Kenapa Mahathir Tendang Daim
(Why Mahathir Axed Daim)
Oleh Terrence Gomez
FEER Edisi 5 Julai, 2001.


Walaupun Daim Zainuddin sudah menyerahkan surat perletakan jawatannya
sebagai menteri kewangan Malaysia, pada awal Jun dulu, ramai
pengamat bersikap berpihak-pihak beranggapan apakah sudah tercetus satu
perbalahan antara beliau dengan perdana menteri Mahathir Mohammad. Oleh
kerana Mahathir dan bekas sahabatnya yang paling setia, Daim, enggan
menyatakan secara terbuka sebab musabab pengunduran Daim itu, makin
semaraklah spekulasi mengenai dalil-dalil menyebabkan pengunduran beliau.
Beberapa peristiwa yang berkisaran dalam dunia korporat memberikan gambaran
betapa perbalahan itu memang begitu serius dan berkemungkinan besar
mempunyai hubung-kait dengan beberapa urusan niaga yang membabitkan anak
lelaki kedua perdana menteri, Mokhzani Mahathir. Secara khususnya,
pembabitan Mokhzani dalam rencana penggabungan bank yang! dikatakan telah
menjejaskan beberapa bidang perniagaan peribadi kepunyaan Daim.

Sebelum tercetusnya krisis kewangan pada 1997 dulu, kerajaan memang
berminat menggabungkan sektor perbankan tempatan, yang ketika itu berjumlah
lebih 50 institusi kewangan. Apabila kerajaan bertindak memaksa penggabungan
itu dan merancangkan kewujudan enam bank peneraju pada 1999, tercetuslah
pelbagai bantahan daripada masyarakat perbankan.Masyarakat Cina menjadi
tersentuh apabila mendapati banyak bank kepunyaan usahawan Cina ditelan dan
terhakis dalam proses penggabungan itu. Ketika itu pula pemilu sudahpun
menghampiri masanya dan Mahathir semakin tertekan dengan hakikat betapa
perlunya sokongan pengundian orang bukan-Melayu, terutama sekali pengundi
Cina untuk memenangkan mereka menguasai parlimen semula. Kerana itu
kerajaan bertindak menambah jumlah bilangan bank peneraju itu daripada 6
menjadi 10. Desas-desus mula berterbangan betapa keput! usan itu telah
mencetuskan satu pergeseran antara Mahathir dan Daim.

Sebelum penggabungan bank itu mula dicadangkan, para kroni Daim telahpun
menguasai Multi-Purpose Bank (MPB) daripada T.K. Lim yang pada satu ketika
itu memang rapat dengan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan
Anwar Ibrahim. Di tahap awalan dulu, Multi-Purpose Bank telah direncana agar
bergabung dengan Phileo Allied Bank yang dikuasai oleh Tong Kooi Ong, yang
juga rapat dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Tong mula menceburi dunia
perbankan pada 1994, dia berjaya memajukan Phileo Allied Bank menjadi
sebuah bank yang sungguh dinamik, berteknologi inovatif di Malaysia. Apabila
rencana penggabungan itu disemak semula, Phileo Allied Bank telah dicabut
daripada cadangan asal untuk bergabung dengan MPB untuk diregukan pula
dengan Malayan Banking, ataupun kumpulan Maybank. Kumpulan Maybank adalah
dikuasai oleh Perbadanan Nasional, ataupun PNB yang dipen! gerusikan oleh
Perdana Menteri.

Seorang lagi pemegang saham (terbesar) Phileo Allied bank ialah anak
Mahathir, Mokhzani, yang memang sudah lama mempunyai pegangan berpada
sebelum rencana penggabungan dicadangkan. Ada sebuah syarikat Mokhzani yang
tersenarai di BSKL, Tongkah Holdings, yang mempunyai pegangan bersilang
dengan sebuah lagi syarikat tersenarai, Pantai holdings. Pantai dan Tongkah
mempunyai milik bersama setakat 28 persen saham Phileo Land, yang juga
tersenarai. Phileo Land merupakan pemegang saham terbesar kerana mempunyai
18.4% saham dalam Phileo Allied yang merupakan pemilik Phileo Allied Bank.
Phileo Land kemudiannya menukar namanya menjadi Avenue Assets.

Satu ketika dulu Mokhzani memang rapat dengan Daim, namun Tong dilaporkan
liat dengan rencana menggabungkan banknya dengan MPB. Mengikut rencana
penggabungan yang disemak semula itu, Maybank telah menawarkan Avenue Assets
satu rencana tukar pegangan ! saham (share swap) bernilai 1.2 bilion ringgit
(US $316 million) untuk mengambil-alih Phileo Allied Bank. Tawaran itu
ditolak oleh Avenue Assets kerana lembaga pengarahnya berpendapat harga
saham Phileo Allied bank sengaja diturunkan harganya, dan tidak pula ada
tawaran bayaran dana tunai dalam cadangan itu. Avenue Assets mahukan
cadangan yang lebih lumayan dan akhirnya bersetuju menerima tunai sebanyak
1.3 bilion daripada Maybank sebagai bayaran saham bank itu. Dengan penjualan
itu Phileo Allied menjadi sebuah syarikat induk yang kaya-raya.

Dengan penjualan Phileo Allied Bank pada bulan Januari itu, Suruhanjaya
Sekuriti yang tertakluk kepada Kementerian Kewangan, memberi para pemegang
saham Phileo Allied, yang termasuk juga Avenue Assets, memberitahu bahawa
mereka tidak boleh melepaskan pegangan saham di dalam syarikat yang kaya
dengan wang tunai ini. Mereka juga tidak dibenarkan menukar jumlah pegangan
tanpa mendapatkan ! kebenaran awal Suruhanjaya. Peraturan ini belum pernah
dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Sekuriti ke atas mana-mana syarikat Malaysia
dalam sejarahnya. Ia menjadi lebih menarik kerana peraturan yang serupa
tidak pun dikenakan terhadap Tajuddin Ramli yang merupakan rakan kongsi
Daim, ketika syarikat beliau, Naluri menerima sejumlah 1.8 bilion ringgit
daripada penjualan saham MAS kepada kerajaan. Sedangkan proses jual beli
itu berlaku pada waktu yang sama proses yang sama dilakukan oleh Phileo
Allied Bank.

Pada awal April, Daim menyuarakan hasratnya mahu bercuti panjang, dan tidak
lama kemudiannya, Mokhzani mengumumkan niatnya melepaskan semua pegangan
korporatnya. Oleh kerana pegangan korporatnya secara terus berada pada
Pantai dan Tongkah, yang mempunyai sebahagian besar saham Avenue Assets, dia
tidakpun mencela syarat-syarat yang ditentukan oleh Suruhanjaya Sekuriti
ketika membuat penjualan tersebut.
Mokhzani mengumumkan! penjualan semua pegangan korporatnya itu dicetuskan
oleh pelbagai tohmahan yang dihumbankan kepada ayahnya yang berbentuk tidak
berasas. Untuk menjaga nama baik bapanya itulah dia bertindak mahu
memberikan tumpuan kepada politik. Ketika itu dia merupakan Bendahari
Pergerakan Pemuda UMNO. Pada bulan Jun, dia melepaskan juga jawatan itu.
Oleh kerana menjual sahamnya dengan kerugian, ada beberapa faktor lain yang
telah mempengaruhi tindakannya untuk keluar daripada dunia perniagaan.
Ketika Mokhzani melepaskan pegangan sahamnya untuk menumpukan perhatian
kepada politik, Daim mengeluarkan satu kenyataan agar rakyat menghormati
keputusan Mokhzani itu. Yang lebih menarik, bekas menteri kewangan Razaleigh
Hamzah, yang satu ketika dulu merupakan pengkritik hebat terhadap pembabitan
anak-anak perdana menteri dalam dunia perniagaan, telah mengeluarkan
kenyataan betapa Mokhzani sepatutnya memegang terus saham-saham korporatnya.
Ada desas! -desus mengatakan bahawa Razaleigh memang sudah lama memasang
harapan agar dilantik menggantikan jawatan Daim itu, dan memberi ruang
kepadanya untuk timbul semula dalam hiraki kepimpinan UMNO.
Mokhzani telah mengalihkan saham penguasaan Pantai kepada Lim Tong Yao,
seorang peniaga yang tidak menonjol yang menguasai sebuah syarikat pembuatan
sabun, Paos Holdings. Lim menyatakan bahawa Pantai mempunyai ruang yang
luas untuk membesar dalam bidang barangan kesihatan. Lagipun syarikat itu
mempunyai pegangan berpada dalam syarikat yang banyak hutangnya, Tongkah.
Pantai kemudiannya melepaskan sekitar 1,2% daripada sejumlah 16% pegangan
saham dalam Tongkah, sementara Tongkah menjual pula pada kadar kerugian, 12
persen daripada pegangannya sebanyak 32.5 persen saham Pantai untuk
mengurangkan bebanan hutang. Tongkah masih mempunyai bon bernilai 462.5 juta
ringgit yang matang pada 2004.

Pada akhir Mei, perkhidmatan pos kerajaan, Pos Ma! laysia telah dijual kepada
Phileo Allied. Sebelum itu tidak pun ada sebarang isyarat daripada kerajaan
akan cadangan menjual institusi yang menguntungkannya itu untuk penswastaan
ataupun mendapatkan peluang penyenaraiannya di BSKL dengan cara menyuntiknya
kepada Phileo Allied. Malahan, adalah bukannya sukar untuk Pos Malaysia
memasuki pasaran berasaskan kekuatannya sendiri, namun ahli lembaga syarikat
itu dikatakan tidak berminat menyenaraikan syarikat itu pada tahun ini
kerana keadaan pasaran yang lengang. Phileo Allied perlu membayar kerajaan
sebanyak 800juta ringgit untuk membeli Pos Malaysia - 550 juta ringgit dalam
bentuk tunai dan bakinya setara 5% melalui bon terbitan pinjaman jenis
boleh-tukar daripada kerajaan. Kerajaan boleh tukar pinjaman itu menjadi
saham ekuiti, bererti kerajaan berkemungkinan menjadi pemegang saham
terbesar di Phileo Allied pada satu masa dalam tempoh lima tahun. Oleh
kerana Pos Malays diswastak! an ketika Daim sedang bercuti, keputusan
mengalihkan kuasa kepada Phileo Allied sudah tentu bukan keputusannya.

Beberapa isu yang membabitkan Phileo Allied, rencana penggabungan bank dan
penswastaan Pos Malaysia telah mencetuskan banyak persoalan mengenai
pentadbiran kerajaan dan korporat di Malaysia. Kenapakah Phileo Allied
dijual kepada Maybank, yang tidak berapa berminat dengan penggabungan itu
kerana ia mempunyai peluang untuk bergabung dengan satu ataupun lebih bank
peneraju kecilan yang berjumlah sembilan semuanya itu? Apakah sebenarnya
kriteria yang menentukan bank peneraju dan rakan gabungan mereka? Kenapakah
Suruhanjaya Sekuriti mengenakan syarat terhadap Phileo Allied tetapi tidak
pula terhadap Naluri sedangkan kedua syarikat ini menerima bahagian besar
wang kerajaan ketika menjual asset mereka?
Kenapakah Pos Malaysia dijual secara tergesa-gesa tanpa sebarang notis,
kepada sebuah syarikat yang akhirnya dikuasai ol! eh seorang manusia yang
telah membeli syarikat-syarikat milik Mokhzani? Mungkinkah putar-belit
perniagaan ini mempunyai satu kaitan kepada tergugatnya kemesraan antara
Daim dan Mokhzani? Yang lebih menarik lagi, perbalahan yang tercetus antara
Mahathir dan Anwar dulu berpunca daripada penentangan Anwar terhadap
cadangan kerajaan untuk mengambil-alih aset daripada syarikat yang dibebani
hutang kepunyaan anak Mahathir yang bernama Mirzan Mahathir.

Semua sepak terajang politik untuk menguasai aset korporat memang
menunjukkan kepada beberapa pembangunan penting sejak 1998. Apabila Anwar
diaibkan dan tercampak daripada UMNO, segala aset korporat yang pernah
dimiliki oleh para penyokongnya telah pun diambil-alih oleh manusia yang
tidak menyokongnya. Para peniaga yang mempunyai hubungan baik dengan Daim
telah meraih keuntungan besar daripada pengagihan semula segala aset itu.
Bersabit dengan itulah tercetusnya pelbagai perbalahan! antara kelompok
elitis politik dan perniagaan dan mendedahkan Daim kepada kritikan yang
berbisa yang membabitkan juga ahli partinya. Yang lebih pening lagi, cubaan
Daim untuk mencengkam pengaruh yang besar ke atas industri perbankan yang
digabungkan itu menjadi satu punca perbalahan yang hebat antara beliau dan
Mahathir.
Walaupun Daim yang sungguh berpengaruh itu sudah pun tertendang, adalah
tidak mungkin kerajaan akan mengamalkan satu pentadbiran yang telus dan
lebih bertanggungjawab. Kerajaan sudah pun mengumumkan 10 bank yang
digabungkan itu akan dikenakan satu proses penggabungan lagi. Hanya empat
hingga lima bank besar sahaja yang akan muncul daripada perencanaan terbaru
itu nanti. Walaupun Daim tidak berkemungkinan mempunyai kuasa pemilik
terhadap satu ataupun lebih lagi daripada satu daripada hasil penggabungan
itu nanti, namun tidak ada sebab kenapa rakyat marhaen mampu beranggapan
semua bank itu tidak akan dicema! ri lagi di masa depan.

Tanpa pemeriksaan dan seliaan kerajaan nampaknya segala rencana reformasi
Mahathir tidak akan menyuntik sebarang keyakinan kepada sektor korporat
Malaysia. Sebaliknya, tumpuan utama akan terfokus kepada cara mana Mahathir
mahu menangani segala perniagaan para juak dan jongos Daim termasuklah
segala aset dan hutang berkarat yang masih lagi dalam penguasaan mereka
semua.

Tamat

Diterjemahkan oleh SPAR-03-031
_________________________________________________________________________

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke