan lain
> menyatakan bayi Muhammad dikhatankan oleh datuknya,
> Abdul Muttalib,setelah berusia tujuh tahun suatu
> upacara jamuan yang sekali gus menamakannya Muhammad.)
> Serentak dengan itu, Singgahsana Kaisar diMadinah
> runtuh, Api sembahan orang2 Majusi di Parsi yang
> menyala sejak 1000 tahun tiba2 padam.
> Pertumbuhan tubuh Muhammad amat cepat. Ketika berusia
> tiga bulan mampu berdiri. Usia lima bulan boleh
> berjalan. Usia sembilan bulan cukup kuat dan lancar
> tutur katanya.
> Beberapa hari Muhammad disusui ibunyua, Kemudian
> Thuaibah-Aslamiah, hamba pakciknya Abu Lahab yang
> telah dimerdekakan sebaik2 mendengar Muhammad
> dilahirkan.
> Selain menyusukan Muhammad, Thuaibah juga menyusukan
> anaknya sendiri Abu Salamah. Bayi Muhammad, setelah
> itu disusui oleh Halimah binti Abu Zuaib Saadiyah,
> didesa Bani Saad. Puteri Halimah, bernama Syimah,
> mengasuh Muhammad.
> Setelah menikmati udara desa dua tahun, Muhammad
> dikembalikan kepada ibunya. Kemudian dibawa semula
> kedesa, bergaul dengan para penduduknya selama lima
> tahun.
>
> Selama menyusukan bayi Muhammad, Halimah mengakui
> memperoleh banyak berkat: Ternakannya menyubur dan
> berkembang biak, air susunya banyak dan rezekinya
> murah.
> Malaikat Jibrail membedah dada Muhammad ketika
> anak itu berusia tiga tahun. Apabila berusia empat
> tahun ibunya wafat disuatu daerah di Madinah bernama
> Abwaa. Bergelarlah sang anak itu sebagai anak yatim
> piatu. Pakciknya, Abu Tallib pula mengasuhnya
> setelah datuknya wafat.
>
>
> __________________________________________________



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SUSI" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to