*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Apakah dosa yang dilakukan surat khabar Nanyang dan China Press dimana mereka 
hendak dipulaukan.? Jika UMNO dapat memiliki Utusan dan PAS memiliki Harakah dan 
Webtv dan segala macam laman web mengapa MCA tidak dapat membeli akhar 
sendiri.Dimanakah letaknya keadilan dan kebebasan akhbar?. 

MCA juga ingin menyebarkan segala berita pembangunan dan proganda mereka 
sendiri. Tidak ada sebab mengapa perlu mereka dihalang. Bayangkan kesusahan yang 
dialami jika para pekerja Nanyang dan China Press merempat tidak ada pekerjaan. 
Kerajaan dan negara juga yang susah untuk menolong mereka mereka ini.

Mengapa pula Utusan perlu diboikot ?. Bagaimanakah UMNO ingin menyampaikan 
risalah dan propaganda pembangunan dan berita berita mutakhir jika Utusan pula 
terpaksa golong tikar.

UMNO akan memastikan Utusan tidak akan ditutup walaupun tiada siapa yang membeli 
dan membaca. Kementerian Kewangan yang kini diketuai pula YAB Datuk Seri Dr 
Mahathir yang juga Perdana Menteri dan merangkap Presiden UMNO akan memastikan 
Utusan menerima subsidi yang mencukupi untuk terus hidup dan terus dibuka. Jika 
perlu Utusan akan disebarkan percuma ke rumah rumah dan ke pejabat pejabat. 
Penyebaran berita mesti diteruskan walau dengan apa cara sekali pun. 

Pengiklan pengiklan yang juga kebanyakkannya bersahabat baik dengan kerajaan 
pasti akan terus mengiklan di Utusan untuk memboleh bolehkan wartawan wartawan 
termasuklah penulis kesayangan semua Ybhg AsSahibus Samahah Sheikh Astora Jebat 
terus bernafas menyampaikan matlumat dan risalah.

Mereka mereka yang ingin memboikot Utusan adalah mereka mereka yang tidak mampu 
membeli Utusan kerana terpaksa menghimpun siling membeli akhbar akhbar 
pembangkang yang jauh lebih mahal. 

MCA patut lebih proaktif didalam semua akhbar akhbar yang dimiliki mereka. The 
Star, Nanyang dan China Press patut digunakan sepenuhnya untuk merencana minda 
kaum Cina agar ianya menepati aspirasi negara.

UMNO sepatutya tidak segan silu untuk menyebarkan lebih banyak matlumat didalam 
akhbar akhbar yang lain seperti di NST Group dan The Sun. Sekali pun tidak ada 
yang membeli ianya boleh di sebarkan percuma termasuklah ke sekolah sekolah 
sebagai bahan kajian. 

Panglima

----- Original Message ----- 
From: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, June 29, 2001 8:02 PM
Subject: H-Net* Ini yang perlu Melayu lakukan terhadar Utusan Malaysia


> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> benci fitnah2 yg disebarkan oleh Utusan Malaysia? Ini
> yg orang Melayu perlu lakukan utk mengajar Utusan.
> 
> Pemboikotan Nanyang dan China Press telah bermula. 
> 
> KUALA LUMPUR, Jumaat 29 Jun - Apakah benar penjualan
> akhbar-akhbar Nanyang Siang Pau dan juga China Press
> kini mula diboikot secara perlahan-lahan oleh
> masyarakat Cina?
> Hakikat ini tidak dapat ditolak lagi apabila tinjauan
> rambang yang dilakukan oleh AgendaDaily mendapati,
> para pekedai dan penjual suratkhabar "merungut" bahawa
> penjualan dua buah akhbar ini agak merosot sejak
> Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) MCA Ahad lalu
> membuat keputusan untuk memberikan lampu hijau kepada
> parti itu meneruskan pengambilalihan Nanyang Press
> Holdings yang bertanggungjawab menerbitkan
> akhbar-akhbar berkenaan.
> 
> Sebuah kedai runcit di Taman Wangsa Melawati dekat
> sini yang seringkali menjadi tumpuan sekelompok kecil
> masyarakat Cina di sini untuk membeli akhbar-akhbar
> berbahasa Cina memberitahu AgendaDaily pengurusnya
> terpaksa mengurangkan tempahan akhbar Nanyang dan
> China Press sejak enam hari yang lalu kerana tidak ada
> siapa yang membelinya.
> 
> "Ini agak drastik dengan jumlah jualan sebelum EGM itu
> berlangsung kerana para pembaca masih membeli akhbar
> berkenaan untuk mengetahui pergolakan dalam MCA," kata
> penyelia kedai runcit tersebut.
> 
> Biasanya, kata penyelia itu, mereka dapat menjual
> antara 20 hingga 30 naskhah akhbar Nanyang dan lebih
> kurang 15 hingga 20 naskhah sehari akhbar China Press
> tetapi kini hendak habiskan 10 naskhah pun agak sukar.
> 
> "Para pembeli kini datang dan membelek-belek dahulu
> muka depan kedua-dua akhbar itu. Jika ada berita yang
> mereka berkenan baru mereka beli.kalau tidak mereka
> letak balik, tidak macam dulu, datang dan terus ambil
> saja," katanya.
> 
> Rungutan yang sama turut dinyatakan oleh beberapa lagi
> penjual akhbar di sekitar Wangsa Maju dan juga
> Setapak.
> 
> Di kawasan Setapak di mana masyarakat Cina merupakan
> komuniti majoriti, kesan ke atas pemboikotan itu amat
> terasa sekali.
> 
> Seorang penjual akhbar di Air Panas, Setapak
> berhampiran dengan pasar besar memberitahu AgendaDaily
> dia terpaksa memulangkan beberapa "bundle" akhbar
> Nanyang dan juga China Press sejak Isnin lalu kepada
> vendor akhbar.
> 
> "Saya sendiri tidak tahu apa sebabnya tetapi saya syak
> ini ada kena mengena dengan keputusan EGM MCA Ahad
> lalu," kata Lim Cheng Huat, penjual akhbar berbahasa
> Cina di Air Panas, ketika ditemui oleh AgendaDaily.
> 
> Dalam pada itu, lebih 100 wartawan Nanyang dan China
> Press yang kini dikuasai MCA, bersama aktivis badan
> bukan kerajaan (NGO) terus mengadakan bantahan di
> depan pejabat akhbar itu selama lebih sejam malam
> semalam. 
> 
> Acara menyala lilin itu, yang bermula pukul 8 malam
> dan diselang-seli dengan ucapan dan nyanyian patriotik
> diadakan sempena genap sebulan syarikat akhbar itu
> dikuasai parti pemerintah tersebut. 
> 
> Kain-kain rentang yang menggesa kebebasan akhbar telah
> digantung di hadapan pagar depan pejabat itu dan
> begitu juga ribuan riben kuning yang dijadikan simbol
> kempen mereka sejak sebulan lalu turut digantung. 
> 
> Tidak jauh dari kawasan di mana mereka berhimpun,
> anggota-anggota polis berpakaian seragam dan biasa
> kelihatan mengawasi dari jauh bagaimanapun tiada
> arahan bersurai diperintahkan. 
> 
> Dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan oleh
> kumpulan wartawan dan kakitangan Nanyang Press
> Holdings pada acara itu, mereka menyifatkan pembelian
> MCA sebagai "hari yang paling gelap dalam sejarah
> media berbahasa Cina di Malaysia." 
> 
> Kenyataan itu mendakwa, polisi penerbitan dua akhbar
> utama berbahasa Cina itu telah berubah arah atas
> arahan pemegang saham yang baru walaupun MCA sebelum
> ini bertegas mereka tidak akan campur tangan dalam
> dasar penerbitan. 
> 
> 
> =====
> Harun Aminurrashid:
> DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
> http://personal.mail.yahoo.com/
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
> 
___________________________________________________________________
Sent via Fetchmail - free email service at http://www.fetchmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "d panglima" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke