Date: Mon, 9 Jul 2001 09:30:38 +0800

Spekulasi Media Asing Tentang Tangkapan Terbaru ISA Ternyata Benar...

Susunan: ABU BAKAR RASHID
KUALA LUMPUR, Sabtu 7 Julai - "Ada titisan air mata pada wajahnya", itulah
yang digambarkan oleh agensi berita AFP ketika melaporkan keadaan Khairul
Anuar Ahmad Zainuddin, 24, yang ditahan oleh polis di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) Khamis lalu.
Keadaan itu digambarkan ketika aktivis pelajar itu diseret dengan tangan
bergari ke bilik sewanya di Bangsar di mana polis menyelongkar rumah itu dan
merampas tiga kotak buku dan lain-lain barangan pribadi lain.
Khairul atau lebih dikenali dengan panggilan Jonah di kalangan
rakan-rakannya telah ditangkap di bawah akta yang ditentangnya - aktiviti
yang digerakkan di kalangan mahasiswa dan pelajar pengajian tinggi untuk
membantah siri penangkapan di bawah ISA sejak April lalu ternyata menafikan
tidur yang nyenyak kepada mereka yang meneri! ma tamparan perjuangannya.
Hanya sehari sebelum penangkapan pelajar berani itu (4 Julai), Perbadanan
Penyiaran British(BBC) dalam sorotan khasnya mengenai ISA menyatakan:
"Dengan Perdana Menteri yang berada dalam 'mood' sedemikian rupa, para
pemerhati berkata tangkapan ISA seterusnya adalah kemungkinan yang amat
jelas".
Pandangan para pemerhati mengenai tangkapan seterusnya seperti yang
dilaporkan oleh BBC itu ternyata menjadi kenyataan pada hari berikutnya.
Pandangan BBC bahawa ISA akan terus memburu mengsanya dikongsi oleh seorang
bekas tahanan ISA yang baru dibebaskan, Raja Petra Kamaruddin.
"Kami menjangka lebih ramai pelajar yang akan ditangkap," Akhbar South China
Morning Post 6 Julai memetik beliau sebagai berkata. "Kerajaan cuba
mengaitkan kebakaran di universiti dengan pembangkang. Para pelajar tersebut
hanyalah buah catur di dalam politik kerajaan".
"Kepada saya, ini (penangkapan di bawah ISA) menunjukkan Mahathir sedang!
berada di dalam krisis," Bahirah Tajul Ariff, isteri Ketua Pemuda Keadilan,
Ezam Mohd Noor, memberitahu BBC.
"Beliau kini sangat lemah dan beliau mengambil tindakan ini semata-mata
untuk memisahkan suami saya dari masyarakat umum," kata Bahirah lagi,
seperti mana yang dipetik oleh BBC.
Perbadanan penyiaran itu memuji keberanian Bahirah dan isteri-isteri tahanan
yang lain apabila mereka bersusah payah menyusup masuk untuk menyampaikan
surat yang menuntut pembebasan mereka yang ditahan kepada Datuk Sri Dr
Mahathir Mohamad semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Tetapi, BBC menggambarkan, tindakan itu tidak mengubah kekerasan hati
Perdana Menteri.
Dalam sidang akhbar pada hari yang sama, beliau menyatakan bahawa beliau
tidak menyesal terhadap tindakannya menggunakan ISA.
"Orang-orang ini mengakibatkan masalah kepada rakyat, mereka mesti ditahan
di bawah undang-undang negara ini," BBC memetik kata-katanya.
Menggambarkan k! ekejaman ISA, perbadanan penyiaran itu memetik cerita N.
Gobalakrishnan, pemimpin Pergerakan Pemuda Keadilan yang baru-baru ini
ditahan selama 51 hari di bawah ISA sehingga beliau dibebaskan oleh
keputusan mahkamah tinggi Shah Alam.
Dia mendakwa bahawa polis mengunakan kuasa di bawah ISA sehingga ke tahap
melakukan kekejaman.
Gobala berkata, dia telah diasingkan di dalam sel kecil tidak bertingkap dan
hanya dibawa keluar dari selnya untuk menghadapi sesi soalsiasat yang
panjang.
Malah Gobala mendakwa, soalsiasat terhadapnya tidak ada kena-mengena dengan
pertuduhan yang dikenakan. Sebaliknya, para penyiasat mahu melaga-lagakan
beliau dengan rakan-rakan politiknya.
Walaupun Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Harun Hashim kelihatan optimis
bahawa kerajaan akhirnya akan bersetuju mengkaji semula ISA, tetapi BBC
menyatakan tidak ada siapa pun yang menjangkakan bahawa pihak berkuasa
bersedia berbuat demikian.
Perbadanan penyiaran! itu membangkitkan dalam Perhimpunan Agung Umno
baru-baru ini Dr Mahathir begitu keras dalam kecamannya terhadap aktivis
pembangkang, memperlekehkan mereka sebagai orang-orang yang "bodoh".
"Dengan Perdana Menteri yang berada dalam 'mood' sedemikian rupa, para
pemerhati berkata tangkapan ISA seterusnya adalah kemungkinan yang amat
jelas," BBC menyambung ulasannya.
Apa yang dinyatakan oleh BBC itu telahpun dibayangkan oleh Perbadanan
Penyiaran Australia(ABC) kira-kira dua minggu lalu.
Kedudukan Dr Mahathir yang kukuh di kerusi kekuasaannya, menurut ABC 21 Jun
lalu, adalah "kerana kesanggupannya untuk menggunakan undang-undang seperti
ISA untuk menahan penentang-penentangnya tanpa bicara."
Malah, akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan penggunaan ISA adalah
"strategi survival" Dr Mahathir "yang berasaskan tindakan membuli dan taktik
menakut-nakutkan".
[ Kembali Ke Laman Utama ]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYB! ODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Reply via email to