*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Hujung minggu yang lalu, saya ke Carefour, Seberang Jaya Pulau Pinang, kawasan
Parlimen Dr Wan Azizah. Sebaik melangkah ke pintu masuk berhadapan pejabat
Pos, saya jadi tergamam seketika; di situ saya lihat ada satu kaunter kecil,
dengan dua orang gadis Melayu bersama satu banner besar bertulis "Kempen
Keahlian Puteri Pulau Pinang". Tidak ditulis di situ 'Puteri UMNO', cuma bila
ditengok borang-borang kosong yg bersepah di atas kaunter itu, baru nampak
perkataan UMNO!
AWAT - MALU SANGAT KA DENGAN NAMA UMNO?
MALU KALU, NEXT TIME TULIS BESAR-BESAR PI BAGI JADI "PUTERI UMCINO"!!
[Ha, macam tu kalu kaunter yg kosong tu nanti penuh sesak, kena serbu dengan
amoi-amoi Cino!!]
Kaunter meja mereka yg terletak di laluan utama yg agak sempit itu menjadi
lebih sempit apabila pelanggan-pelanggan Carefour yg bersesak-sesak itu,
tatkala melintasi kaunter berkenaan, masing2 kelihatan berbisik-bisik sesama
sendiri. Semuanya macam tersenyum, dengan cara yang paling sinis pernah saya
lihat, membuatkan dua gadis penjaga kaunter itu dalam keadaan serba tak
keruan.
Selesai membeli belah, kami turun semula ke tingkat bawah menuju ke pintu
keluar; kali ini saya lihat kaunter yg tadinya kosong kini sudah ada seorang
pelanggan sedang mengisi borang; hmm, patutlah pun, wanita berseluar jean
ketat dengan baju yg menampakkan bidang dada putih melepak gaya Erra Fazira
ini memang pun menjadi tumpuan utama Pergerakan Puteri UMNO. Entah macam mana
terlintas di dalam hati kecil saya:
"Hai, macam nie punya gaya, 'kenyang la' nampak gayanya kawan-kawan kita dalam
Pemuda UMNO!!"
Itu sangkaburuk terhadap orang, tak baik beranggapan demikian, tapi lintasan
kata hati siapa yg boleh tahan. Cuma, on the way menuju ke tempat parking saya
cuba mencari jawapan, apa la sangat yg depa cari dalam Puteri UMNO ini, apa
lah yang membuatkan dua orang gadis penjaga kaunter itu sanggup menebalkan
muka menahan senyum sinis dan kata-kata sindiran daripada orang ramai yg lalu
lalang di hadapan kaunter mereka itu; tambahan pula kawasan tersebut adalah
kubu kuat pembangkang, kawasan parlimen Kak Wan, bukan kawasan sebarangan.
Jawapan saya terjawab, apabila tiba-tiba orangrumah saya dalam nada berbisik
berkata:
"Laa, tak dak majalah lain ka yg budak tu nak baca selain daripada majalah
HAI"
Rupa-rupanya isteri saya terlihat majalah HAI di atas kaunter itu, yg secara
sinisnya kita boleh kata mungkin ia digunakan oleh gadis berkenaan untuk
menghilangkan rasa bosan menunggu pelanggan atau pun mungkin dengan bentuk
majalah tersebut yg agak lebar berbanding majalah Mangga, bolehlah juga
digunapakai untuk berselindung muka daripada senyuman sinis dan kata-kata
sindiran mereka yg lalu lalang.
Apa-apa pun, dengan adanya majalah HAI di situ, sekurang-kurangnya ia
membuktikan kepada kita bahawa itulah sebenarnya halatuju dan sebab musabab
kenapa gadis-gadis berkenaan memilih untuk bersama Puteri UMNO. Bagi mereka
hidup ini adalah untuk hiburan, seronok-seronok dan keduniaan semata-mata.
Bagi gadis-gadis penjaga kaunter ini, dan juga pelanggannya yang cun dan tidak
bertudung itu, mereka beranggapan bahawa hanya melalui UMNOlah cara hidup dan
hiburan duniawi yg dinikmati mereka selama ini akan dapat dijamin terus kekal
selama-lamanya.
Dengan beranggapan bahawa itulah perjuangan mereka, maka untuk seketika di
celah-celah rasa kasihan dengan diri mereka yg dipergunakan sedemikian rupa
oleh UMNO, entah macam mana timbul pula rasa kagum dan rasa respect dalam
hati kecil saya dengan keberanian gadis-gadis penjaga kaunter berkenaan yg
sanggup menebalkan muka dan menahan telinga demi memperjuangkan apa yang
mereka percaya, atau kata orang putih "fight for what they believe".
INI SEHARUSNYA MENJADI CABARAN KEPADA PARTI PAS UMPAMANYA, YG KINI SUDAH TIDAK
SEGHAIRAH DULU DALAM MENAMBAH KEAHLIANNYA. 800,000 ORANG AHLI MASIH TERLALU
SEDIKIT JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN CITA-CITA KITA UNTUK MEMERINTAH NEGARA -
SATU CABARAN BUAT SEMUA!
Bercakap mengenai "Fight for what you believe" ini, secara kebetulan minggu
ini kita menyaksikan kematian seorang penjenayah paling terkemuka di Amerika
Syarikat dekad ini, Timothy McVeigh yang
telah dijatuhkan hukuman mati melalui suntikan maut. Beliau adalah individu
yang bertanggungjawab meletupkan bangunan Murrah Building di Oklahama City
Amerika Syarikat pada 19 hb April 1995 yang menyebabkan 168 orang terkorban.
Saya pada asalnya naik pelik dan merasa cukup hairan bagaimana boleh ada
seorang individu, rakyat Amerika Syarikat sendiri, berkulit putih dan bekas
tentera pulak tu boleh berbuat demikian. Jika yang melakukannya ialah rakyat
Iraq atau pun Pejuang-Pejuang Palestine, Libya atau pun hulubalang-hulubalang
Osama Ben Laden, masuk juga di akal; tapi ini dilakukan oleh seorang rakyat
Amerika sendiri, yang pernah berperang untuk negaranya semasa perang Teluk
tempoh hari. Diberitakan bahawa Timothy McVeigh ini adalah Johan Menembak
dalam kem beliau, dan semasa perang Teluk, beliau telah berjaya menembak dari
jauh hingga berkecai kepala sekurang2nya dua orang tentera Iraq.
Inilah serba sedikit mengenai manusia yg bernama Timothy McVeigh, tetapi
kenapa beliau sanggup berbuat demikian. Setelah membaca perjalanan hidupnya
dalam berbagai artikel dalam Internet, barulah saya menemui jawapannya.
Apa yang dilakukan beliau itulah adalah bertitik tolak dari konsep "Fight for
what you believe". Beliau adalah typical rakyat Amerika yang berpegang kuat
kepada First Amendment dalam Perlembagaan Negara mereka yang memberikan hak yg
tidak berbelah bahagi kepada Individu (Hak Asasi) atau pun dlm bahasa Inggeris
dipanggil "the Right of the Individual".
Jiwa beliau menjadi tidak tenteram apabila beliau melihat ada cubaan oleh
pihak pemerintah untuk mengongkong hak individu seperti yg tercatit dalam
perlembagaan tersebut, secara direct atau pun secara indirect sama ada melalui
agensi seperti FBI, CIA, Polis, Biro Alkohol & Tembakau dan Senjatapi, Jabatan
Penguatkuasa Dadah, Secret Service (SB), Sosial Security dan sebagainya.
Bagi beliau, sebagai seorang individu, beliau berhak berbuat apa sahaja yang
beliau suka, dan tidak mahu kebebasan seseorang individu itu dikongkong
pemerintah.
Perkara yang menjadi turning point atau pun 'penyebab' kenapa beliau bertindak
lebih aggresif ialah apabila beliau melihat live di kaca TV keganasan pihak
pemerintah melalui Agensi Penguatkuasanya yang menyerang kem David Koresh di
Waco pada 19 April 1993. Kita sendiri tentu masih ingat asap tebal yang
berkepul-kepul keluar dari kompleks Branch Davidian setelah diasak oleh FBI &
co. Inilah yg menjadi puncanya hingga Timothy McVeigh tergamak menggunakan
kepakaran ketenteraannya untuk meletupkan bangunan Murrah Building di Oklahama
City tepat pada 19 hb April 1995, iaitu 2 tahun selepas tragedi di Waco.
Beliau sengaja memilih bangunan berkenaan kerana di dalamnya terdapat
pejabat-pejabat kepada agensi-agensi yang tersebut di atas. Bagi beliau,
agensi-agensi berkenaan adalah lambang kebencian beliau terhadap sistem yang
dirasakan mengongkong hak asasinya. Ketika meletupkan bangunan tersebut,
beliau memakai baju t-shirt yang di belakangnya tertera gambar sepohon pokok
dan lukisan titisan darah yg menitik ke bawah, dengan tulisan yg memetik
kata-kata Thomas Jefferson:
"The tree of liberty must be refreshed from time to time with the blood of
patriots and tyrants"
[Pohon kebebasan perlu disegarkan dari masa ke semasa dengan darah Pahlawan
dan juga darah Pemerintah yang Zalim]
Itulah perjuangan beliau!!
Apa yang beliau lakukan memanglah satu jenayah besar yang tidak dapat diterima
oleh mana-mana manusia atau pun mana-mana tamadun sekali pun; tambahan pula 19
orang yg terkorban itu adalah kanak-kanak kecil berumur 5 tahun ke bawah. Satu
jenayah yang paling tidak berperi kemanusiaan dan memang layak pun beliau
dikenakan hukuman mati.
Namun begitu, apabila saya terus membaca kisah perjuangannya, tidak dapat
tidak seperti juga kes Puteri UMNO di atas, timbul semacam rasa hormat dan
kagum dalam diri saya dengan komitmen yang ditunjukan oleh Timothy McVeigh
demi merealisasikan perjuangan beliau - "Fight for what he believes".
Dan, secara kebetulan juga di awal minggu ini kita digemparkan dengan kisah
penangkapan 9 orang "Pengjihad" yang dikatakan terlibat dalam satu rompakan
bank di Lembah Kelang. Saya tidak begitu tahu tentang kisah sebenarnya yang
berlaku selain daripad apa yang tersiar di dada-dada akhbar, tetapi saya yakin
seperti juga kisah Puteri UMNO dan kisah Timothy McVeigh di atas, apa yang
berlaku kepada pengjihad-pengjihad ini - yang pernah turun berjihad di
Afghanistan dan Maluku tentunya juga ada kaitan dengan apa yang mereka
perjuangkan, "Fight for What They Believe".
Cumanya, terlanjur bercakap mengenai kumpulan Jihad ini, walau pun TPM kita
Datuk Seri Abdlullah Badawi meminta rakyat supaya jangan bersimpati dengan
mereka, tidak dapat tidak, sebagai seorang Islam, seorang Mukmin, jauh di
sudut hati memang tertanam rasa simpati yang amat mendalam kepada
sahabat-sahabat yang pernah menjejak kaki ke bumi Barakah, medan Jihad
Afghanistan dan Maluku itu.
Oleh kerana isu Jihad di Malaysia ini sama sensitifnya dengan isu Murtad, maka
hendak membincangkannya secara terbuka amat terbatas; cuma sebagai sindiran,
kita ingin tanya:
"Katakan ada sahabat approach kita mohon sumbangan ikhlas untuk berangkat ke
Kahsmir, Kosovo, Chechnya, Maluku atau pun Beirut. Agak-agak paling banyak,
berapa ringgit yang kita boleh bagi, atau pun yang kita biasa bagi?"
Biasanya dalam keadaan hendak tak hendak, kita hulur RM2/- atau pun paling
hebat pun mungkin RM10/-; yang ini sudah kira hebat sungguhlah.
SEPULUH RINGGIT TU HANGPA INGAT CUKUP KA KALAU NAK BELI AK-47 SEBATANG???
Itu tak kira tambang tak pi lagi, nak makan lagi, alat2 komunikasi lagi,
ubat-ubatan dll.
So, kerana itu apabila kita lihat betapa daifnya pejuang-pejuang kita sampai
jadi macam apa yang terjadi di Lembah Kelang tu; saya jadi sungguh simpati,
rasa macam kita pula yang bersalah sebab dok pandang perjuangan depa sebelah
mata. Apa-apa pun, mungkin kejadian yang berlaku itu dapat menjadi iktibar
kepada kita supaya jadi insaf dan lebih terbuka apabila ada sahabat-sahabat
yang ingin ke sana memohon sumbangan jihad daripada kita.
Kot mana pun, dalam keadaan simpati itu, saya tetap menyimpan rasa respect dan
rasa kagum yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang sanggup meninggalkan
kaum keluarga dan "keamanan" hidup di Malaysia demi untuk membantu
saudara-saudara seislam yang tertindas di luar sana. Moga Allah merestui
perjuangan mereka, dan moga mereka-mereka yang masih istiqamah dengan
perjuangan mereka akan terus istiqamah dan komited dengan apa yang mereka
perjuangkan - "Fight for what they believe!!".
Sebagai penutup bicara; kita yang masih di sini yang memilih untuk menegakkan
Islam melalui sistem demokrasi berpilihanraya, yang menyakini dan berwala
sepenuhnya dengan Dewan Ulamak kita bahawa inilah cara yang terbaik yang kita
ada; marilah kita sama-sama renungkan:
Kalaulah Puteri UMNO boleh komited dengan perjuangan batilnya, Timothy McVeigh
boleh istiqamah dengan perjuangan Individual Rightnya, dan rakan-rakan kita di
Maluku dan Chechnya dengan Jihad Qitalnya; kenapa ada antara kita yang dalam
perjuangan ini masih lagi macam budak main "cak ciluk hak hak", kalau rasa
seronok nak main, pi main; kalau rasa malas, balik rumah tengok kartun!!
MACAM TU KALU, SAMPAI TAHUN "3004" PUN MALAYSIA BELUM TENTU MILIK KITA!!
Mungkin dua tiga peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ini itu adalah satu
iktibar dari Allah untuk sama-sama kita ambil pengajaran.....kita mesti terus
istiqamah dengan perjuangan suci ini....we must committed to fight what what
we believe in!!!
Wassalam,
ABK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>