*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang UKM boleh tulun tengok komplen ini.



********************
Surat ini ditujukan kepada pihak pengurusan HUKM berkenaan dengan 
masalah pakaian jururawat pelatih yang mengikuti kursus kejururawatan. 
Walaupun masalah ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak, 
namun ia harus dilihat dari konteks menjaga sensitiviti berpakaian 
mengikut ciri-ciri Islam.

Saya menceritakan pengalaman mengikuti kursus kejururawatan di HUKM 
Bangi. Pada 1 Jun 2001 yang lalu, dengan semangat berkobar-kobar bersama 
keluarga mendaftar sebagai pelatih baru di UKM sebagai jururawat. 
Sebelum itu saya telah mendapat gambaran awal tentang kursus tersebut 
termasuklah etika berpakaian. Namun disudut hati saya, mesti ada tolak 
ansur daripada pihak pengurusan HUKM dalam bab berpakaian ini.

Dalam minggu suaikenal, pelatih diberikan pakaian jururawat dan diminta 
untuk memakainya sepanjang kursus. Saya merasa amat janggal dan tidak 
selesa untuk memakai pakaian tersebut kerana ada beberapa bahagian badan 
yang terpaksa didedahkan antaranya adalah bahagian leher. Sejak dari 
sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah agama di Johor, saya tidak 
pernah memakai pakain yang mendedahkan aurat, maka saya amat gelisah dan 
runsing untuk mengenakan pakaian jururawat yang diberikan. Saya cuba 
tidak memakai tutup kepala yang menampakkan bahagian leher dan cuba 
mengenakan tudung yang boleh menutup sehingga bahagian dada dengan 
harapan ada tolak ansur daripada pihak pengurusan. Namun sangkaan saya 
meleset sama sekali. Akhir nya saya dimarahi dan diminta untuk mematuhi 
pakaian yang ada tanpa sebarang kompromi. Saya cuba tidak mematuhinya 
kerana bagi saya ini adalah prinsip Islam yang tidak boleh dibuat 
main-main. Saya mendapat sokongan dari rakan-rakan pelatih yang lain dan 
berusaha untuk berjumpa ketua jabatan.

Ketua jabatan menerangkan kepada saya tidak boleh sama sekali untuk 
tidak mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak HUKM. 
Saya berusaha agar diberi sedikit kelonggaran untuk mengenakan tudung 
yang menutup bahagian leher dan bahagian dada. Ketua jabatan tetap 
berkeras dengan memberikan alasan yang sama sekali bertentangan dengan 
ajaran Islam yang saya pelajari di sekolah dahulu. Ketua jabatan 
memberitahu saya, menampakkan leher itu adalah satu dosa kecil sahaja 
dan akan terhapus dengan mengambil wuduk dan berbagai-bagai alasan lain 
untuk tidak memberikan sebarang kelonggaran yang saya rasa amat 
bertentangan sekali dengan apa yang saya cuba amalkan sekarang. 
Berbagai-bagai alasan lain yang cuba diberikan untuk menidakkan saya 
mengenakan tudung yang menutup keseluruhan kepala dan bahagian leher. 
Saya diberikan nasihat supaya mengikut sahaja selama tiga tahun dan 
selepas tamat bolehlah kembali mengenakan pakaian yang menutup kesemua 
bahagian badan.

Saya tetapkan hati dan akhirnya membuat keputusan tidak mematuhi etika 
pakaian jururawat dan saya kira keputusan yang terbaik bagi saya adalah 
berhenti. Walaupun perkara ini kelihatan remeh bagi sesetengah pihak, 
namun bagi saya prinsip Islam yang diamalkan sebelum ini tetap akan saya 
pertahankan. Saya sanggup tidak menjadi jururawat dalam keadaan amalan 
Islam saya tercabar.

Saya rasa perlu ada badan-badan Islam yang memikirkan perkara ini dan 
mencadangkan kepada pihak HUKM memberikan sedikit kelonggaran kepada 
wanita Islam untuk mengamalkan etika pakaian yang mengikut syariat. Jika 
di Britain, pakaian seragam polis wanita Islam dibenarkan memakai 
tudung, inikan pula di Malaysia yang majoriti penduduk nya beragama 
Islam.





      

-----------------------------------------------------
http://eo.yifan.net
Free POP3/Web Email, File Manager, Calendar and Address Book

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Kamarul Hawari bin Ghazali" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke