*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Mengulas isu semasa, antara isu-isu menarik yang dirasakan layak diperkatakan 
untuk tempoh seminggu yang lalu ialah ulangtahun ke-25 kematian Allahyarham 
Tun Abd Razak, isu Perpaduan Melayu  dan sedikit ulasan mengenai rombakan 
kabinet negara.

Kematian Tun Razak tanggal 14 Januari 1976, walau pun mungkin hanya dikira 
sebagai satu sejarah politik bagi kebanyakan kita, tapi entah kenapa untuk 
diri saya ini, saya ditakdirkan punya nostalgia yang agak tersendiri mengenai 
kematian beliau ini; seolah-olahnya saya ditakdirkan untuk menjadi saksi 
sejarah, membawa memori hari kematian beliau itu hingga bila-bila.

Saya ketika itu masih budak lagi, saya tak begitu pasti samada sudah pandai 
mengeja atau belum; yang saya ingat sebelum hari kematian beliau itu, saya tak 
pernah pun mendengar nama beliau. Mungkin dek kesibukan saya bersama 
rakan-rakan seangkatan mengejar serindik di rimba atau pun menangguk haruan di 
permatang menyebabkan saya tak pernah peduli dengan semua itu; lagi pun di 
kampung saya ketika dek kemiskinan keluarga, kami tak mampu memilik peti TV 
(zaman hitam putih ketika itu), jadinya saya memang tak pernah kenal siapa itu 
Tun Razak.

Perkenalan saya dengan manusia yang bernama Tun Abdul Razak ini bermula pada 
pagi hari kematian beliau; saya tak berapa pasti sama ada hari itu  memang 
hari sekolah cuti atau pun sekolah bercuti kerana berkabung dengan pemergian 
beliau; tapi yang pastinya hari itu saya tidak ke sekolah.

Saya masih ingat, pagi itu saya bersama ibu ke pinggir sungai; sambil ibu saya 
membasuh kain baju, saya pula sibuk bermain air dan lumpur sungai; entah macam 
mana, antara ingat, saya rasa ibu saya bercerita mengenai kematian Tun Razak; 
kata ibu ramai orang menangis bila Tun Razak meninggal. Saya tanya kenapa?

Jawab ibu:

"Orang semua sayang kat dia"

Sejak itulah nama Tun Razak mula terpahat di memori saya. Lama sesudah itu, 
apabila berada di bangku menengah, saya mula mengenali manusia bernama Tun 
Abdul Razak ini secara lebih mendalam melalui subjek kegemaran saya iaitu mata 
pelajaran Sejarah.

Hari ini, 25 tahun sesudah itu; ulangtahun kematian allahyarham Tun disebut 
semula. Maka, berkesempatan itu, izinkan saya menulis apa yang sejarah kata 
mengenai manusia agung bernama Tun Abdul Razak ini:

Kata Sejarah, Tun banyak jasanya kepada negara terutamanya kepada orang-orang 
Melayu. Kata Sejarah juga, Tun bertanggungjawab membangunkan kawasan-kawasan 
luar bandar, Tun bertanggungjawab mengasaskan FELDA di mana berjuta-juta ekar 
tanah Pertanian getah dan sawit telah dibuka dan diberikan kepada orang-orang 
Melayu yang miskin tidak bertanah. Tun bertanggungjawab memberi kemudahan asas 
hingga di desa terpencil dan  pedalaman melalui rancangan luar bandar yang 
dimulainya pada tahun 1959. Kata Sejarah lagi, Tun yang merupakan Menteri 
Pendidikan Malaysia yang pertama,  beliau bertanggungjawab merangka dasar 
pendidikan yang menitik beratkan pencapaian anak-anak Melayu dan memberi 
penekanan kpd penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara; sebagai 
contohnya Tun adalah pengasas kepada kewujudan MARA yang telah memberi 
biasiswa kepada ratusan ribu anak Melayu yang hari ini rata-ratanya sudah 
menjadi golongan kelas menengah di Malaysia, dan melalui Penyata Razak pula 
bahasa Melayu telah mula dinobatkan. Kalau kita terus tanya Sejarah; banyak 
lagi yang Sejarah kata mengenai Tun yang tak mampu kita guriskan di sini.

Melihat kepada senarai jasa beliau di atas; maka dari sudut politik perjuangan 
bangsa Melayu, wajar benarlah Allahyarham Tun  Abdul Razak digelar Sejarah 
sebagai "Bapa Pembangunan Negara"

NAH- SEKARANG SUDAH 25 TAHUN BERLALU, APA PULA KATA SEJARAH MENGENAI  KERAJAAN 
YANG ADA HARI INI?

Melihat dari kacamata saya sebagai seorang anak kecil yang pernah bergelumang 
dengan lumpur sungai di hari kematian Tun Abdul Razak; dan kemudian 
ditakdirkan menjadi penghuni kota; saya merasakan untuk membanding jasa Tun 
Abdul Razak dengan Dr Mahathir dari sudut mendaulatkan ketuanan Melayu baik 
dari segi pemilikan hartanah, perancangan masa depan pendidikan anak-anak 
Melayu mahu pun dari segi kemajuan tamadun bahasa Melayu sebagai lingua franca 
adalah ibaratkan langit dengan bumi. Tun Razak lebih dekat di hati orang 
Melayu tak kira apa generasi. Sedangkan Dr Mahathir, lebih ramai orang Melayu 
yang mencaci berbanding sekerat dua yang memuji.

Terus terang saya katakan, dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas, saya 
memberi undi kepada pembangkang faktor utamanya ialah kerana hati 'budak 
kecil' dalam diri saya itu cukup terhiris melihat apa yang telah UMNO di bawah 
kepimpinan Dr Mahathir lakukan terhadap peninggalan besar Allahyarham Tun 
Abdul Razak ini.

Kalau dulu, Tun Razak mengambil tanah kerajaan untuk diberi kepada rakyat 
seperti Felda contohnya; tapi kini cerita orang masuk Felda  sudah jadi 
lipatan sejarah. Bilakah kali terakhir anda mendengar Felda baru dibuka? Kalau 
ada pun mungkin sekitar tahun 1980an iaitu saki baki tanah-tanah rancangan 
baru yang dirancang sejak zaman Tun Razak.

Hari ini, keadaannya sudah terbalik; tanah orang-orang Melayu seperti tanah 
rezab simpanan Melayu makin hari makin susut, makin berkurangan atas nama 
pembangunan; kerana itu tak salah kalau kita katakan,  dari sudut isu 
pemilikan tanah orang-orang Melayu, Sejarah sedang berkata:

ZAMAN TUN RAZAK, KERAJAAN AMBIK TANAH NEGARA, BAGI KEPADA RAKYAT.
ZAMAN DR MAHATHIR, KERAJAAN AMBIK TANAH RAKYAT BAGI KEPADA NEGARA - UNTUK 
PEMBANGUNAN!!!

[Pembangunan kepala hotak hangpa; tengoklah bandar-bandar baru di Pulau Pinang 
baik di sebelah Pulau mahu pun di sebelah Perai, setiap kali naik bandar2 baru 
seperti di Bukit Jambul atau pun di Pacific Mall; rumah-rumah kedai yang 
sejauh mata memandang, cukup susah nak jumpa orang berkulit sawo matang!!]

Itu dari segi tanah; lihat pula isu lain seperti isu pendidikan misalnya. Ada 
dua isu di sini, satu isu Biasiswa, dan yang kedua isu Bahasa.

Semua orang tahu, Sejarah telah memberitahu kita bagaimana MARA yang diasaskan 
oleh Allahyarham Tun Razak telah bertanggungjawab mewujudkan golongan menengah 
dlm masyarakat kita melalui skim biasiswa pendidikan yang diperkenalkan; tapi 
hari ini biasiswa sudah tidak ada lagi!!

Saya teringat perbualan saya dengan seorang rakan pemegang pinjaman pelajaran 
MARA, yang enggan membayar pinjaman balik MARA sehinggalah nama beliau tersiar 
di dalam akhbar; alasan beliau mudah sahaja:

"PINJAMAN/BIASISWA PELAJARAN ADALAH DUIT ROYALTI POLITIK KEPADA ANAK-ANAK 
MELAYU HASIL PERSETUJUAN AHLI-AHLI POLITIK MELAYU TERDAHULU MENYERAHKAN TARAF 
KERAKYATAN KEPADA BUKAN MELAYU SEBAGAI SYARAT MENDAPATKAN KEMERDEKAAN!!"

Inilah yang diperkatakannya kepada saya yang menyebabkab beliau enggan 
membayar balik wang pinjaman berkenaan; tapi beliau terpaksa bayar juga kerana 
melibatkan penjamin-penjamin yang terdiri daripada kenalan rapat orang tuanya.

HARI INI BIASISWA SUDAH TIDAK ADA LAGI!!

Sebaliknya, hari ini isu biasiswa sudah jadi isu politik murahan; GPMS 
budak-budak upahan Pak Lah sebagai contohnya telah menggunakan isu biasiswa, 
iaitu menuntut dikembalikan semula biasiswa kpd semua pelajar2 Melayu sebagai 
salah satu daripada 100 tuntutan mereka  sekiranya Suqui enggan menarik balik 
tuntutan tersebut.

Apabila Suqui menarik balik (bukan tarik balik, cuma put aside - letak tepi) 
tuntutan mereka; GPMS pun turut menarik sama tuntutan mereka, termasuklah 
menuntut dikembalikan semula BIASISWA kepada anak-anak Melayu!

GPMS - PEJUANG MELAYU KEPALA HOTAK HANGPA!!

Dari sudut bahasa pula, juga melihat dari kacamata budak kecik yang pernah 
bergelumang dengan lumpur sungai di hari kematian Tun Abdul Razak (budak kecik 
ini akan terus bersama saya hingga bila-bila); jiwa saya benar-benar terhiris 
dan hiba dengan apa yang telah UMNO lakukan terhadap kedaulatan bahasa Melayu 
ini.

REFORMASI dalam bidang pendidikan dengan niat untuk mendaulatkan bahasa Melayu 
telah berjalan rancak semasa Tun Razak dan Tun Hussein Onn menjadi Perdana 
Menteri. Lihatlah sejarah gemilang ini:

1970 sek aliran inggeris ditukar jadi aliran k'saan.

1970, darjah 1 sek rendah aliran Inggeris jadi darjah satu aliran Kebangsaan. 
1971, darjah 2 jadi aliran kebangsaan 
1972, darjah 3 jadi aliran kebangsaan 
1973, darjah 4 jadi aliran kebangsaan 
1974, darjah 5 jadi aliran kebangsaan
1975, darjah 6 jadi aliran kebangsaan

1976, Ting 1 jadi aliran kebangsaan
1977, Ting 2 jadi aliran kebangsaan 
1978, Ting 3 jadi aliran kebangsaan 
1979, Ting 4 jadi aliran kebangsaan 
1980, Ting 5 jadi aliran kebangsaan
1981, Ting 6 jadi aliran kebangsaan 
1982, Tingk 6 Atas jadi aliran kebangsaan

1983, Univerisiti gunakan bahasa Kebangsaaan sebagai bahasa pengantar.. 
1988, Selesai apabila Tahun Enam (akhir) Fakulti Perubatan guna BM sebagai 
bahasa pengantar.

[*UKM sudah gunakan BM sebagai bahasa pengantar sejak tahun 1971 lagi]

TU DIA - LAPAN BELAS TAHUN LAMANYA!

SELAMA 18 TAHUN PARA CENDIAKIAWAN KITA BERTUNGKUS LUMUS DAN AKHIRNYA BERJAYA 
MENDAULATKAN BAHASA MELAYU SEHINGGA KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI; TIBA-TIBA ENTAH 
APA BALANYA, PADA TAHUN 1993, DR MAHATHIR TANPA MEMPERDULIKAN USAHA 
ORANG-ORANG TERDAHULU, TELAH MENGELUARKAN ARAHAN SUPAYA BAHASA MELAYU 
DIGANTIKAN DENGAN BAHASA INGGERIS UNTUK KURSUS 2 TERTENTU DI UNIVERSITI2 
TEMPATAN!!!

TAIK KUCING PUNYA DR MAHATHIR!!!

Secara ironiknya pula, arahan Dr Mahathir ini telah dilaksanakan secara rasmi 
oleh Anak Tun Razak pada 22 June 1995.  Perjuangan Tun Razak untuk menegakkan 
ketuanan Bahasa Melayu ini kemudiannya terkubur buat selama-lamanya dengan 
wujudnya Akta Pendidikan 1996 yang dibentangkan di parlimen pada bulan Dis 
1995.

AL-FATIHAH BUAT TUN RAZAK!

SO, SIAPA KATA UMNO HARI INI MEMPERJUANGKAN KETUANAN MELAYU???

Yakinlah tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan, UMNO bukanlah pejuang 
ketuanan Melayu. Perjuangan mereka adalah bermusim dan sentiasa mempunyai 
muslihat politik di sebaliknya.

Sebagai contohnya; apabila reda isu Suqui yang memberi nafas baru kepada 
Pergerrakan Pemuda UMNO; kini kita boleh lihat di depan mata, mereka mula 
mencanang isu Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya. Tak payahlah kita menari 
mengikut rentak mereka; isu ini dicanang sedemikian rupa kerana matlamat akhir 
mereka ialah menunjukkan kepada orang-orang Melayu bahawa di akhir cerita UMNO 
lah yang akan menjadi penyelamat kepada maruah Melayu.

Buktinya; isu yang pada asalnya boleh diselesaikan di peringkat Universiti 
telah melalut-lalut hingga ke peringkat Menteri, MT UMNO dan akhir sekali 
(Utusan 23/1) ke tangan Perdana Menteri. Dan, seperti kes Suqui juga, UMNO 
menggunakan Utusan dan budak-budak Pak Lah dalam GPMS untuk turut sama memukul 
canang.

Lihatlah keratan Rencana Utusan Malaysia di bawah mengenai isu Pusat Asasi 
Sains ini:

"Ingat bahawa pengalaman telah mengajar kita bahawa bangsa yang gagal 
mempertahankan bangsanya akan tersungkur di tanah air sendiri.....Ingatlah 
bahawa kerajaan ingin menggalakkan anak-anak Melayu maju dalam sains dan 
teknologi....Inilah yang sedang berlaku di Universiti Malaya sekarang. 
Anak-anak Melayu dipinggirkan. Bangsa lain diagungkan....Wahai bangsaku di 
Universiti Malaya sedarlah dan bangunlah mempertahankan Pusat Asasi Sains 
Universiti Malaya ini daripada ditutup." [Utusan 20/1/01]

Presiden GPMS pula dipetik sebagai berkata:

"Pusat berkenaan sebenarnya cukup bermakna kepada orang Melayu dan 
penutupannya sama seperti menggadaikan maruah bangsa.....kami akan lakukan apa 
saja untuk mempastikan Pusat tersebut terus kekal" [Utusan 20/1/01].

TU DIA, NAMPAK DAK TUAN-TUAN?

[UMNO cuba mempergunakan isu Pusat Asasi ini untuk menaikan darah orang2 
Melayu supaya kembali bersatu di bawah UMNO; kononnya jika tidak UMNO, tidak 
ada orang lain yang akan bangun mempertahankan hak-hak orang Melayu]

Mungkin selepas ini, selepas berakhirnya isu Pusat Asasi Sains UM; bolehlah 
pula mereka cipta dan cetuskan isu-isu lain yang lebih sensasi dan serupa 
bentuknya.

SAPA TAHU, SELEPAS INI AKAN KELUAR CADANGAN SUPAYA NAMA RAMD (Rejimen Askar 
Melayu Diraja) DIHAPUSKAN, KONONNYA TAK SESUAI DENGAN CITARASA NASIONAL!!

Maka pada ketika itu nanti, bekas-bekas askar dan ahli-ahli politik veteran 
dan orang-orang Melayu kebanyakan pun akan muncul di muka 2 Utusan Malaysia 
mencurahkan pandangan!!!

[UMNO sekarang sudah gila; mereka sanggup lakukan apa saja untuk terus kekal 
berkuasa!]

Akhir sekali, isu rombakan kabinet negara; yang ini saya tak ingin mengulas 
panjang kerana ramai sudah yang mengulas mengenainya; saya cuma ingin mengulas 
dari sudut yang sedikit berbeza. Bagi saya, berita di sebalik rombakan kabinet 
kali ini membuktikan bahawa kata-kata Dr Mahathir memang tak boleh dipakai; 
beliau adalah pembohong negara no wahid, dulu kini dan selamanya. Lihatlah 
bukti nyata di bawah:

Muka depan Utusan Malaysia 16/1/01:

Rombakan kabinet tiada kementerian baru - PM
"Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad membayangkan rombakan 
kabinet yang akan diumumkan kelak, tidak melibatkan pembentukan sebarang 
kementerian baru."

Lihat pula muka depan akhbar yang sama dua hari kemudian 18/1/01:

Dua menteri baru -- Shahrizat naik pangkat ketuai Kementerian Hal Ehwal Wanita
"Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini melantik dua 
menteri baru dalam barisan kabinetnya dan  mewujudkan Kementerian Hal Ehwal 
Wanita."

CISS -  PEMBOHONG BESAQ!!

SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI; BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA JADI PERDANA 
MENTERI!!

Kerana itu, melihat sedikit ke dalam kita berharap Datuk Fadzil Noor dan pucuk 
pimpinan PAS sedar dan tahu dengan manusia jenis apakah mereka sedang 
berhadapan sekarang; dan kita berharap pihak PAS sudah punya senjata dan 
strategi yang tersendiri untuk berhadapan dengan manusia pembohong sehebat Dr 
Mahathir ini; moga pertemuan PAS-UMNO yang dirancangkan itu tidak akan 
mengecewakan PAS dari sudut perjuangan parti untuk jangkamasa panjang.

Ada baiknya kalau pihak PAS mulakan mukadimah pertemuan itu dengan membaca 
salah satu ayat berkaitan bab Munafik sebagai permulaan....

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke