*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mungkin ni lah yang dimaksudkan MELAYU HAPRAK oleh mahathir agaknyer....

:-)



Hassan, Haslim wrote:
> 
>  Laa... Puteri Umno ni memandai pulak tentang talak, nak
>  controk ulamak?
> 
>  Kalau dah jahil, eloklah diserahkan pada ulamak untuk
>  memutuskan. Malaysiakan ada majlis fatwa!
> 
> 
>     Jangan Sampai Ada 'Cerai SMS' Di Malaysia, Kata Puteri UMNO
> 
>     KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Puteri Umno berharap
>     pihak berkuasa di negara ini tidak akan membenarkan lafaz
>     cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti yang
>     diiktiraf di Singapura dan beberapa negara Arab.
> 
>     Ketua Penaja Puteri Umno Azalina Othman Said berkata
>     kebenaran lafaz talak menerusi khidmat SMS telefon selular
>     itu boleh disalahgunakan.
> 
>     "Perceraian bukanlah satu perkara yang patut dipermainkan,"
>     katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
> 
>     Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya baru-baru ini
>     bahawa lafaz cerai melalui SMS sah mengikut hukum syarak dan
>     kesannya sama seperti penggunaan surat dan e-mel.
> 
>     Azalina berkata lafaz cerai menerusi SMS juga membabitkan isu
>     ketiadaan saksi manakala bukti mungkin tidak dapat dibawa ke
>     mahkamah.
> 
>     Proses ini akan menjadi sukar kerana suami dan isteri akan
>     tetap ke mahkamah untuk menyelesaikan perceraian.
> 
>     Beliau berkata banyak kes lafaz cerai secara langsung masih
>     sering menghadapi masalah dan mengambil masa yang lama untuk
>     diselesaikan di mahkamah.
> 
>     Menurut Azalina kebenaran lafaz cerai menerusi SMS juga boleh
>     disalahgunakan oleh suami sama seperti dalam kes hak lafaz
>     talak oleh suami.
> 
>     "Hari ini banyak berlaku penyalahgunaan hak lafaz oleh suami
>     dan penganiayaan berlaku terhadap wanita Islam di Malaysia
>     apabila berhadapan dengan isu perceraian di luar mahkamah,"
>     katanya.
> 
>     Sebelum ini, Yayasan Azam Wanita menyifatkan kebenaran
>     melafaz cerai cara begitu sebagai kurang sopan dan tidak
>     sepatutnya dilakukan oleh seorang suami.
> 
>     -- BERNAMA

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke