*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[EMAIL PROTECTED] yang tak dak kepala otak wrote:

cut>
Siapa yg kena tahan ISA bila disebutkan pasai murtad...
<cut>

Aku JAWAB:

Jawapannya seperti di bawah ini, berdasarkan satu artikel lama dari hizbinet 
yang tersimpan kemas kat my personal folder.

Moga berguna untuk mereka-mereka yg punya otak-otak yg tongong macam sdra kita 
yg saja2 bertanya ini....sudah gaharu cendana pula, kura-kura dlm perahu. Dah 
tau saja nak tanya pula, macam la orang tak tahu!

Tongong betoi!!!

..............................

Peguam Zul dibebaskan

Minggu lepas juga menyaksikan beberapa orang lagi tahanan ISA dibebaskan. 
Antaranya ialah Peguam Zulkifli Nordin. Mungkin masih ramai yang belum kenal 
siapa itu Zulkifli Nordin. Kalau nak kenal beliau lebih lanjut, sila dapatkan 
kaset-kaset controversy nya yang banyak terdapat di pasaran.

Ceramah-ceramah Peguam Zul walaupun begitu serius membincangkan isu Murtad, 
kadang2 diselang-seli dengan joke sinis yang begitu bersahaja. Contohnya, 
ketika mengulas satu Lapuran Murtad hasil kajian ABIM, sambil berseloroh 
beliau berkata:

"Negeri yang menghantar perserta paling murtad ke SUKAN MURTAD ini, iaitu yang 
menghantar peserta murtad paling ramai ialah Selangor Darul Ehsan dengan 
perserta murtad seramai 191 orang. Pemenang pingat perak ialah Kuala Lumpur, 
dengan peserta murtad seramai 175 orang, dan diikuti dengan pemenang pingat 
gangsa, negeri Pulau Pinang seramai 96 orang. Negeri-negeri yang turut 
menghantar peserta ke Sukan Murtad ini ialah Johor (30), Melaka (14), NS (34), 
Perak (51), Kedah (40), Perlis (1), Pahang (13), Kelantan (1), Terengganu (1), 
Sarawak (34) dan Sabah (8)."

Perjuangan beliau ini adalah satu perjuangan penuh ikhlas, 'tak takut pada 
celaan, tak takut pada ugutan', atas rasa tanggungjawab beliau sebagai seorang 
Muslim yang sudah tidak tahan lagi dengan keadaan gejala murtad yang makin 
menjadi-jadi ini. Dan tentunya, pihak2 tertentu sentiasa memerhatikan 
perkembangan beliau dengan penuh curiga. Kerana itu, kita merasakan 
penangkapan beliau baru2 ini adalah satu serampang dua mata - isu DSAI dan isu 
Murtad. Di sini, kita ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada sahabat2 
yang berkunjung, bertanyakan khabar ke rumah keluarga Peguam Zul sepanjang 
ketiadaan beliau tempoh hari. Berikut adalah satu email peribadi yang saya 
terima drpd seorang sahabat:

" Saya sekeluarga sempat pergi ke rumah beliau atas dasar menziarahi saudara 
yg ditimpa kesusahan beberapa hari slps beliau ditangkap. Kedua anak beliau 
berumur 3 thn lebih dan setahun lebih telah dihantar ke kampung isterinya di 
Melaka. Sungguh menyedihkan melihat keadaan isterinya yg pucat dan tinggal 
keseorangan di rumah menunggu jika ada pihak yang akan menghubungi. Berita 
penangkapan beliau menitiskan air mata saya krn masih terdengar kelantangan 
beliau dlm keset-keset. Terngiang-ngiang di telinga kata beliau, jika kita 
ingin menegakkan Islam, diibaratkan seperti mengenggam bara api. Beliau telah 
mengenepikan kepentingan peribadi demi menegakkan kebenaran. "

Walau apa pun terjadi, Peguam Zulkifli Nordin akan tetap disanjung sebagai 
seorang Mujahid - Pejuang Agung gejala Murtad terulung di negara kita 
tercinta, bumi bertuah Malaysia!

HARAP KERAJAAN TERUTAMANYA JAKIM AKAN MEMBERI PERHATIAN SERIUS KEPADA ISU 
MURTAD INI. INGAT, KALAU ISU REFORMASI TELAH MENCATAT SEJARAH DI KG BHARU DAN 
SEKITAR LEMBAH KELANG, ISU MURTAD PULA TELAH MEMBERI BEKAS DI KG RAWA!!!


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke