Demonstrasi jalanan boleh menjejaskan keamanan dan perpecahan rakyat kerana:
 
1) apabila demonstrasi jalanan dibenarkan, ramai rakyat akan berani berdemonstrasi, malahan boleh mencecah ratusan ribu kerana rakyat akan berasa selamat untuk berdemonstrasi tanpa halangan dan kekerasan pihak polis/fru.
 
2) apabila ramai yang berani demonstrasi, golongan rakyat yang tidak yakin ataupun atas pagar akan menjadi yakin bahawa sokongan terhadap PM telah pudar dan menyebabkan bertambah ramai yang menyokong supaya PM/BN berundur.
 
3) apabila terlalu ramai rakyat yang menyokong pembangkang sehingga BN tidak mampu untuk menang dan juga tidak mampu untuk menggunakan helah untuk menipu didalam pilihanraya akan datang, even media perdana sudah tidak dipercayai rakyat lagi kerana terus menipu rakyat yang kononnya tidak ramai yang menyokong pembangkang.
 
4) akhirnya menyebabkan BN/umno yang dipilih secara "demokratik" tumbang (demokratik tetapi ada unsur penipuan undi, menguasai persempadanan pilihanraya hanya untuk kepentingan BN/umno, rasuah, ugutan, penyalahgunaan undi pos, pengundi hantu, mengguna segala jentera media perdana iaitu akhbar, tv, & radio manakala pembangkang hanya ada ceramah umum yang selalu dihalang, media yang keluarannya terhad).
 
5) apabila BN/umno tumbang, umno akan mengeluarkan jentera terakhirnya untuk mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau.
 
6) apabila negara huru-hara dan kacau-bilau, negara di-isytiharkan dharurat.
 
7) apabila negara di-isytiharkan dharurat, Mageran akan mengambil-alih pemerintahan negara.
 
8) apabila Mageran mengambil-alih pemerintahan negara, pemerintahan negara akan diserah/dilantik dari kalangan puak BN/umno semula.
 
9) segala media perdana akan digunakan dan segala kekacauan dan huru-hara akan diletakkan kesalahan keatas pihak pembangkang.
 

Tolak budaya kekerasan: PM


KUALA LUMPUR, Rabu – Rakyat harus menolak budaya kekerasan yang dikembangkan oleh Barat bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara membangun supaya kerajaan yang dipilih secara demokratik dapat ditumbangkan.

Sambil menyifatkan demonstrasi jalanan sebagai bukan budaya Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu adalah penyalahgunaan demonstrasi bagi mencapai kehendak kumpulan tertentu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, demonstrasi jalanan bukan saja menjejaskan keamanan, malah boleh menyebabkan perpecahan rakyat pelbagai kaum dan menghancurkan negara.

“Kalau adalah masalah, lebih baik kita berunding dan kalau tidak puas juga kita boleh menggunakan peti undi sebagai penyelesaian terakhir,” katanya sebagai renungan dalam buku cenderamata sempena Konvensyen BN, Sabtu ini.

Konvensyen bertema BN Tunggak Keutuhan Negara yang diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, akan dihadiri kira-kira 5,000 peserta, termasuk pemimpin, wakil rakyat dan ahli majlis daerah, perbandaran serta bandar raya yang mewakili 13 parti komponen.

Parti yang menganggotai BN ialah Umno, MCA, MIC, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Gerakan, Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),

Turut menganggotainya ialah Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Perdana Menteri berkata, kejayaan paling besar yang dicapai sejak hampir 44 tahun merdeka ialah mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

“Semangat, cinta dan kesetiaan rakyat kepada Malaysia menjadi lebih kuat sekarang. Mereka bukan saja bangga menjadi rakyat, malah ingin berusaha dan menyumbang ke arah kejayaan Malaysia.

“Inilah kekuatan baru yang akan memacu kita semua mencapai matlamat Malaysia Negara Maju seperti terkandung dalam Wawasan 2020 negara,” katanya.

Dr Mahathir turut meminta parti komponen dan ahlinya tidak leka dengan tanggungjawab untuk terus memperkukuhkan parti dan kerajaan.

“Kita menjadi kukuh dan kuat atas sokongan rakyat. Perkhidmatan untuk rakyat hendaklah diutamakan setiap masa.

“Perjuangan kita untuk kesejahteraan rakyat dan negara serta membina hari esok yang lebih bahagia untuk semua masih belum selesai,” katanya sambil menambah rakyat menyokong kerana mereka menganggap BN adalah pilihan terbaik.

Sambil melahirkan rasa syukur, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN berjaya mentadbir negara dan mencapai tahap kestabilan politik yang amat membanggakan.

Katanya, perpaduan kaum menjadi lebih sempurna dan keamanan negara berjalan lancar serta keselamatan negara lebih terjamin.

“Pembangunan dan kemajuan negara berjalan lancar dan kemakmuran yang dinikmati rakyat terus meningkat.

“Ini berkat daripada semangat kongsi kuasa yang kita amalkan selama ini bagi mencapai matlamat mengimbangkan hak antara kaum tanpa mengira kaum atau warna kulit,” katanya.

Kirim email ke