*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
benci fitnah2 yg disebarkan oleh Utusan Malaysia? Ini
yg orang Melayu perlu lakukan utk mengajar Utusan.

Pemboikotan Nanyang dan China Press telah bermula… 

KUALA LUMPUR, Jumaat 29 Jun - Apakah benar penjualan
akhbar-akhbar Nanyang Siang Pau dan juga China Press
kini mula diboikot secara perlahan-lahan oleh
masyarakat Cina?
Hakikat ini tidak dapat ditolak lagi apabila tinjauan
rambang yang dilakukan oleh AgendaDaily mendapati,
para pekedai dan penjual suratkhabar “merungut” bahawa
penjualan dua buah akhbar ini agak merosot sejak
Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) MCA Ahad lalu
membuat keputusan untuk memberikan lampu hijau kepada
parti itu meneruskan pengambilalihan Nanyang Press
Holdings yang bertanggungjawab menerbitkan
akhbar-akhbar berkenaan.

Sebuah kedai runcit di Taman Wangsa Melawati dekat
sini yang seringkali menjadi tumpuan sekelompok kecil
masyarakat Cina di sini untuk membeli akhbar-akhbar
berbahasa Cina memberitahu AgendaDaily pengurusnya
terpaksa mengurangkan tempahan akhbar Nanyang dan
China Press sejak enam hari yang lalu kerana tidak ada
siapa yang membelinya.

“Ini agak drastik dengan jumlah jualan sebelum EGM itu
berlangsung kerana para pembaca masih membeli akhbar
berkenaan untuk mengetahui pergolakan dalam MCA,” kata
penyelia kedai runcit tersebut.

Biasanya, kata penyelia itu, mereka dapat menjual
antara 20 hingga 30 naskhah akhbar Nanyang dan lebih
kurang 15 hingga 20 naskhah sehari akhbar China Press
tetapi kini hendak habiskan 10 naskhah pun agak sukar.

“Para pembeli kini datang dan membelek-belek dahulu
muka depan kedua-dua akhbar itu. Jika ada berita yang
mereka berkenan baru mereka beli…kalau tidak mereka
letak balik, tidak macam dulu, datang dan terus ambil
saja,” katanya.

Rungutan yang sama turut dinyatakan oleh beberapa lagi
penjual akhbar di sekitar Wangsa Maju dan juga
Setapak.

Di kawasan Setapak di mana masyarakat Cina merupakan
komuniti majoriti, kesan ke atas pemboikotan itu amat
terasa sekali.

Seorang penjual akhbar di Air Panas, Setapak
berhampiran dengan pasar besar memberitahu AgendaDaily
dia terpaksa memulangkan beberapa “bundle” akhbar
Nanyang dan juga China Press sejak Isnin lalu kepada
vendor akhbar.

“Saya sendiri tidak tahu apa sebabnya tetapi saya syak
ini ada kena mengena dengan keputusan EGM MCA Ahad
lalu,” kata Lim Cheng Huat, penjual akhbar berbahasa
Cina di Air Panas, ketika ditemui oleh AgendaDaily.

Dalam pada itu, lebih 100 wartawan Nanyang dan China
Press yang kini dikuasai MCA, bersama aktivis badan
bukan kerajaan (NGO) terus mengadakan bantahan di
depan pejabat akhbar itu selama lebih sejam malam
semalam. 

Acara menyala lilin itu, yang bermula pukul 8 malam
dan diselang-seli dengan ucapan dan nyanyian patriotik
diadakan sempena genap sebulan syarikat akhbar itu
dikuasai parti pemerintah tersebut. 

Kain-kain rentang yang menggesa kebebasan akhbar telah
digantung di hadapan pagar depan pejabat itu dan
begitu juga ribuan riben kuning yang dijadikan simbol
kempen mereka sejak sebulan lalu turut digantung. 

Tidak jauh dari kawasan di mana mereka berhimpun,
anggota-anggota polis berpakaian seragam dan biasa
kelihatan mengawasi dari jauh bagaimanapun tiada
arahan bersurai diperintahkan. 

Dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan oleh
kumpulan wartawan dan kakitangan Nanyang Press
Holdings pada acara itu, mereka menyifatkan pembelian
MCA sebagai “hari yang paling gelap dalam sejarah
media berbahasa Cina di Malaysia.” 

Kenyataan itu mendakwa, polisi penerbitan dua akhbar
utama berbahasa Cina itu telah berubah arah atas
arahan pemegang saham yang baru walaupun MCA sebelum
ini bertegas mereka tidak akan campur tangan dalam
dasar penerbitan. 


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke