*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hapuskan perosak negara sebelum berleluasa

KUALA LUMPUR 10 Julai - Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid 
Othman menyifatkan kehadiran pendakwah asing yang bertopengkan agama sebagai perosak 
kepada negara dan perlu dihapus sebelum berleluasa.

Menurutnya, pendakwah ekstrem itu dilihat cuba meniupkan semangat militan agama kepada 
rakyat negara ini supaya menjatuhkan kerajaan bagi mewujudkan sebuah negara yang 
kononnya mengamalkan sistem pemerintahan Islam.

Kata Abdul Hamid, pendakwah-pendakwah tersebut dipercayai cuba mempengaruhi para 
pelajar di institusi pengajian tinggi di dalam negara supaya membenci kerajaan dan 
menggunakan alasan berjihad sebagai pembakar semangat.

``Golongan ini juga menggunakan pendekatan berdakwah secara tertutup melalui kegiatan 
usrah di dalam kumpulan kecil sebelum bertukar kepada kegiatan yang lebih agresif 
iaitu pendekatan secara militan bagi mencapai sesuatu jihad.

``Perkara sebegini perlu ditangani secara serius dan habis-habisan kerana ia mempunyai 
potensi untuk menggugat keselamatan negara dan rakyat perlulah bekerjasama dengan 
kerajaan bagi membendung anasir sebegini,'' katanya ketika mengulas arahan kerajaan 
untuk mengetatkan kemasukan pendakwah asing ke negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin semalam ketika 
mengeluarkan arahan itu berkata, tindakan itu perlu kerana bibit-bibit ke arah militan 
agama telah dikesan dibawa masuk oleh orang luar yang menggunakan pelbagai taktik. 

Penasihat Agama Perdana Menteri itu sebelum itu menghadiri majlis menandatangani 
perjanjian Zakat on-line antara VADS Berhad dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di sini, 
hari ini.

Mengenai perjanjian itu, Abdul Hamid melihatnya sebagai satu kemajuan kepada sebuah 
institusi Islam dalam memodenkan operasi PPZ demi kebaikan pembayar zakat.

Katanya lagi, perjanjian antara VADS dan PPZ itu membolehkan majikan menghantar data 
mengenai zakat bagi pihak kakitangan Islam dengan melakukannya menerusi VADS 
E-Contribution.

Jelasnya, dengan pengaplikasian perkhidmatan VADS E-Contribution, kira-kira 700 
syarikat di Kuala Lumpur akan menikmati kemudahan tersebut di samping dapat 
menggalakkan lebih ramai membayar zakat pendapatan.



-- 

_______________________________________________
FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

FREE PC-to-Phone calls with Net2Phone
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?121






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ibn ghazi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke