*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

InsyaAllah.... tindakan yg berani ini akan membuatkan yang lain akan bukak mata...

Allahhuakbar....

>From: "Kamarul Hawari bin Ghazali"<[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Jururawat tak boleh pakai tudung penuh ??
>Date: Fri, 15 Jun 2001 02:52:55 -0400
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Orang UKM boleh tulun tengok komplen ini.
>
>
>
>********************
>Surat ini ditujukan kepada pihak pengurusan HUKM berkenaan dengan
>masalah pakaian jururawat pelatih yang mengikuti kursus kejururawatan.
>Walaupun masalah ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak,
>namun ia harus dilihat dari konteks menjaga sensitiviti berpakaian
>mengikut ciri-ciri Islam.
>
>Saya menceritakan pengalaman mengikuti kursus kejururawatan di HUKM
>Bangi. Pada 1 Jun 2001 yang lalu, dengan semangat berkobar-kobar bersama
>keluarga mendaftar sebagai pelatih baru di UKM sebagai jururawat.
>Sebelum itu saya telah mendapat gambaran awal tentang kursus tersebut
>termasuklah etika berpakaian. Namun disudut hati saya, mesti ada tolak
>ansur daripada pihak pengurusan HUKM dalam bab berpakaian ini.
>
>Dalam minggu suaikenal, pelatih diberikan pakaian jururawat dan diminta
>untuk memakainya sepanjang kursus. Saya merasa amat janggal dan tidak
>selesa untuk memakai pakaian tersebut kerana ada beberapa bahagian badan
>yang terpaksa didedahkan antaranya adalah bahagian leher. Sejak dari
>sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah agama di Johor, saya tidak
>pernah memakai pakain yang mendedahkan aurat, maka saya amat gelisah dan
>runsing untuk mengenakan pakaian jururawat yang diberikan. Saya cuba
>tidak memakai tutup kepala yang menampakkan bahagian leher dan cuba
>mengenakan tudung yang boleh menutup sehingga bahagian dada dengan
>harapan ada tolak ansur daripada pihak pengurusan. Namun sangkaan saya
>meleset sama sekali. Akhir nya saya dimarahi dan diminta untuk mematuhi
>pakaian yang ada tanpa sebarang kompromi. Saya cuba tidak mematuhinya
>kerana bagi saya ini adalah prinsip Islam yang tidak boleh dibuat
>main-main. Saya mendapat sokongan dari rakan-rakan pelatih yang lain dan
>berusaha untuk berjumpa ketua jabatan.
>
>Ketua jabatan menerangkan kepada saya tidak boleh sama sekali untuk
>tidak mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak HUKM.
>Saya berusaha agar diberi sedikit kelonggaran untuk mengenakan tudung
>yang menutup bahagian leher dan bahagian dada. Ketua jabatan tetap
>berkeras dengan memberikan alasan yang sama sekali bertentangan dengan
>ajaran Islam yang saya pelajari di sekolah dahulu. Ketua jabatan
>memberitahu saya, menampakkan leher itu adalah satu dosa kecil sahaja
>dan akan terhapus dengan mengambil wuduk dan berbagai-bagai alasan lain
>untuk tidak memberikan sebarang kelonggaran yang saya rasa amat
>bertentangan sekali dengan apa yang saya cuba amalkan sekarang.
>Berbagai-bagai alasan lain yang cuba diberikan untuk menidakkan saya
>mengenakan tudung yang menutup keseluruhan kepala dan bahagian leher.
>Saya diberikan nasihat supaya mengikut sahaja selama tiga tahun dan
>selepas tamat bolehlah kembali mengenakan pakaian yang menutup kesemua
>bahagian badan.
>
>Saya tetapkan hati dan akhirnya membuat keputusan tidak mematuhi etika
>pakaian jururawat dan saya kira keputusan yang terbaik bagi saya adalah
>berhenti. Walaupun perkara ini kelihatan remeh bagi sesetengah pihak,
>namun bagi saya prinsip Islam yang diamalkan sebelum ini tetap akan saya
>pertahankan. Saya sanggup tidak menjadi jururawat dalam keadaan amalan
>Islam saya tercabar.
>
>Saya rasa perlu ada badan-badan Islam yang memikirkan perkara ini dan
>mencadangkan kepada pihak HUKM memberikan sedikit kelonggaran kepada
>wanita Islam untuk mengamalkan etika pakaian yang mengikut syariat. Jika
>di Britain, pakaian seragam polis wanita Islam dibenarkan memakai
>tudung, inikan pula di Malaysia yang majoriti penduduk nya beragama
>Islam.
>
>
>
>
>
>
>
>-----------------------------------------------------
>http://eo.yifan.net
>Free POP3/Web Email, File Manager, Calendar and Address Book
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Kamarul Hawari bin Ghazali"<[EMAIL PROTECTED]>


Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "ab a" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke