MGG Pillai <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

BAKRI - OCPD ATAU GANGSTER ?
Pada 23hb. Jun 2001, Dr. Kumar bersama ahli PSM termasuk Pengerusi PSM Komrad Dr. Nasir
Hashim pergi ke Balai Polis Tun H.S.Lee untuk membuat aduan polis terhadap satu ugutan
terhadap diri Dr. Kumar. Namun demikian, satu isu sampingan telah mengancam keharmonian
balai polis Tun H.S. Lee - OCPD Bakri
X 035410
BALAI POLIS T.H.S.LEE, KUALA LU,PUR
No Repot : 14396/01
S/D : 7918/01
Masa : 1100
Tarikh : 23.6.01
ADUAN POLIS
Saya, Dr. Mohd Nasir Hashim (I/C 0873789) bersama dengan ahli-ahli Parti PSM (Parti
Sosialis Malaysia) dari Sg. Siput, Perak telah datang kemari untuk membuat aduan polis.
Kami inginkan 15 ahli datang membuat aduan. Pada masa yang sama seorang pegawai dengan
suit dan tie datang melesong kami. Dia adalah OCPD Bakri menjerit jerit mengugut
menahan kami. Dia tidak tahu apa tujuan kami datang ke Balai Polis dan menuduh kami
membuat kacau. Akhirnya 4 yang dibenarkan masuk. Pegawai polis ! yang lain tenangkan
keadaan. OCPD Bakri datang lagi mengugut kami (4 ahli) untuk menahan kami. Saya amat
kecewa dengan OCPD Bakri sebagai seorang pegawai kerajaan. Dia menjerit jerit pada pagi
pagi hari seolah olah kami ini seperti binatang. Tingkah lakunya amat memalukan. Akibat
dia menunjuk jari ke batang hidung ahli kami Segar, pegawai polis lain mula menjerit
jerit menolak kami masuk balai.
Kami tidak faham. Apabila 4 dibenarkan masuk maka habislah cerita tetapi OCPD Bakri
bersikap tidak profesional. Saya berharap Bukit Aman akan siasat supaya perkara seperti
ini tidak berlaku agar kami tetap yakin bahawa pihak polis sentiasa bersikap adil.
Sikap tidak berdisiplin dan tidak sopan ini seperti seoramg gangster yang mengugut
sangat mengecewakan kami.
Dr. Nasir Hashim
Protem Pengerusi PSM
IC 0873789

______________________________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from M! SN Hotmail at http://www.hotmail.com.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke