Note: forwarded message attached. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Get personalized email addresses from Yahoo! Mail http://personal.mail.yahoo.com/
--- File has not been scanned Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com). Version: 6.0.252 / Virus Database: 125 - Release Date: 5/9/01
>>Ambil peluang ketika mampu untuk bersedekah >> >> >>RASULULLAH saw menasihatkan wanita supaya membanyakkan bersedekah >>dan >>beristighfar membersihkan diri serta menjauhi perkara yang buruk. >> >>Seperti ditegaskan di dalam hadisnya daripada Jabar bin Abdullah >>ra, >>katanya: "Aku telah hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan >>sembahyang >>pada hari raya. (Setelah bersembahyang dan berkhutbah), baginda >>kemudian >>pergi (ke barisan belakang) sehingga sampai ke tempat kaum >>perempuan, lalu >>Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda >>(menggalakkan >>bersedekah), sabdanya: Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya >>kebanyakan >>kamu menjadi kayu bakaran api neraka." >> >>Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya >>bangun lalu >>bertanya: "Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu) ya >>Rasulullah?" >> >>Baginda menjawab: "Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup >>nafkah) dan >>kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun)." >> >>Jabar ra berkata: "Kaum perempuan itu pun tampil bersedekah >>daripada barang >>perhiasan badan mereka. Mereka meletakkan pada baju Balal; subang >>dan >>anting-anting serta cincin mereka." (Hadis sahih riwayat Muslim) >> >>Segolongan daripada perempuan yang menyedari hakikat ini >>serta-merta >>berkorban dengan rela hati menanggalkan perhiasan di badan mereka >>untuk >>dijadikan sedekah kerana takut akan azab yang dijanjikan oleh Allah >>swt >>seperti mana firman-Nya yang bermaksud: "(Iaitu) pada hari dibakar >>emas >>perak (dan harta benda) itu di dalam neraka jahanam, lalu diselar >>dengannya >>dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil >>dikatakan >>kepada mereka): Inilah apa yang kamu simpan itu." (Surah al-Taubah, >>ayat 35) >> >>Islam melarang sama ada lelaki mahupun perempuan mengeluarkan kata >>keji, >>kesat, sumpah seranah dan seumpamanya. Dalam hadis berkenaan, >>perempuan >>dalam tindak-tanduknya lebih menurut perasaan daripada menggunakan >>akalnya. >> >>Perempuan juga selalu mengadu kononnya tidak cukup nafkah dan mudah >>terpengaruh dengan kebendaan yang didapati oleh orang lain. Ada >>juga >>perempuan yang suka membebankan suami di luar kemampuannya untuk >>mendapat >>kepuasan apa yang dihajati. >> >>Jika tidak dituruti atau tidak menyenangkan hatinya, timbullah kata >>yang >>buruk daripadanya seperti mana ditegaskan dalam hadis Nabi yang >>bermaksud: >>"... kalau engkau berbuat baik sepanjang hayatmu (sekali pun) >>kepada salah >>seorang daripada mereka (isteri-isterimu), kemudian ia melihat >>sesuatu >>perkara kecil (yang tidak menyenangkan hatinya) daripadamu, ia akan >>terus >>berkata (dengan marahnya): Aku tidak pernah melihat sebarang >>perkara yang >>baik daripada kamu." (Hadis sahih riwayat Bukhari) >> >>Seperti yang kita ketahui, wanita mempunyai sembilan nafsu dan satu >>akal, >>dengan nafsunya yang banyak itu pula mudah mendorong mereka untuk >>melakukan >>keburukan, mudah memperdaya dan diperdayakan dengan tutur kata, >>pakaian dan >>pelbagai lagi bentuk kebendaan. >> >>Lelaki juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati agar jangan >>terperangkap dengan pujuk rayu perempuan yang bertujuan buruk >>kerana >>perempuan juga mempunyai kesan pengaruhnya yang kuat terhadap >>lelaki, >>seperti mana sabda Nabi saw: "Dan selain dari itu, aku tidak >>melihat >>golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta >>besar pula >>pengaruhnya kepada orang lelaki yang bijak bestari (sekalipun) >>selain >>daripada kamu." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Ibnu Majah) >> >>Daripada Abu Hurairah ra, katanya, Rasulullah saw bersabda yang >>bermaksud: >>"Hendaklah kamu menasihati tentang perkara kebaikan kepada kaum >>wanita >>kerana sesungguhnya wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan >>sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas, jika kamu >>membetulkannya dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika >>ditinggalkan >>(dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok, >>maka >>nasihatilah mereka dengan penuh kesabaran dan lemah lembut." (Hadis >>riwayat >>Bukhari dan Muslim) >> >>Kita juga ketahui lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu, >>dengan >>akalnya yang banyak itulah sepatutnya memimpin wanita dengan >>mengambil >>kesempatan untuk menasihati, menegur daripada menyeleweng dalam >>keadaannya >>yang sedia bengkok. >> >>Hanya mereka yang bersedia menerima teguran menurut ajaran al-Quran >>(al-Rahman) yang dapat menggunakan akal fikiran mereka. >> >>Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang >>berkesan >>dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang >>yang >>sedia menurut ajaran al-Quran serta ia takut (melanggar perintah >>Allah) >>al-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat >>azab >>Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan >>keampunan dan pahala yang mulia." (Surah Yaasin, ayat 11) >> >>Bagi mereka yang tidak mempunyai persediaan untuk menerima hakikat >>ini, >>mereka akan menyangkal dengan keras dan berbagai-bagai alasan untuk >>mengelakkan diri. >> >>Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (dengan sebab itu) sama saja >>kepada >>mereka, sama ada engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran >>kepadanya. >>Mereka tidak akan beriman." (Surah Yaasin, ayat 10) >> >>Rasulullah saw adalah pembawa utusan Allah berita gembira dan >>amaran untuk >>sekelian umat Islam. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya >>engkau >>(wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-Rasul yang telah >>diutus >>yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam)." (Surah Yaasin, >>ayat 2 >>dan 3) >> >>Ambillah kesempatan ketika badan masih sihat serta harta yang >>banyak itu >>untuk dijadikan amal ibadat kerana pada akhir zaman nanti, manusia >>akan >>mengalami zaman yang serba mewah sehinggakan sedekah mereka yang >>berupa emas >>dan perak tidak lagi dipandang orang miskin. >> >>Ini ditegaskan dalam sebuah hadis Nabi yang bermaksud: "Akan datang >>kepada >>umat manusia; satu zaman (yang serba mewah). Pada zaman itu, orang >>yang >>hendak bersedekah (walau dengan emas sekalipun), akan membawa >>sedekah emas >>itu ke sana ke mari tetapi ia tidak mendapat seorang pun yang mahu >>menerimanya." (Hadis sahih riwayat Bukhari) >> >>Alangkah kecewa dan hinanya sedekah yang sedemikian tidak diterima >>oleh >>sesiapa pun. Kuasa Allah swt menghalang setiap hati manusia >>daripada >>menerima pemberian mereka kerana zaman itu pintu taubat telah >>tertutup. >> >>Melakukan hubungan baik sesama manusia dengan bersedekah dan >>lain-lainnya >>adalah sebahagian daripada kesempurnaan ibadat harian terhadap >>Allah swt. >> >>Janganlah jadikan kemewahan serta kesenangan hidup seseorang itu >>sekatan >>daripada memandang keburukan di hadapan mereka, seperti mana Allah >>berfirman >>yang bermaksud: "Dan kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka >>kepada harta >>benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka >>daripada >>memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di >>hadapan >>mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan >>azab siksa >>yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu kami menutup >>pandangan >>mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang >>benar)." >>(Surah Yaasin, ayat 9) >> >>>