*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warga hizbi,

ada pelajar umi yang tanyakan macaman dengan wanita yang sekejap pakai purdah sekejap 
tidak? Masa dekat kampus tak pakai purdah - tak mau get into trouble dengan 
pentadbiran, masa kat rumah kampung pun tidak, tak mau get into trouble dengan mak 
bapak, masa lain pakai. Adakah dianya jadi munafiq?

Jawapan ustadz - bukan munafiq. Tanyakan diri kenapa pakai purdah. Kalau kita 
berpegang pada mazhab shafie, ianya wajib - jadi kena pakai sentiasa. Kalau mazhab 
lain, ada khilaf kata tak wajib, atau tak wajib kalau begini begini (wajib kalau 
timbulkan fitnah misalnya lawa  sangat ke atau hodoh sangat ke. 

jadi kalau berpegang kata tak wajib terpulang lah tak mahu pakai ke atau nak pakai 
sekali sekala. COntohnya kita kata solat qabliah badiah sunat, bolehlah sat solat sat 
tidak.

Namun dalam hal purdah cabarannya agak lebih sedikit kerana ia public dan mudah 
menerima reaksi orang ramai. Orang tak boleh lihat kita soat sunat konstan ke tidak, 
tapi bila sekejap nampak muka sekejap tidak terbukalah kita kepada kritika orang 
ramai, jadi ustadz kata tak salah dari segi hukum, tapi dari segi realiti keana terima 
lah kalau orang kata kita munafiq - itu risiko sosial) ini part ustadz kaunselinglah 
bukan part hukum.

Masa tanya soalan tu bagi pihak pelajar umi, tak sangka umi akan menghadapi dilemma 
yang sama. 

Pada suatau masa dahulu umi dah belajar pasal hukum purdah dan dah buat pendirian, 
ambil yang ringan tak payah pakai - selesai cerita.  Nammun bila masuk kelas tafaqquh, 
semua wanita disana memakai purdah(niqab kerana kelasnya terbuka - tak ada tirai.  
Lama lama naik segan juga kita soerang berbeza, jadi umi pakai juga purdah sebagai 
uniform dan menghormati majlis ilmu.  Masalah timbul, bila yang nak dipakaikan purdah 
- masa masuk kelas atau dalam kereta di kwasan  kelas, dalam kereta sebelum 
perjalanan? Mahu tidak mahu, memang terasa diri macam 'munafiq' orang tak kata - tapi 
kita lah rasa diri kita pretender.

Pakai purdah ni rupanya ada seronoknya, selesa kalalu nak terngana ke nak termenguap 
ke heh. Lagi satu selesa kereana kita rasa kita seperti anonymous. Bila jalan kat 
public rasa lebih selesa, lebi tidak self conscious.  Satu lagi bila driving tengah 
panas- muka tak lah jadi belang gelap setompk kat muka kita macam topeng. Pendek 
cerita, umi rasa memang selesa untuk pakai purdah saja ke mana pergi tak payah di 
kelas saja, jadi umi kalau driving sekarang try lpakai purdah.  

Tapi sememangnya tak berminat lah nak lpakai lpurdah ke tempat kerja - siapa yang nak 
ketok kepala ke diding - kacau bilau jadinya nanti. Juga tentu tak sanggup nak pakai 
purdah balaik kampung buat letih telinga saja dengar emak berleter ( yep umi yang dah 
tua ni - kalau balik kampung masih dileteri macam budak kecil jugak) jadi nya sekarang 
umi betul betu jadi macam situasi pelajar umi yang tanya kalau dia pakai purdah 
kecuali di kampung dan di kampus - macamana?)

Cerita cerita saja. Umi berminat juga nak dengar lpendapat dari akhwat  semua. Hmmm 
dalam hal ini yang geng lelaki taok sah masuk campur lagi lah, kita dengar lpendapat 
dari geng wanita saja dulu.

wallahualam.







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Umi Iman" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to