Laa... Puteri Umno ni memandai pulak tentang talak, nak controk ulamak?
 
Kalau dah jahil, eloklah diserahkan pada ulamak untuk memutuskan. Malaysiakan ada majlis fatwa!


 
Jangan Sampai Ada 'Cerai SMS' Di Malaysia, Kata Puteri UMNO
 
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Puteri Umno berharap pihak berkuasa di negara ini tidak akan membenarkan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti yang diiktiraf di Singapura dan beberapa negara Arab.

Ketua Penaja Puteri Umno Azalina Othman Said berkata kebenaran lafaz talak menerusi khidmat SMS telefon selular itu boleh disalahgunakan.

"Perceraian bukanlah satu perkara yang patut dipermainkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya baru-baru ini bahawa lafaz cerai melalui SMS sah mengikut hukum syarak dan kesannya sama seperti penggunaan surat dan e-mel.

Azalina berkata lafaz cerai menerusi SMS juga membabitkan isu ketiadaan saksi manakala bukti mungkin tidak dapat dibawa ke mahkamah.

Proses ini akan menjadi sukar kerana suami dan isteri akan tetap ke mahkamah untuk menyelesaikan perceraian.

Beliau berkata banyak kes lafaz cerai secara langsung masih sering menghadapi masalah dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan di mahkamah.

Menurut Azalina kebenaran lafaz cerai menerusi SMS juga boleh disalahgunakan oleh suami sama seperti dalam kes hak lafaz talak oleh suami.

"Hari ini banyak berlaku penyalahgunaan hak lafaz oleh suami dan penganiayaan berlaku terhadap wanita Islam di Malaysia apabila berhadapan dengan isu perceraian di luar mahkamah," katanya.

Sebelum ini, Yayasan Azam Wanita menyifatkan kebenaran melafaz cerai cara begitu sebagai kurang sopan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang suami.

-- BERNAMA

Kirim email ke