*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau kita nak bercakap dari segi kebiasaan, kebiasaan wanita kita 50
tahun yang lalu ialah berpakaian ketat, ataupun mungkin berbaju kurung,
letak kain atas kepala sebagai syarat tudung.sampai kat dalam rumah,
samada rumah sendiri atau rumah yang dikunjungi tudung dijatuhkan. 
Masa tu ustazpun tak kata apa-apa, tapi sekarang kenapa orang mula
bising?  

Pada permulaan era penghijrahan dari pakai tudung letak macam tu kepada
pakai tudung tak nampak rambut macam sekarang ni ada tak ulamak yang
kata, 'masyarakat dah boleh terima tudung terletak macam tu, jadi ianya
tak jadi masalah, Allah lebih tahu niat kita'.  Nak tanya, kita ni nak
ikut masyarakat ke nak ikut Allah?  Masyarakat kata, kalau engkau
kehilangan barang, pergilah tilik pada bomoh,  Allah kata 'jangan
mensyirikkan Aku'.  jadi adakah semua yang boleh diterima masyarakat
itu halal di sisi Allah?

saya bukan nak jadi macam bani Israil yang mempersoalkan tentang sapi
betina, tapi sebab saya pernah baca risalah masa saya ditingkatan satu
dulu garis panduan tentang pakaian wanita, jadi saya nakkan kepastian,
garis panduan tersebut sahih atau tidak, adakah ianya hadis atau apa? 
kalau hadis apa tarafnya.  saya juga pernah mendengar warna pakaian
wanita itu sebaik-baiknya hitam dan bagi lelaki putih, itu pasal mak
arab berpakaian warna hitam, jadi saya nak tahu bagaimana terjemahan
hadisnya hingga menyebabkan mereka menggunakan warna hitam.  jadi
masalah juga bila wanita menggunakan warna putih untuk solat, ada yang
naik mandi tanpa pakai baju terus solat.  alahai warna kulitpun nampak.

Saya ini hamba Allah, dosa terlalu banyak sedangkan pahala terlalu
sedikit.  Saya merasa kerdil kerana terlalu banyak nikmat yang
dilimpahkan, namun tak dapat saya berbuat apa-apa.  Dia menciptakan
saya sebagai khalifah di muka bumi, tapi agaknya saya sendiri kurang
berusaha ke arah itu.  Dia menciptakan saya untuk beribadah kepadaNya,
itu sebab saya cuba sedaya-upaya memahami apa yang Dia ingin saya
lakukan.  Saya bukan bertanya direct kepada Dia sebagaimana bani
Israil, tapi saya cuba bertanya pada rakan yang tahu, bagi rakan yang
tak tahu saya minta maaf kerana menyusahkan diri anda.

bagi saya I'm against metalic color for dress

--- HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Sila pastikan anda menghantarkan ke [EMAIL PROTECTED] dan bukannya
> [EMAIL PROTECTED] (ini alamat penyelenggara)
> 
> Forwarded Message:> 
> 
> -----Original Message-----
> From: fikir [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
> Sent: Tuesday, June 19, 2001 10:26 PM
> To: Hizbi Net
> Subject: Pakaian wanita...
> 
> 
> Assalamu'alaikum kak pabiyen dan semua muslimin muslimat,
> 
> Saya sertakan 2 email tentang isu pakaian wanita ini.
> Tuan Hassan Tuan Lah merupakan salah seorang panel dalam ahkam
> online.
> 
> Cakap mengenai urufi/relatif,  saya nak utarakan satu sampel, 
> 
> - Berjubah, jubah selapis tanpa baju kurung/t-shirt di bahagian dalam
> dan
> saya pilih fabrik yang sejuk dan potongannya tidak menampakkan tubuh
> badan. Kenapa saya pakai selapis? Sebab saya rasa lebih selesa, tak
> panas,
> jadi kuranglah berpeluh. Kalau dah pakai fabrik dia pun tebal dan
> jenis
> panas, pakai pulak dua lapis, berpeluh-peluh, lepas tu ada lak timbul
> bau
> pulak.. org nak dekatpun tak larat... Imej org berjubah jugak yg tak
> baik
> nanti.. Tapi kalau suka pakai dua lapis ape salahnya kan...  Tapi
> kalau
> tak berjubahpun ok jugak.. pakai baju kurung, letakkan cekak di
> tangan,
> jadi baju kurung yang tangan lebar tu tak le terselak nampak lengan..
> 
> 
> - Warna pulak... tidak lah terang tapi taklah hitam - macam pink-pink
> kelabu. Bila pakai tu, officemate saya akan kata saya nampak lebih
> ceria,
> bagi kami, itu biasa. Tak menonjol sehingga menarik perhatian lelaki.
> Kalau kita di Iran contohnya yang pakai kelubung dan jubah hitam,
> kalau
> kita pakai warna pink yang dull, itu dah kira menarik dah.. tapi
> kalau kat
> m'sia dengan wanita yang berbaju kurung ke office dengan kuning
> menyala,
> merah, hijau.. meriahlah katakan... kalau kita pakai warna pink dull
> ni
> mana nya menarik..  saya sendiri masih memakai baju yang warnanya
> kalau
> hijau, pink, biru, ada unsur2 dull.. bukan menyala-nyala. 
> 
> - Tudung kilat - bagi saya biasa je.. ye lah kalau sebab menunjuk2,
> harga
> tudung kain satin lebih kurang je dengan harga tudung biasa. Macma tu
> jugak kalau dari segi menarik. Saya tak rasa ada muslimin kat sini
> yang
> tertarik nak tengok muslimah tu semata-mata sebab tudung dia kilat...
>  
> 
> - Cara pakai tudung. Inipun kadang2 jadi isu... Org yang selempang
> tudung
> (tapi masih menutupi dada, cuma macam ada gaya sikit le..) pun jadi
> isu..
> Apa salahnya sematkan hujugn tudung kat atas bahu, atau bawa
> hujungnay ke
> atas kepala...  asalkan dia menutupi dada dan tak larii dari konsep
> menutup aurat tu sendiri..
> 
> Fitrah wanita ni memang suka berhias dan suka kecantikan... 
> Baiklah kita jgn terlampau memberatkan dan jgn pulak sampai ambik
> ringan.
> 
> wallahu'alam.
> 
> ----- Original Message ----- 
> From: TuanHassan Tn-Lah 
> 
> 
> Pakaian yang sebaiknya ialah yang menutup aurat. Warna, fesyen,
> fabrik,
> design, semuanya bersifat urufi dan relatif dengan perkembangan
> zaman...Islam tidak datang untuk memperincikan suruhannya dengan
> sedetail
> itu. Kelak jadilah kita seperti kisah
> Lembu Betina (alBaqarah itu); tak usahlah kita menjadi seperti umat
> yahudi, yang asalnya disuruh menyembelih lembu betina, lalu mereka
> mula
> bertanyaka detailnya dan hampir-hampir mereka gagal mencari lembu
> itu.
> Maka pakaian dalam islam pun begitulah, janganlah kita cuba nak
> detailkan
> sempai serban, kopiah, warna
> jilbab, labuhnya...maka ini akan memberatkan mereka nanti... hingga
> mereka
> tidak mampu melaksanakannya kelak.
> 
> sekian
> thtl
> 
> 
> -----------------------------------------
> 
> 
> Syarat-syarat menutup aurat mengikut kebanyakan ulama As-sunnah wal-
> Jamaah ialah, mesti:
> 1) menutup seluruh anggota badan kecuali wajah dan tangan.
> (sesetengah ulama berpendapat wanita harus menutup wajah kecuali mata
> =purdah. Sebagai umat Islam kita harus menghormati pendapat semua
> ulama
> dan tidak mencemuh jika tidak setuju.)
> 
> 2) Pakaian haruslah tidak jarang sehingga menampakkan tubuh dan
> kulit,
> termasuklah tengkuk, dada ataupun lengan.
> 
> 3) Pakaian tidak boleh ketat menampakkan tubuh. 
> 
> 4) Tidak menyerupai lelaki. 
> 
> 5) Warna tidak terlalu garang, terlalu banyak perhiasan seperti
> manik,
> labuci dan sebagainya sehingga menarik perhatian. 
> 
> Kebanyakan ulama tidak menggalakkan berpakaian berwarna-warni seperti
> di
> Malaysia dan Pakistan ketika keluar rumah. Tetapi ada yang mengatakan
> di
> negara-negara ini kebiasaannya wanita dan lelaki berpakaian
> berwarna-warni. Jadi alasannya, ianya tidak menarik perhatian lebih
> dari
> yang sepatutnya. Jawapan sebenar, Tuhan sahaja yang tahu. Kita wajib
> mencuba sedaya upaya melaksanakan yang terbaik di sisi Allah.
> 
> 6) Tidak menyerupai pakaian orang kafir. 
> Kebanyakan ulama setuju ini maksudnya kita tidak patut di salah
> tafsir
> sebagai seorang paderi, nun, sami hindu atau buddha dari cara
> berpakaian
> kita. Tetapi tafsiran yang lebih ketat lagi ialah kita tidak boleh
> meniru-niru pakaian orang yang bukan Islam seperti artis rap, pelakon
> Barat dan sebagainya.
> 
> 7) Pakaian haruslah tidak terlampau dihias sehingga menampakkan taraf
> yang
> tinggi dari orang lain. 
> Kita harus berpakaian sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk perbezaan
> darjat
> sosial kita dalam masyarakat.
> 
> 
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke