*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aiiii... lagi la bertambah sakit hati ana kat DR MAHATHIR tuh...


>From: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,        "[EMAIL PROTECTED]" 
><[EMAIL PROTECTED]>, Purple Haze <[EMAIL PROTECTED]>,        
>"[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,        
>kamariah <[EMAIL PROTECTED]>, Junaidah Abu <[EMAIL PROTECTED]>,        
>Zaihayati <[EMAIL PROTECTED]>,        "Faizal bin Hashim 
>@PUSATKAWAL" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Undang-undang Belantara
>Date: Thu, 05 Jul 2001 22:00:19 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Kenyataan Akhbar Rafzan Bin Ramli Bekas Pelajar UiTM
>
>
>MANGSA KEZALIMAN AUKU DAN MANGSA PENINDASAN UiTM
>
>Bersempena dengan Perhimpunan Aman Mahasiswa dan Mahasiswi serta
>Penyerahan Laporan Keganasan Polis dan Kezaliman Akta Universiti dan
>Kolej Universiti(AUKU) kepada SUHAKAM pada hari ini, saya Rafzan Bin
>Ramli bekas pelajar UiTM yang telah dipecat dari meneruskan pengajian
>di Universiti Teknologi Mara melalui perbicaraan berat sebelah yang
>telah dijalankan oleh pihak UiTM pada 22hb Jun 2001 yang lepas,
>mendesak supaya SUHAKAM mengeluarkan kenyataan rasmi yang tegas
>berhubung dengan posisi SUHAKAM terhadap AUKU yang zalim lagi
>menindas ini khususnya berhubung dengan kes pemecatan saya oleh pihak
>UiTM yang diakibatkan oleh akta kejam ini.
>
>Selaku mangsa kezaliman AUKU dan juga mangsa kepada pihak UiTM yang
>telah menjalankan pengadilan dan penghakiman ala undang-undang hutan,
>saya mendesak SUHAKAM supaya menubuhkan suatu Suruhanjaya yang bebas,
>adil dan independen untuk menyiasat pencabulan hak asasi yang telah
>dilakukan oleh pihak UiTM terhadap diri saya dengan cara menafikan
>hak dan peluang saya untuk mendapat pengadilan dan penghakiman yang
>adil dan saksama.
>
>Pada hari perbicaraan saya pada 22hb Jun yang lepas, pihak UiTM telah
>menghalang dan tidak membenarkan saksi yang saya bawa untuk memberi
>keterangan bagi menyokong pembelaan diri saya daripada masuk ke bilik
>perbicaraan.
>
>Peguam yang saya bawa untuk mewakili diri saya di dalam perbicaraan
>pada 22hb Jun itu juga turut dihalang dari memasuki ke bilik
>perbicaraan. Bukan setakat itu sahaja, pihak UiTM juga turut tidak
>membenarkan wakil dari Pertubuhan Kebangsaan Hak Asasi Manusia
>(HAKAM) dari menghadiri perbicaraan saya pada hari itu.
>
>Selain dari tindakan-tindakan yang mencabul hak asasi saya
>sepertimana yang dinyatakan di atas, pihak UiTM juga turut
>mengganggu, mengintimidasi dan menakut-nakutkan kawan-kawan saya yang
>turut datang untuk memberikan sokongan moral kepada saya pada hari
>itu.
>
>Dua orang kawan saya yang hadir pada hari itu telah dikepung, ditahan
>dan dihalang pergerakan mereka oleh 4 orang pengawal keselamatan
>UiTM. Mereka langsung tidak dibenarkan hampir di ruang luar bilik
>perbicaraan saya. Selain daripada itu, beberapa orang kawan-kawan
>saya yang lain yang turut datang untuk memberi sokongan telah
>diintimidasi dan ditakut-takutkan dengan cara dirakamkan wajah mereka
>di dalam kamera video.
>
>Pada hari itu terdapat 2 orang yang tidak dikenali yang berpakaian
>biasa dengan sebuah kamera video setiap seorang telah merakamkan
>wajah kawan-kawan saya itu ke dalam kamera video. Kedua-dua orang
>yang tidak dikenali ini bergerak bebas di dalam kawasan UiTM tanpa
>sebarang sekatan atau halangan dari pihak UiTM seolah-olah pihak UiTM
>sememangnya bersubahat dengan kedua-dua orang yang tidak dikenali ini
>untuk mengugut dan menakut-nakutkan serta cuba menghalang kawan-kawan
>saya dari datang memberi sokongan kepada saya.
>
>Tidak cukup dengan ugutan dan penindasan yang dikenakan terhadap saya
>dan kawan-kawan saya, pihak UiTM juga telah melakukan penipuan dan
>pembohongan kepada saya, ibu bapa saya dan keluarga saya apabila
>mereka melanggar dan mencabul keputusan yang telah ditetapkan pada
>perbicaraan pertama pada 15 Jun untuk menangguhkan perbicaraan saya
>untuk tempoh 2 minggu atau lebih. Belum sampai tempoh 2 minggu
>penangguhan, pihak UiTM telah memanggil saya untuk menghadiri
>perbicaraan pada 22 Jun yang lepas dengan hanya 2 hari notis.
>
>Tempoh 2 hari notis yang diberikan oleh pihak UiTM kepada saya
>merupakan suatu masa yang terlalu pendek dan suntuk untuk saya
>membuat persediaan pembelaan diri. Notis singkat ini sengaja
>dikeluarkan oleh pihak UiTM kepada saya supaya pendakwaan ke atas
>saya dapat dibuat di dalam keadaan saya tidak bersedia supaya mudah
>untuk mereka memerangkap saya dan menjatuhkan hukuman kepada saya.
>
>Pihak UiTM dengan jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila
>mereka menafikan hak asasi saya yang diperuntukkan oleh Perkara 5
>Perlembagaan Persekutuan iaitu hak untuk mendapat pembelaan yang adil
>dan saksama dengan melakukan penipuan dan pembohongan yang licik
>serta pemberian tempoh masa untuk membuat persediaan pembelaan yang
>terlalu pendek.
>
>Hak untuk mendapat pembelaan yang adil dan hak untuk diberi tempoh
>masa yang cukup bagi menyediakan dan mempersiapkan pembelaan diri
>adalah hak asasi manusia yang termaktub sebagai prinsip asas "natural
>justice". Akan tetapi Pihak UiTM telah memperkosa prinsip "natural
>justice" ini dengan sewenang-wenangnya, berikutan dengan tindakan
>mereka yang tidak memberi peluang dan tempoh masa yang cukup untuk
>saya membuat persediaan pembelaan diri.
>
>Manakala ketika perbicaraan berlangsung, pihak UiTM mengambil sikap
>mudah dan sambil lewa sahaja di dalam mengemukakan pendakwaan mereka
>ke atas diri saya tanpa disertakan dengan sebarang bukti-bukti
>sokongan terhadap tuduhan yang mereka lemparkan ke atas saya. Apabila
>saya meminta pihak UiTM menunjukkan kepada saya bukti tuduhan, mereka
>gagal untuk mengemukakan sebarang bukti kepada saya.
>
>Suatu perbicaraan yang besar yang melibatkan seluruh masa depan saya
>dan hak saya untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi telah di
>jalankan secara sambil lewa dan sewenang-wenangnya oleh pihak UiTM.
>Selepas sessi perbicaraan selesai pihak UiTM terus bersidang untuk
>membuat keputusan dan keputusan untuk memecat saya dari UiTM dan
>menghancurkan masa depan saya itu diputuskan hanya di dalam tempoh
>masa kurang dari 5 minit. Proses perbicaraan ala hutan yang
>dijalankan oleh pihak UiTM itu telah menginjak, memijak dan mencabul
>hak asasi saya untuk mendapat pengadilan dan penghakiman yang adil
>dan saksama.
>
>Tindakan pihak UiTM yang telah terlebih dahulu menjatuhkan hukuman
>pemecatan ke atas saya sebelum saya didakwa oleh pihak polis di
>mahkamah dan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas
>saya, terang-terang berlawanan dengan prinsip keadilan sejagat
>iaitu "tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah".
>
>Sekali lagi saya mendesak supaya SUHAKAM mengeluarkan kenyataan rasmi
>yang tegas berhubung dengan posisi SUHAKAM terhadap AUKU yang zalim
>lagi menindas ini khususnya berhubung dengan kes pemecatan saya oleh
>pihak UiTM melalui perbicaraan yang tidak adil dan berat sebelah yang
>diakibatkan oleh akta kejam ini.
>
>Saya juga mendesak SUHAKAM supaya menubuhkan suatu Suruhanjaya yang
>bebas, adil dan independen untuk menyiasat pencabulan hak asasi yang
>telah dilakukan oleh pihak UiTM terhadap diri saya dengan cara
>menafikan hak dan peluang saya untuk mendapat pengadilan dan
>penghakiman yang adil dan saksama.
>
>
>RAFZAN BIN RAMLI
>MANGSA KEZALIMAN AUKU
>MANGSA PENINDASAN UiTM
>30 JUN 2001
>
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Lori Hantu" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to