*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lima disyaki militan ditahan ISA
################################
KUALA LUMPUR 21 Jun - Lima daripada sembilan lelaki
yang disyaki mempunyai kaitan dengan gerakan militan
dan ada hubungan dengan jutawan Arab Saudi, Osama Ben
Laden, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA).

Sembilan lelaki itu ditahan di bawah ISA minggu lalu
tetapi seorang daripadanya dibebaskan. Tiga lagi
didakwa di bawah Seksyen 3 dan 3A Akta Senjata Api
(Penalti Lebih Berat) 1971.

Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk
Ramli Yusof mengesahkan penahanan lima lelaki itu di
bawah ISA dan berkata kes itu sekarang ini
dikendalikan oleh polis cawangan khas.

Beliau berkata, setakat ini belum ada tangkapan
terbaru dibuat, tetapi polis meneruskan siasatan untuk
memastikan tidak ada lagi saki-baki kumpulan itu yang
bebas.

Utusan sebelum ini melaporkan, kumpulan berkenaan yang
terbabit dalam kes rompakan di Southern Bank Berhad,
Petaling Jaya 18 Mei lalu akan ditahan di bawah ISA
pada bila-bila masa.

Menurut laporan itu, mereka akan ditahan seorang demi
seorang di bawah ISA bagi membantu siasatan polis.

Bagaimanapun pada 15 Jun lalu, tiga daripada sembilan
orang itu didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya
di bawah Seksyen 3 dan 3A Akta Senjata Api (Penalti
Lebih Berat) 1971.

Pihak polis mengambil keputusan menahan lima orang di
bawah ISA setelah mendapat bukti mereka merupakan
anggota kumpulan militan yang pernah terbabit dalam
peperangan di Afghanistan dan Kepulauan Ambon,
Indonesia atas nama jihad.

Dalam sidang akhbar pada 7 Jun lalu, Ketua Polis
Negara, Tan Sri Norian Mai berkata, aktiviti kumpulan
pengganas itu membahayakan keselamatan negara apatah
lagi ia mempunyai kaitan dengan pengganas
antarabangsa.

Kumpulan itu juga dipercayai terlibat dalam sembilan
kes jenayah penting termasuk kes pembunuhan Ahli Dewan
Undangan Negeri Lunas, Dr. Joe Fernandez pada 4
November tahun lalu dan serangan ke atas Balai Polis
Guar Chempedak di Kedah pada 4 Februari lalu.

Mereka juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes
rompakan di Hong Leong Bank Petaling Jaya pada 14
Disember tahun lalu, pengeboman kuil Hindu di Jalan
Pudu pada 26 Oktober tahun lalu, letupan di Dataran
Seni Klang pada 20 Julai tahun lalu, letupan di sebuah
gereja di utara tanah air, samun pasar mini di Shah
Alam dan cubaan membunuh pasangan India di
Brickfields.



#######################################################
Osama akan serang kepentingan AS, Israel
DUBAI 24 Jun - Para pengikut Osama Laden sedang
bersiap sedia untuk menyerang kepentingan Amerika
Syarikat (AS) dan Israel di seluruh dunia, menurut
laporan sebuah saluran televisyen Arab semalam.

``Saya telah menemui Osama dekat Kandahar
(Afghanistan) sejak beberapa hari lalu dan para
penyokong utamanya berkata di hadapan beliau bahawa
satu kejutan besar akan berlaku dalam masa dua minggu
berikut,'' kata seorang wartawan Pusat Penyiaran Asia
Barat (MBC).

``Ia merupakan satu serangan besar terhadap
kepentingan AS dan Israel di seluruh dunia,'' kata
wartawan itu.

Antara penyokong Osama yang disebut oleh wartawan itu
ialah orang kanannya, Abu Hafs, dan ketua kumpulan
Jihad Islam di Mesir, Ayman al-Zawahirit.

AS pada Jumaat lalu telah mengarahkan armada perangnya
di perairan Teluk bersiap sedia kerana apa yang
disifatkannya sebagai ancaman serangan pengganas.

AS juga telah mengeluarkan amaran di seluruh dunia
terhadap rakyatnya yang mengadakan perjalanan keluar
negara.

Washington menuduh Osama bertanggungjawab terhadap
pengeboman di kedutaannya di Kenya dan Tanzania yang
mengorbankan lebih 200 orang pada 1998.

``Osama berdiam diri sepanjang wawancara itu mungkin
kerana beliau telah menerima arahan daripada Taleban
supaya tidak bercakap kepada akhbar,'' kata wartawan
itu.

``Para pejuang Osama kini dalam keadaan bersiap
sedia,'' katanya.

Menurut wartawan itu, kawalan keselamatan yang ketat
telah diambil dalam lawatannya ke tempat persembunyian
Osama.

``Saya tidak dibenarkan mengambil gambar wawancara
itu, hanya (dibenarkan) merakamkannya,'' katanya.

Wartawan itu juga berkata bahawa, tidak seorang pun
anggota Taleban berada di kalangan pengawal Osama.

Sementara itu, rejim Taleban berkata mereka sedang
mengawasi kegiatan Osama dan beliau tidak akan
dibenarkan melancarkan serangan terhadap sasaran asing
dari Afghanistan.

``Semua kegiatan Osama sedang dikawal. Beliau tidak
mempunyai kemudahan untuk menggunakan wilayah
Afghanistan untuk menyerang mana-mana negara,'' kata
jurucakap kementerian luar, Mohammad Usman Sheryar.

Sheryar menafikan laporan wartawan MBC itu, dengan
berkata, beliau meragui kredibilitinya. 

#######################################################
Samy Vellu urges police to probe murder allegations on
internet
KUALA LUMPUR Nov 13 - MIC president Datuk Seri Samy
Vellu today urged the police to investigate
allegations by certain parties on the Internet on the
"reasons" behind the murder of Lunas state assemblyman
Dr Joe Fernandez recently. 

"These people are trying to justify why he (Dr
Fernandez) was killed. It appears they know a lot
about the murder," Samy Vellu told Bernama when met at
the Parliament lobby, here. 

He, however, could not confirm who were behind the
allegations except to say that they were contained in
an "opposition website". 

Dr Fernandez, the Kedah MIC deputy chairman, died
after he was shot by an unknown gunman in Bukit
Mertajam, Penang, on Nov 4. 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Prima vera <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke