*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya amat bersetuju dengan pandangan Norliza.  Dalam satu kuliah kami
pernah ditanya, siapa sebenarnya yang kita nak ikut?  Kita nak ikut
cakap mak ke?  kita nak ikut cakap suami ke, kita nak ikut cakap
masyarakat ke atau kita nak ikut cakap Allah?

Kalau mak kata kamu kena bersanding sebab nak tabur beras kunyit supaya
syaitan lari, Allah kata mintalah pertolongan dari Aku dan jangan
mensyirikkan aku, cakap siapa yang kita nak ikut?  bila kita mati kita
akan mengadap Allah bukan mak kita.

Suami kata jangan pakai tudung, nanti aku cari perempuan lain, Allah
kata hendaklah kamu menutup aurat kamu.  Kita nak dengar cakap siapa? 
Kalau tak kerana tudungpun suami akan kahwin lain jugak, berapa ramai
perempuan yang tak bertudung suami cari lain jugak.  Kalau dah
ditetapkan dari azali lagi suami kita akan kahwin lain, kita tak dapat
merubahnya walaupun kita dah lawan cakap Allah.  Kepada Allah kit akan
kembali dan kepada Allah kita meminta pertolongan atas segala musibah
yang menimpa diri kita.

Kita nak ikut cakap masyarakat?  Masyarakat kata berboyfriend dan
bergirlfriendlah kamu supaya kamu dapat cari pasangan yang serasi. 
Allah kata Jangan kamu menghampiri zina, jika bersendirian lelaki dan
perempuan, maka syaitanlah orang yang ketiga.  Bila kita diakhirat
besok, masyarakat dah tak dapat nak menolong kita, hanya dengan rahmat
Allah kita akan masuk syurga.


--- NORLIZA ABDUL WAHAB <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamualaikum wbt,
> 
> Saya agak kurang setuju dengan pandangan kedua saudari yang mana,
> kita sebagai kaum wanita perlu menanya suami pakaian yang bagaimana
> yang disukai oleh suami.
> 
> Kita sebagai isteri, ada tahap ketaatan, tidaklah sehingga sekiranya
> perintah tersebut melanggar perintah agama. Sebagai contoh, kalau
> suami kita suka kita mendedahkan aurat, adakah wajib kita menurut
> perintahnya? Sudah pasti ini satu pandangan yang tidak betul. Ini
> semua menurut tafsiran individu.
> 
> Sudah beberapa kali kawan2 sepejabat bertanya kepada saya, apakah
> boleh sekiranya suami membenarkan kita melakukan sesuatu, ianya juda
> dibenarkan dalam Islam? Kita perlu membetulkan pandangan ini kerana
> sekiranya ianya bercanggah dengan hukum Islam, maka ianya tetap
> salah. Kita perlu ingat, setiap dari kita mempunyai pengetahuan yang
> terhad, termasuk suami. Apakah disebabkan kejahilan dipihak suami,
> kita akan membiarkan diri kita hanyut disebabkan diberi greenlight
> oleh suami? Tepuk dada, tanya iman. Wallahua'lam.
> 
> Pasal masalah suami bawa orang lain ke function2 formal, insya Allah
> saya akan sambung esok. Maaf, nak balik dah. Wassalam.
> 
> min,
> norliza
> 
> >>> <[EMAIL PROTECTED]> 06/21 4:56 PM >>>
> A'kum,
> 
> Saya ni bukanlah ahli dalam bidang ni tapi saya teringin nak memberi 
> pandangan pada cik/puan. Pertamanya saya cadangkan cik/puan pilihlah 
> pakaian yang menepati garis panduan Islam yang sesuai dengan deri 
> cik/puan, masyarakat dan suami puan(kalau ada).. Berikut adalah
> cadangan saya;
> 
> 1. Kalau anda bekerja di kalangan professional biarlah pakaian puan 
> kemas dan berwarna sedehana supaya credibility anda dapat diterima
> oleh 
> rakan sekerja/pelangan atau majikan. Pakai jubah ke, Kurung ke, Loose
> 
> Jacket ke dengan tudung yang mencukupi garis panduan Islam, masih
> lagi 
> sesuai. Pakaian Wan Azizah (isteri Anwar Ibrahim) boleh dijadikan
> contoh.
> 
> 2. Kalau pula anda adalah seorang isteri kepada professional, anda
> kena 
> pula tanya pada suami anda tentang pakaian anda. Bagaimana 
> cita-rasanya. Kalau dia tidak suka anda pakai jubah besar dan labuh
> dan 
> anda pakai juga.... alamatlah nanti kalau ada majlis dia mula bawa 
> orang lain yang lebih presentable :-). Kalau iman dihati anda cukup 
> kuat dan tidak memerlukan perhatian dari suami anda, tak 
> mengapalah....... boleh relakan saja pilihannya, dan anda terus 
> meningkatkan tahap pakaian anda, tapi kalau tidak bersabarlah, 
> beribadatlah, didiklah hati anda dulu dan belajarlah sampai anda 
> mencapai tahap itu barulah membuat perubahan.
> 
> 3. Kalau anda isteri orang yang kerjayanya berdakwah kepada Islam
> atau 
> cenderung kepada pendekatan kepada Allah maka amatlah mudah untuk
> anda 
> menjalani ujian-ujian hati dan meningkatkan tahap pemakaian anda
> untuk 
> lebih kepada ciri-ciri yang merendah diri.
> 
> Apa yang di pakai orang lain biarkanlah, itu pilihan mereka
> bertepatan 
> dengan tahap iman mereka dan kedudukan mereka dalam keluarga, 
> masyarakat dan kerjaya mereka, kalaupun tidak se"Islamic" yang pernah
> 
> anda ketahui, asalkan tidak menjolok mata, usahlah di hiraukan.
> Doakan 
> saja mereka dapat meningkatnya ke tahap yang lebih bagus suatu hari
> nanti.
> 
> Bukankah, pakaian hatimu itu lebih penting ? Lalu sucikanlah dulu, 
> nescaya akan suci pakaian luaranmu itu.
> 
> InsyaAllah,
> Hayati
> 
> ----------
> | From: pabiyen /  mime

> |           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> |  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> | Kalau kita nak bercakap dari segi kebiasaan, kebiasaan wanita kita
> 50
> | tahun yang lalu ialah berpakaian ketat, ataupun mungkin berbaju
> kurung,
> | letak kain atas kepala sebagai syarat tudung.sampai kat dalam
> rumah,
> | samada rumah sendiri atau rumah yang dikunjungi tudung dijatuhkan.
> | Masa tu ustazpun tak kata apa-apa, tapi sekarang kenapa orang mula
> | bising?
> |
> | Pada permulaan era penghijrahan dari pakai tudung letak macam tu
> kepada
> | pakai tudung tak nampak rambut macam sekarang ni ada tak ulamak
> yang
> | kata, 'masyarakat dah boleh terima tudung terletak macam tu, jadi
> ianya
> | tak jadi masalah, Allah lebih tahu niat kita'.  Nak tanya, kita ni
> nak
> | ikut masyarakat ke nak ikut Allah?  Masyarakat kata, kalau engkau
> | kehilangan barang, pergilah tilik pada bomoh,  Allah kata 'jangan
> | mensyirikkan Aku'.  jadi adakah semua yang boleh diterima
> masyarakat
> | itu halal di sisi Allah?
> |
> | saya bukan nak jadi macam bani Israil yang mempersoalkan tentang
> sapi
> | betina, tapi sebab saya pernah baca risalah masa saya ditingkatan
> satu
> | dulu garis panduan tentang pakaian wanita, jadi saya nakkan
> kepastian,
> | garis panduan tersebut sahih atau tidak, adakah ianya hadis atau
> apa?
> | kalau hadis apa tarafnya.  saya juga pernah mendengar warna pakaian
> | wanita itu sebaik-baiknya hitam dan bagi lelaki putih, itu pasal
> mak
> | arab berpakaian warna hitam, jadi saya nak tahu bagaimana
> terjemahan
> | hadisnya hingga menyebabkan mereka menggunakan warna hitam.  jadi
> | masalah juga bila wanita menggunakan warna putih untuk solat, ada
> yang
> | naik mandi tanpa pakai baju terus solat.  alahai warna kulitpun
> nampak.
> |
> | Saya ini hamba Allah, dosa terlalu banyak sedangkan pahala terlalu
> | sedikit.  Saya merasa kerdil kerana terlalu banyak nikmat yang
> | dilimpahkan, namun tak dapat saya berbuat apa-apa.  Dia menciptakan
> | saya sebagai khalifah di muka bumi, tapi agaknya saya sendiri
> kurang
> | berusaha ke arah itu.  Dia menciptakan saya untuk beribadah
> kepadaNya,
> | itu sebab saya cuba sedaya-upaya memahami apa yang Dia ingin saya
> | lakukan.  Saya bukan bertanya direct kepada Dia sebagaimana bani
> | Israil, tapi saya cuba bertanya pada rakan yang tahu, bagi rakan
> yang
> | tak tahu saya minta maaf kerana menyusahkan diri anda.
> |
> | bagi saya I'm against metalic color for dress
> |
> | --- HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> | >
> | >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> | >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> | >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> | >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> | >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> | >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> | >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> | > Sila pastikan anda menghantarkan ke [EMAIL PROTECTED] dan bukannya
> | > [EMAIL PROTECTED] (ini alamat penyelenggara)
> | >
> | > Forwarded Message:>
> | >
> | > -----Original Message-----
> | > From: fikir [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
> | > Sent: Tuesday, June 19, 2001 10:26 PM
> | > To: Hizbi Net
> | > Subject: Pakaian wanita...
> | >
> | >
> | > Assalamu'alaikum kak pabiyen dan semua muslimin muslimat,
> | >
> | > Saya sertakan 2 email tentang isu pakaian wanita ini.
> | > Tuan Hassan Tuan Lah merupakan salah seorang panel dalam ahkam
> | > online.
> | >
> | > Cakap mengenai urufi/relatif,  saya nak utarakan satu sampel,
> | >
> | > - Berjubah, jubah selapis tanpa baju kurung/t-shirt di bahagian
> dalam
> | > dan
> | > saya pilih fabrik yang sejuk dan potongannya tidak menampakkan
> tubuh
> | > badan. Kenapa saya pakai selapis? Sebab saya rasa lebih selesa,
> tak
> | > panas,
> | > jadi kuranglah berpeluh. Kalau dah pakai fabrik dia pun tebal dan
> | > jenis
> | > panas, pakai pulak dua lapis, berpeluh-peluh, lepas tu ada lak
> timbul
> | > bau
> | > pulak.. org nak dekatpun tak larat... Imej org berjubah jugak yg
> tak
> | > baik
> | > nanti.. Tapi kalau suka pakai dua lapis ape salahnya kan...  Tapi
> | > kalau
> | > tak berjubahpun ok jugak.. pakai baju kurung, letakkan cekak di
> | > tangan,
> | > jadi baju kurung yang tangan lebar tu tak le terselak nampak
> lengan..
> | >
> | >
> | > - Warna pulak... tidak lah terang tapi taklah hitam - macam
> pink-pink
> | > kelabu. Bila pakai tu, officemate saya akan kata saya nampak
> lebih
> | > ceria,
> | > bagi kami, itu biasa. Tak menonjol sehingga menarik perhatian
> lelaki.
> | > Kalau kita di Iran contohnya yang pakai kelubung dan jubah hitam,
> | > kalau
> | > kita pakai warna pink yang dull, itu dah kira menarik dah.. tapi
> | > kalau kat
> | > m'sia dengan wanita yang berbaju kurung ke office dengan kuning
> | > menyala,
> | > merah, hijau.. meriahlah katakan... kalau kita pakai warna pink
> dull
> | > ni
> | > mana nya menarik..  saya sendiri masih memakai baju yang warnanya
> | > kalau
> | > hijau, pink, biru, ada unsur2 dull.. bukan menyala-nyala.
> | >
> | > - Tudung kilat - bagi saya biasa je.. ye lah kalau sebab
> menunjuk2,
> | > harga
> | > tudung kain satin lebih kurang je dengan harga tudung biasa.
> Macma tu
> | > jugak kalau dari segi menarik. Saya tak rasa ada muslimin kat
> sini
> | > yang
> | > tertarik nak tengok muslimah tu semata-mata sebab tudung dia
> kilat...
> | >
> | >
> | > - Cara pakai tudung. Inipun kadang2 jadi isu... Org yang
> selempang
> | > tudung
> | > (tapi masih menutupi dada, cuma macam ada gaya sikit le..) pun
> jadi
> | > isu..
> | > Apa salahnya sematkan hujugn tudung kat atas bahu, atau bawa
> | > hujungnay ke
> | > atas kepala...  asalkan dia menutupi dada dan tak larii dari
> konsep
> | > menutup aurat tu sendiri..
> | >
> | > Fitrah wanita ni memang suka berhias dan suka kecantikan...
> | > Baiklah kita jgn terlampau memberatkan dan jgn pulak sampai ambik
> | > ringan.
> | >
> | > wallahu'alam.
> | >
> | > ----- Original Message -----
> | > From: TuanHassan Tn-Lah
> | >
> | >
> | > Pakaian yang sebaiknya ialah yang menutup aurat. Warna, fesyen,
> | > fabrik,
> | > design, semuanya bersifat urufi dan relatif dengan perkembangan
> | > zaman...Islam tidak datang untuk memperincikan suruhannya dengan
> | > sedetail
> | > itu. Kelak jadilah kita seperti kisah
> | > Lembu Betina (alBaqarah itu); tak usahlah kita menjadi seperti
> umat
> | > yahudi, yang asalnya disuruh menyembelih lembu betina, lalu
> mereka
> | > mula
> | > bertanyaka detailnya dan hampir-hampir mereka gagal mencari lembu
> | > itu.
> | > Maka pakaian dalam islam pun begitulah, janganlah kita cuba nak
> | > detailkan
> | > sempai serban, kopiah, warna
> | > jilbab, labuhnya...maka ini akan memberatkan mereka nanti...
> hingga
> | > mereka
> | > tidak mampu melaksanakannya kelak.
> | >
> | > sekian
> | > thtl
> | >
> | >
> | > -----------------------------------------
> | >
> | >
> | > Syarat-syarat menutup aurat mengikut kebanyakan ulama As-sunnah
> wal-
> | > Jamaah ialah, mesti:
> | > 1) menutup seluruh anggota badan kecuali wajah dan tangan.
> | > (sesetengah ulama berpendapat wanita harus menutup wajah kecuali
> mata
> | > =purdah. Sebagai umat Islam kita harus menghormati pendapat semua
> | > ulama
> | > dan tidak mencemuh jika tidak setuju.)
> | >
> | > 2) Pakaian haruslah tidak jarang sehingga menampakkan tubuh dan
> | > kulit,
> | > termasuklah tengkuk, dada ataupun lengan.
> | >
> | > 3) Pakaian tidak boleh ketat menampakkan tubuh.
> | >
> | > 4) Tidak menyerupai lelaki.
> | >
> | > 5) Warna tidak terlalu garang, terlalu banyak perhiasan seperti
> | > manik,
> | > labuci dan sebagainya sehingga menarik perhatian.
> | >
> | > Kebanyakan ulama tidak menggalakkan berpakaian berwarna-warni
> seperti
> | > di
> | > Malaysia dan Pakistan ketika keluar rumah. Tetapi ada yang
> mengatakan
> | > di
> | > negara-negara ini kebiasaannya wanita dan lelaki berpakaian
> | > berwarna-warni. Jadi alasannya, ianya tidak menarik perhatian
> lebih
> | > dari
> | > yang sepatutnya. Jawapan sebenar, Tuhan sahaja yang tahu. Kita
> wajib
> | > mencuba sedaya upaya melaksanakan yang terbaik di sisi Allah.
> | >
> | > 6) Tidak menyerupai pakaian orang kafir.
> | > Kebanyakan ulama setuju ini maksudnya kita tidak patut di salah
> | > tafsir
> | > sebagai seorang paderi, nun, sami hindu atau buddha dari cara
> | > berpakaian
> | > kita. Tetapi tafsiran yang lebih ketat lagi ialah kita tidak
> boleh
> | > meniru-niru pakaian orang yang bukan Islam seperti artis rap,
> pelakon
> | > Barat dan sebagainya.
> | >
> | > 7) Pakaian haruslah tidak terlampau dihias sehingga menampakkan
> taraf
> | > yang
> | > tinggi dari orang lain.
> | > Kita harus berpakaian sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk
> perbezaan
> | > darjat
> | > sosial kita dalam masyarakat.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke