Ku Li tidak layak jadi jurucakap Sultan
SETIU, 9 Julai (Hrkh) - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz
Zulkefli Yakob, berkata Kerajaan Kelantan tidak pernah melantik sesiapapun
untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pindaan Undang-Undang
Tubuh negeri itu yang melibatkan kuasa sultan.
Sehubungan itu, katanya, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah,
tidak ada hak untuk menjadi jurucakap Sultan Kelantan berhubung isu
tersebut.
"Ku Li tidak layak untuk memberitahu kita bahawa tuanku tidak akan
tandatangan pindaan undang-undang tersebut," katanya ketika berucap di
majlis ceramah di Kampung Bari, di sini malam tadi.
Sebelum ini, Ku Li dilaporkan sebagai berkata Sultan Kelantan bertegas tidak
akan menandatangani pindaan undang-undang berkenaan yang bertujuan
menghadkan kuasa Sultan.
Zulkefli, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Guchil, berkata sehingga ini
kerajaan negeri masih belum mengutuskan seb! arang surat kepada Sultan
Kelantan bagi memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
"Kita akan berbuat demikian tidak lama lagi. Tetapi, saya ingin tegaskan
kita tidak lantik sesiapapun untuk berunding dengan baginda berhubung
perkara ini," katanya.
Sementara itu, katanya, tindakan Kerajaan Pusat melewat-lewatkan bayaran
pelbagai geran kepada negeri Terengganu tidak wajar kerana ia bertentangan
dengan prinsip Perlembagaan.
"Sebelum ini mereka dera Kerajaan Kelantan dengan tindakan yang serupa,
tetapi berkat kesabaran Tok Guru (Menteri Besar Tuan Guru Dato' Nik Abdul
Aziz Nik Mat), kita terus dapat bayar gaji kakitangan kerajaan dan
mengekalkan pemerintahan di Kelantan," ujarnya.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Reply via email to