*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        Alhamdulilah ada jugak org kata aku nie tak ada kepala otak... 
terima kasih ... di atas bahasa kamu....
        Boleh tak kamu dapat beritahu saya statistik nie utk tahun bila

> "Negeri yang menghantar perserta paling murtad ke SUKAN 
MURTAD ini, iaitu yang menghantar peserta murtad paling ramai 
ialah Selangor Darul Ehsan dengan perserta murtad seramai 191 
orang. Pemenang pingat perak ialah Kuala Lumpur, dengan 
peserta murtad seramai 175 orang, dan diikuti dengan pemenang 
pingat gangsa, negeri Pulau Pinang seramai 96 orang. Negeri-
negeri yang turut menghantar peserta ke Sukan Murtad ini ialah 
Johor (30), Melaka (14), NS (34), Perak (51), Kedah (40), Perlis (1), 
Pahang (13), Kelantan (1), Terengganu (1), Sarawak (34) dan 
Sabah (8)."

        Kenapa tak tunjukan statistik org yg telah memeluk ISLAM. 
Berapa ramai mereka ...  Siapa yg kamu nak jaga org yg memang 
dah malu mengakui islam dan pernah diberi didikan islam 
sepenuhnya atau org yg baru menerima islam dan perlu diberi 
didikan islam sepenuhnya sepuya ia tak kembali kepada agama 
asalnya. 
        aku nie memang tak ada otak... tolong ajar aku sebelum aku 
jadi kurang ajar... terima kasih di atas ilmu yang saudara 
sampaikan. Agaknya ia cara "ISLAM" ... 

On 10 Jul 2001, at 23:14, Ru Antara wrote:

> [EMAIL PROTECTED] yang tak dak kepala otak wrote:
> 
> cut>
> Siapa yg kena tahan ISA bila disebutkan pasai murtad...
> <cut>
> 
> Aku JAWAB:
> 
> Jawapannya seperti di bawah ini, berdasarkan satu artikel lama dari hizbinet 
> yang tersimpan kemas kat my personal folder.
> 
> Moga berguna untuk mereka-mereka yg punya otak-otak yg tongong macam sdra kita 
> yg saja2 bertanya ini....sudah gaharu cendana pula, kura-kura dlm perahu. Dah 
> tau saja nak tanya pula, macam la orang tak tahu!
> 
> Tongong betoi!!!
> 
> ..............................
> 
> Peguam Zul dibebaskan
> 
> Minggu lepas juga menyaksikan beberapa orang lagi tahanan ISA dibebaskan. 
> Antaranya ialah Peguam Zulkifli Nordin. Mungkin masih ramai yang belum kenal 
> siapa itu Zulkifli Nordin. Kalau nak kenal beliau lebih lanjut, sila dapatkan 
> kaset-kaset controversy nya yang banyak terdapat di pasaran.
> 
> Ceramah-ceramah Peguam Zul walaupun begitu serius membincangkan isu Murtad, 
> kadang2 diselang-seli dengan joke sinis yang begitu bersahaja. Contohnya, 
> ketika mengulas satu Lapuran Murtad hasil kajian ABIM, sambil berseloroh 
> beliau berkata:
> 
> "Negeri yang menghantar perserta paling murtad ke SUKAN MURTAD ini, iaitu yang 
> menghantar peserta murtad paling ramai ialah Selangor Darul Ehsan dengan 
> perserta murtad seramai 191 orang. Pemenang pingat perak ialah Kuala Lumpur, 
> dengan peserta murtad seramai 175 orang, dan diikuti dengan pemenang pingat 
> gangsa, negeri Pulau Pinang seramai 96 orang. Negeri-negeri yang turut 
> menghantar peserta ke Sukan Murtad ini ialah Johor (30), Melaka (14), NS (34), 
> Perak (51), Kedah (40), Perlis (1), Pahang (13), Kelantan (1), Terengganu (1), 
> Sarawak (34) dan Sabah (8)."
> 
> Perjuangan beliau ini adalah satu perjuangan penuh ikhlas, 'tak takut pada 
> celaan, tak takut pada ugutan', atas rasa tanggungjawab beliau sebagai seorang 
> Muslim yang sudah tidak tahan lagi dengan keadaan gejala murtad yang makin 
> menjadi-jadi ini. Dan tentunya, pihak2 tertentu sentiasa memerhatikan 
> perkembangan beliau dengan penuh curiga. Kerana itu, kita merasakan 
> penangkapan beliau baru2 ini adalah satu serampang dua mata - isu DSAI dan isu 
> Murtad. Di sini, kita ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada sahabat2 
> yang berkunjung, bertanyakan khabar ke rumah keluarga Peguam Zul sepanjang 
> ketiadaan beliau tempoh hari. Berikut adalah satu email peribadi yang saya 
> terima drpd seorang sahabat:
> 
> " Saya sekeluarga sempat pergi ke rumah beliau atas dasar menziarahi saudara 
> yg ditimpa kesusahan beberapa hari slps beliau ditangkap. Kedua anak beliau 
> berumur 3 thn lebih dan setahun lebih telah dihantar ke kampung isterinya di 
> Melaka. Sungguh menyedihkan melihat keadaan isterinya yg pucat dan tinggal 
> keseorangan di rumah menunggu jika ada pihak yang akan menghubungi. Berita 
> penangkapan beliau menitiskan air mata saya krn masih terdengar kelantangan 
> beliau dlm keset-keset. Terngiang-ngiang di telinga kata beliau, jika kita 
> ingin menegakkan Islam, diibaratkan seperti mengenggam bara api. Beliau telah 
> mengenepikan kepentingan peribadi demi menegakkan kebenaran. "
> 
> Walau apa pun terjadi, Peguam Zulkifli Nordin akan tetap disanjung sebagai 
> seorang Mujahid - Pejuang Agung gejala Murtad terulung di negara kita 
> tercinta, bumi bertuah Malaysia!
> 
> HARAP KERAJAAN TERUTAMANYA JAKIM AKAN MEMBERI PERHATIAN SERIUS KEPADA ISU 
> MURTAD INI. INGAT, KALAU ISU REFORMASI TELAH MENCATAT SEJARAH DI KG BHARU DAN 
> SEKITAR LEMBAH KELANG, ISU MURTAD PULA TELAH MEMBERI BEKAS DI KG RAWA!!!
> 
> 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke